Teman tertarik dengan program bersama rakyat yang di buat oleh PAS di dalam Parlimen Tambun baru - baru ini terutama di DUN Manjoi, tujuan program tersebut dapat di agak bahawa PAS cuba nasib untuk merampas kerusi DUN Manjoi yang dianggap kemenangan BN PRU lepas hanya majoriti sekitar 348 undi, maka PAS berhasrat untuk serang DUN Manjoi bertubi - tubi.
Malang nya program yang dijalankan tidak mendapat sambutan penduduk kampung setempat, tingkah laku puak PAS menjalankan program di kampung seperti di Kg Dato Ahmad Said, Kg Dato Ahmad Said Tambahan 1, Tambahan 2, Tambahan 3 hanya di sambut oleh Jawatankuasa PAS di kampung - kampung tersebut tanpa kelibat pengundi atau pun orang kampung.
Menyedari akan sejuk nya program tersebut maka penganjur mengambil keputusan untuk menurunkan IDOLA atau ARTIS mereka iaitu Ni A Jar ke kawasan - kawasan tersebut dengan harapan mendapat sambutan, tapi malang nya masih juga tak di peduli orang - orang kampung, malu juga penganjur, mereka umpama bagi orang kampung "MELUKUT DI TEPI GANTANG" ada pun tak jadi apa, tak ada pun tak apa malah lagi baik.
Al KISAH PERTAMA, berlaku seorang penduduk sedang rehat bersama isteri di halaman rumah, tiba - tiba sebuah kereta berhenti didepan rumah beliau dan keluar seorang, penduduk tersebut tak cam siapa gerangan, orang sesat ke nak bertanyakan lokasi, selepas diberi salam mamat yang keluar dari kereta tersebut terus bersalam dan selepas itu memperkenalkan diri dia sebagai Nizar, bekas Menteri Besar Perak, tak kesah lah tu dalam masa yang sama sebelum beredar Ni A Jar menyeluk poket dan terus bersalam berlapikkan sebotol kecil minyak wangi, kononnya sebagai cenderahati, terkejut juga penduduk tersebut.
Yang seronok nya kata penduduk tersebut kepada isterinya, "abang ingat kan duit rupanya minyak wangi, kita orang melayu standardnya di RASUAH sebotol minyak wangi, cina dia RASUAH bagi geran 999 tahun, banyak cantekkkk.
AL KISAH KEDUA, Ni A Jar selepas tu pergi ke padang bola sepak di Kg Dato Ahmad said Tambahan 3 untuk bersalam dengan pemuda - pemuda yang sedang bermain bola sepak, ada yang bersalam ada yang buat tak kesah dengan terus aje mainan mereka, semasa bersalam dengan salah seorang pemuda, di minta dik pemuda tersebut sumbangan bola sepak, jersi, jaring gol, sumbangan untuk potong rumput, Ni A Jar jawab beliau tak ada bantuan macam tu, adik minta dengan Ustaz Zambri (Menteri Besar Perak).
Sedapnya dalam perbualan pemuda - pemuda tersebut, setakat bersalam tak payah datang pun tak apa. yang sedapnya lagi ada dikalangan pemuda menyatakan, UMNO bina padang lagi untuk kita orang, PAS bagi apa? di ya kan yang lain - lain.
AL KISAH KETIGA, Malam tu waktu Maghrib ke Isya di Masjid Jamek Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 3, PAS cuba mengadakan ceramah didalam Masjid cara redah dan sondol tanpa memaklum dan memohon pada Jawatankuasa Masjid, tetapi sebelum nak mulakan ceramah, penceramah dimaklumkan di import dari Taiping, Pengerusi dan Setiausaha Masjid menahan dan membatalkan ceramah tersebut kerana bersifat politik pembangkang, maka tak jadi lah ceramah.
Yang sedapnya apabila ditanya pada Pengerusi dan Setiausaha Masjid, selama ni apa program Masjid buat puak - puak PAS tak pernah tunjuk muka, malah solat 5 waktu dia orang sembahyang di markaz, bila dia orang nak tarik pengundi buat ceramah politik senang - senang pulak nak guna Masjid, untuk apa hahh... minta maaf, kalau nak ajar agama kita memang setiap malam ada guru agama yang tulen mengajar di Masjid kita, ujar Setiausaha Masjid.
Balik pada cerita minyak wangi, Ni A Jar dah menggunakan strategi baru untuk menarik hati pengundi konon dengan pemberian minyak wangi akan dapatlah sokongan pengundi pada PAS, cukup ke Ni A Jar standard Melayu hanya sebotol minyak wangi???, kalau hanya sebotol minyak wangi boleh dapat undi Melayu teman rasa mesti ada khasiat istimewa minyak wangi tu, kalau minyak biasa, kirim salam nak dapat sokongan, kecuali MINYAK SENYONYONG?.
Teman bandingkan di kawasan Kg Dato Ahmad Said, Tambahan 1, Tambahan 2, dan Tambahan 3, perbandingan antara pemberian minyak senyonyong dengan pemberian pembangunan yang dilakukan oleh BN dibawah kepimpinan YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun dan YB Dato Nadzri Ismail selaku ADUN Manjoi :-
1) 4 buah Rancangan Perkampung Tersusun (RPT), 1 Kampung Tradisonal diwujudkan
1) 2 Masjid
2) 6 Surau
3) 5 Sekolah Agama Rakyat, 1 Sekolah Menengah Agama Rakyat
4) 4 Dewan Orang Ramai
5) 2 Sekolah Rendah, 2 Sekolah Menengah, 1 Sekolah Asrama Penuh
6) 6 Jambatan Konkrit
7) 100% Jalan berturap tar
8) 100% jalan berlampu
9) 1 Mini Stadium, 1 padang bola sepak
10) 3 Kelas Tabika Kemas
11) 1 Perpustakaan Desa (dalam kelulusan peruntukan)
12) 1 Gelanggang Rakyat (dalam kelulusan peruntukan)
Ni A Jar, henti - henti lah nak memecah belah orang Melayu, majoriti 348 di DUN Manjoi bukan bererti pengundi tidak menyokong YB DS Ahmad Husni, Bukan pengundi tidak sokong YB Dato Nadzri Ismail, ADUN Manjoi, tetapi pada ketika itu
Tsunami Politik berlaku di seluruh negara akibat isu - isu Nasional yang ketara, walau pun berlaku Tsunami tetapi Parlimen Tambun DS Ahmad Husni Majoritinya 5,386, berserta DUN Manjoi Dato Nadzri majoritinya 348 dan DUN Ulu Kinta Dato Rusnah Kassim majoritinya 5,232 tetap menang malah dalam kategori menang besar juga melepasi majoriti 5 ribu keatas ketika itu, manakala pembangunan di Parlimen Tambun cukup pesat membangun di bawah BN.
Ini lah perangai Ni A Jar dan PAS, Jika nak berjuang untuk Islam, kenapa nak pecah belahkan kawasan yang sememangnya Wakil Rakyat nya ketiga - tiga orang Islam seperti di Parlimen Tambun, kenapa Ni A Jar dengan orang Cina DAP tunduk dan mengecut sebab takut kan Karpal the hulk, kawasan yang sememangnya Wakil Rakyat nya bertungkus lumus membangunkan kawasan khursusnya orang Melayu dan Islam di Manjoi malah untuk semua kaum di dalam Parlimen Tambun di ganggu dan dipecahkan, tidakkah kesan pembangunan dirasai oleh semua rakyat malah orang PAS sendiri banyak menempek kemajuan dan pembangunan yang dibuat oleh pemimpin BN ini, kalau teman nak disamakan perangai Ni A Jar ini dengan Dajjal mungkin melampau tapi hampir - hampir dengan species Dajjal layak kut.