Isnin, 5 April 2010

TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU?


YB DS Husni sedang menyampaikan ucapan


Penduduk yang hadir dan YB DS bersama dengan anak angkatnya


Simbolik anak memberi minum kepada bapa angkat tanda hormat dan YB DS Husni menyampaikan sumbangan perbelanjaan kepada Haa Ni dan datuknya


YB DS Husni meninjau rumah Haa Ni bersama Dato Mah dan Pegawai Daerah menyampai cerderahati kepada YB DS Menteri Kewangan II

Kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" itu yang berlaku.
Sungguh mulia hati YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang telah mengambil adik Haa Ni sebagai anak angkat beliau, peristiwa berlaku apabila pada Bulan Februari 2010 yang lalu apabila YB Dato' Seri Ahmad Husni membuat lawatan kerja sehari ke kawasan Tapah dan bertemu seorang tua berumur 79 tahun bersama cucu nya yang daif yang mengadu kepada Menteri Kewangan mengenai kesusahan mereka, tersentuh akan nasib mereka YB Dato' Seri Husni membuat keputusan untuk mengambil Haa Ni sebagai anak angkat beliau, Dato' Seri Husni yang telah mempunyai 4 orang anak lelaki yang telah berjaya dalam pelajaran kini mempunyai 5 orang anak yang sememangnya teringinkan anak perempuan.

Haa Ni akan mendapat pembelaan dan segala perbelanjaan persekolahan dari sekolah rendah ke Sekolah Menengah hingga lah ke Universiti akan dibiayaai oleh Menteri Kewangan II itu, malahan pada majlis di kediaman Datuk Haa Ni, YB Dato' Seri juga bermurah hati membaiki dapur rumah Haa Ni yang tinggal di Kg Baru Temoh.

Majlis pada 4.4.2010 di rumah Haa Ni dihadiri oleh seramai 200 orang penduduk tempatan yang turut dihadiri oleh YB Dato' Mah Han Son, ADUN Chenderiang, YB Dato' Shamsuddin ADUN Air Kuning dan Haji Razali Pegawai Daerah Batang Padang rata - rata yang hadir amat tersentuh dan sayu malah ada yang menitik air mata dengan majlis tersebut bagi mereka satu peristiwa yang luar biasa berlaku di kampung mereka yang tak pernah difikirkan, seorang Melayu mengambil anak angkat dari kaum tionghua, malah berkedudukan seorang Menteri Kewangan pula, ini amat mengejutkan disamping amat mengembirakan mereka, ini bukti 1Malaysia telah menjadi kenyataan dan bukti yang di amalkan oleh Menteri Kabinet dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib.

TAHNIAH KEPADA ADIK LEONG HAA NI, SEMUGA HIDUP NYA AKAN SEJAHTERA DAN BERJAYA DI MASA HADAPAN.

3 ulasan:

  1. Ddinbunga, semoga Allah membalasnya dengan ganjaran setimpal di atas keikhlasan beliau....InsyaAllah....

    BalasPadam
  2. Salam,
    Bukanya yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah " KAYANYA JIWA". Wassalam.

    BalasPadam
  3. Bro din bunga, mohon masukkan link Kinta Menjerit dalam senarai ;

    kinta-menjerit.blogspot.com


    TQ

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda