PKR taja Raja Petra, Bala?
KUALA LUMPUR 5 Julai - Kerajaan diminta mengambil tindakan terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana terbukti parti itu melindungi dan dipercayai menaja Raja Petra Kamaruddin dan P. Balasubramaniam di United Kingdom iaitu dua individu yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa negara ini.
Selain itu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari turut menggesa pihak berkuasa menyiasat sama ada PKR turut terlibat menaja sebuah portal propembangkang yang dijadikan medan oleh Raja Petra menyerang kerajaan dari luar negara.
Dalam masa yang sama, Anuar menggesa kerajaan mengekstradisi kedua-dua individu terbabit ke Malaysia untuk didakwa mengikut undang-undang negara.
Katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan tersebut kerana gambar yang disiarkan di laman web Malaysia-Instinct.com hari ini jelas memperlihatkan hubungan rapat antara PKR dengan kedua-dua individu
BERITA PENUH PAUTAN UTUSAN MALAYSIA ONLINE BERTARIKH 6.7.2010
Komen Penulis,
Dah terang lagi bersuluh dengan spotlight Stadium, species - species perosak negara yang di eksport keluar negara untuk menjalankan misi haram jadah dari luar untuk memburukkan Negara malah menyebarkan fitnah - fitnah jahat dari luar, semata - mata untuk mengelirukan rakyat di luar negara malah dalam negara agar bos mereka apa cara sekali pun akan jadi Perdana Menteri dan merampas Putrajaya yang dulu nya Putrajaya di kondem habis - habisan kini menjadi igauan mereka.
Jelas dan sepatutnya Zaid Ibrahim keluar dari UMNO, kerana perangai dan hati budi tak akan serasi dengan UMNO, peristiwa dan gambar ini memberi bukti Zaid pengkhianat negara, Zaid menjadi tali barutnya malah segala income yang diperolihi selama ini dari Kerajaan dicurahkan untuk menghancurkan Kerajaan, perkara ini harus diteliti semula oleh pemimpin tertinggi BN agar tidak lagi tersilap bantu mereka yang akhirnya menikam kembali tangan yang membantu.
Pepatah mengatakan "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH" kalau benar - benar pejuang kepada keadilan demi kebenaran kenapa harus lari dan bersembunyi di London, kenapa harus keluar duit yang banyak untuk tinggal di London, dari mana datangnya duit tersebut?, kenapa perlu ditakutkan, sedangkan beratus - ratus Peguam yang handalan dari pembangkang yang boleh membela awak di Mahkamah, malahan Karpal sendiri memang dah gila dan gian untuk turun naik Mahkamah.
Tapi tak hairan lah sebab Raja Petra memang hidup dari remajanya sehingga tua nya pun sememangnya di London, semangat kesetiaan kepada Raja, dan Negara boleh dipertikaikan malahan agamanya pun kita tak pasti sebenar-benar Islam atau dah lama murtad?, susah senang rakyat Malaysia selama ini tak diambil peduli malah tak dirasai apa yang kita rasai, sebab itu anaknya pun terbengkalai hidup mereka.
Rancangan tekad untuk menjatuhkan DS Najib dan Isteri dalam fitnah membunuh Altantuya kini terbukti satu pembohongan besar yang boleh menjurus kearah Neraka pelakunya, jelas kini Raja Petra dan Bala adalah puppet AI dan pembangkang didalam merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia sekaligus menjatuhkan Malaysia dengan perkara yang amat memalukan, kini atas perbuatan Raja Petra dan Bala terbalas lah sudah budi nya kepada AI diatas misi yang dilakukan, kini beliau senang lenang tinggal di London tanpa perlu membanting tulang untuk mencari nafkah, sebuah negara yang kita juga bercita - cita untuk pergi kerana Landon sebuah negara yang kaya, hanya yang benar - benar berkemampuan saja yang mampu berada di sana.
Akhirnya "dimana bumi di pijak di situ lah langit dijunjung", disini lah kita semua akan tinggal dari generasi pertama hingga lah ke generasi anak cucu cicit kita, kerana disinilah tumpahnya darah kelahiran kita, apa yang berlaku selama ini telah kita perjuangkan dan kita juga yang nikmati bersama - sama.
Musuh berbagai - bagai jenis musuh dan rupa paras, cuma terserah kepada kita untuk bijak mengesan musuh kita, jangan sampai kita menyesal kemudian hari diatas kebodohan kita sendiri didalam menilai mana kawan mana lawan, jangan sampai pusara kita kelak akan di kencing sendiri oleh cicit kita akibat ketidak tahan nya cicit kita menghadapi kehidupan ketika itu, maka kita di persalahkan, jangan sampai cicit kita pula yang meminta untuk ke Indonesia untuk berkerja sebagai buruh atau pembantu rumah, akibat dari kejumudan kita, ingat sebelum terlambat, bersyukurlah diatas nikmat yang terbukti telah kita perolihi atas anugerah Allah S.W.T. berbanding dengan omong kosong yang belum tentu kebenaranya yang hendak kita kejarkan akhirnya kita tersungkur di tengah jalan umpama "yang di kejar tak dapat yang dikendong berciciran".
salam bro, kawan baca hari tu Zaid mengaku bagi RPK rm500K untuk belanja.. Tu tak ubah macam PAIH bagi Kickdefella RM4Juta untuk burukkan kepimpinan negara. Cuma bagi kawanlah nilai RPK ni lagi murah kalau nak dibandingkan dengan Kickdefella and the gang. Murah sampai senasib sedara ngan chin peng tak leh masuk negara. hehehe
BalasPadamSLM BRO...DIA BERANI CABUT LARI KRN DH BUAT SLH LA TU. DIA LG SEMAKIN BERANI SBB DPT MASYUUUK RIBU2 JD BEWAK TERKANGKANG KT SANA HEHEH
BalasPadamSalam bro, diorang ni kalau zaman Sarjan Hassan, salleh kamil lah diorang, layak sula je.
BalasPadamBRO..TULAH YG SEBENAR-BENARNYA BEWAK YANG MAKAN BANGKAI..MANA TAK MACAM TEKAK BEWAK JUGA..HASIL WANG MENABOR FITNAH YANG HARAM UMPAMA BANGKAI TU YG MEREKA LAHAP..
BalasPadamBrother DDin, aku tengok muke sekor - sekor pun memang dah macam pengkhianat dah sama je muka macam bintang 3, muke macam ni nak bagi perintah negara...ishhh...ishhh ntah le aku, ada gak yg percaya. bodohhhh
BalasPadam