PKR timbang fail petisyen pilihan raya
KUALA LUMPUR 27 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya kerana mendakwa berlaku rasuah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.
Timbalan Presidennya, Dr. Syed Husin Ali berkata, calon parti tersebut yang kalah pada pilihan raya berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim dan beberapa peguam terkenal sedang meneliti bukti-bukti berkaitan pemberian wang kepada pengundi bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.
"Kita juga akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perbuatan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berjanji memberikan wang RM50,000 kepada peneroka Felda Sungai Buaya," ujarnya.
Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan Zaid dengan majoriti 1,725 undi apabila memperoleh 24,997 undi.
berita penuh di pautan utusan malaysia online 28 April 2010
'Dah kalah terima sajalah'
|
|
JOHOR BAHRU 27 April - "Kalau dah kalah, terima sajalah, jangan buat andaian-andaian begitu."
Demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan kononnya Barisan Nasional (BN) membeli undi untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor kelmarin.
Beliau turut menyifatkan tuduhan itu sebagai tindakan untuk memburukkan nama baik BN.
"Pokoknya kita (BN) dah menang. Bagi saya pilihan raya kecil itu telah berjalan dengan baik dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) telah menjalankan kerja mereka dengan baik.
berita penuh di pautan utusan malaysia online 28 april 2010
KOMEN PENULIS,
Kah!!! kah!!!! kah!!! guling gelantang teman ketawa, dah teman TELAH, dah teman kata merujuk kepada tulisan teman bertajuk Pakatan Pembangkang dilaknati di Hulu Selangor "SEPERTI BIASA SELEPAS INI TENTU PEMBANGKANG AKAN MENUDUH BERBAGAI - BAGAI TUDUHAN TERHADAP BN, SPR DAN POLIS SEPERTI, UNDI HANTU, RASUAH, SPR TAK ADIL, POLIS KASAR DAN SEBAGAINYA, SAMA - SAMA KITA KETAWA NANTI." seperti biasa akan ada ayat - ayat neraka dari mulut - mulut puak pembangkang mengenai kekalahan mereka di PRK Hulu Selangor, semuanya atas sebab apa? jawapannya mudah, sebabnya lain tak bukan BN MENANG.
Seperti PRK yang lepas - lepas apabila BN kalah tiada sebarang bunyi, tiada sebarang ayat neraka yang keluar dari mulut pembangkang malah BN menerima kekalahan, WALHAL DI KESEMUA PRK TERSEBUT PUN PERDANA MENTERI MENJANJIKAN DAN MELULUSKAN PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT DI KAWASAN TERSEBUT KERANA KETIKA ITU PENDUDUK BERPELUANG MENGADU SECARA TERUS KEPADA PM DAN MENTERI - MENTERI YANG HADIR ATAS KAPISITI SEBAGAI KERAJAAN PERSEKUTUAN, MAKA ATAS KEPENTINGAN RAKYAT ADUAN TERSEBUT DILULUSKAN KERANA PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SEDIA ADA BOLEH DILULUSKAN DEMI RAKYAT DAN TERDAPAT JUGA PERKARA - PERKARA YANG TERTUNGGAK DAN HANYA MENUNGGU MASA SAJA UNTUK DI SALURKAN SEPERTI DI FELDA SUNGAI BUAYA, JADI APA BEZA NYA, WALHAL BN KALAH JUGA DI PRK - PRK YANG LALU.
Malah Kerajaan Negeri pun semasa kempen- kempen sedang giat dijalankan teman dengar juga sembang - sembang penduduk Hulu Selangor malahan boleh juga BN membuat andaian atau tuduhan yang dikatakan berlaku penyelewengan penggunaan harta, aset dan kakitangan awam Kerajaan Negeri, dikatakan juga MB meluluskan geran tanah, dikatakan juga pemimpin negeri menjanjikan tanah kepada penduduk, dikatakan juga Kerajaan Negeri mengeluarkan kewangan untuk perbelanjaan MB dan Exco kerajaan Negeri sepanjang kempen, menyogok duit, membuat tuduhan palsu, BN tidak bersunggut, BN tidak bising, BN tidak pula membuat laporan Polis.
Jangan buat lawak bodoh le hai pembangkang - pembangkang sekelian, teman sokong apa yang dikatakan oleh TPM, terima saja kekalahan, belajar menerima bahawa BN juga mempunyai hak untuk menang, dan apabila menang tak perlu pertikaikan, belajar berperangai baik seperti BN, menerima kekalahan dengan hati terbuka, jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, jika takut menerima kekalahan bubar saja parti - parti haprak tuan - tuan semua dan jangan nak kemaruk jadi Wakil Rakyat atau Yang Berhormat dan cuba mandi bunga untuk buang sifat HATI BUSUK dan BUSUK HATI kerana segala galanya berpunca dari hati.
salam bro,
BalasPadambunga baru tu... hehe
puak pembangkang memang dah macam ni sifat macam bebudak yang tak dapat gula-gula pastu nangis kuat2 sampai jiran kat rumah hujung lorong pun boleh dengar....
Skrg kwn nak reserved satu artikel untuk mana2 PRK akan datang. Satu yang baru utk PRK Sibu nanti. Kwn nak savekan satu quote mcm yg bro tuliskan kat atas tu, contoh :
""SEPERTI BIASA SELEPAS INI TENTU PEMBANGKANG AKAN MENUDUH BERBAGAI - BAGAI TUDUHAN TERHADAP BN, SPR DAN POLIS SEPERTI, UNDI HANTU, RASUAH, SPR TAK ADIL, POLIS KASAR DAN SEBAGAINYA"
Hahaha.... ni adalah template utk artikel kita lepas PRK mana2 tempat yang PR kalah... Ayat lain tu balun jer la tapi isi penting mesti ikut template kat atas tu.. kahkahkah...
Panjang sangat alasan depa tu.. hakikatnya tak mau mengaku yang tendang tu bukan BN sebab BN tak kuasa nak buat, tapi rakyat hulu selangor yang berjumlah 1,725 orang tu yang kicking his ass sebenarnya.
Salam, yes!!! bro, betui tu...BN hanya satu simbolik saja. yang kicking his ass pengundi Hulu Selangor.
BalasPadamJADI BRO KALAU NAK BUAT PETISYEN, PAKATAN KENA PETISYEN PENGUNDI HULU SELANGOR YANG MEMINTA DARI PM BERBAGAI PROJEK PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN MEREKA, JADI KALAU RASUAH YANG MEMBERI KENA YANG MENERIMA PUN KENA, HA!!!HA!!!
salam bro, ehmmm gambar rose nampak lembut dan sentimental kit..he..he..
BalasPadamSibuk lagi lah tok - tok hakim dan staf mahkamah kita, mentang2 lah yang bina mahkamah kerajaan BN, yang bayar gaji tok hakim dan staf kerajaan BN diorang buli2 cukup2, diorang tak keluar modal pun.
Mana lagi tok hakim nak hadap kes aljuburrrii, mana lagi kes teoh beng hock lagi dengan pakar patologi mak siam rock lagi kah!!!!
WAH!!! PERENGGAN AKHIR TU TAJAM BROTHER ddIN. MEMANG CELAKE KALAU MAIN IKUT BELAKANG.
BalasPadam