Khamis, 5 Ogos 2010

AHLI JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU LETAK JAWATAN DI NEGERI SELANGOR????

JAIS baru - baru telah mengeluar kenyataan mengatakan purata dalam setiap bulan terdapat seramai 30 orang Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau dalam Negeri Selangor meletakkan jawatan, sesuatu yang amat mengejutkan.

Ada pehak mengatakan mereka meletak jawatan kerana tidak berpuashati di atas isu - isu yang melibatkan Institusi Agama Islam yang melibatkan Masjid dan Surau tidak di pandang serius oleh Kerajaan Negeri Selangor, ada juga yang tidak sehaluan dengan kepimpinan Masjid dan Surau yang dijadikan tempat untuk berceramah politik PAS dan PKR, ada juga pehak yang mendakwa juga bahawa Menteri Besar Selangor tidak mampu untuk mentadbir hal ehwal agama Islam dan gagal membela nasib Masjid dan Surau yang kebanyakannya masih memerlukan perhatian Kerajaan untuk membaikpulih dan sebagainya malah dikatakan Gereja, Kuil dan Tokong lebih mendapat perhatian.

Maka jalan mudah yang diambil dengan meletak jawatan agar tidak bersengkongkol dan menanggung dosa, tanda protes keatas kepimpinan Khalid Ibrahim dan Hassan yang gagal mengangkat martabat Islam di Selangor malah ada yang mengatakan tanah kubur pun tak mampu diwujudkan kerana tanah habis dijual.

Bukti kegagalan PKR dan PAS, sebagai pembangkang dahulu memang mudah mengkritik dan mengutuk kerajaan UMNO dan BN, kini apabila mereka memerintah segalanya berusaha memperjuangkan kocek sendiri dan kroni - kroni masing - masing yang akhirnya bangsa dan agama menjadi mangsa.

3 ulasan:

  1. ish..ish...kenapa sampai letak jawatan yek...tak tahan sangat kut.

    BalasPadam
  2. dunia da akhir zaman....
    menjadikan rumah ALLAH sebagai tempat pembincangan hal duniawi.....

    BalasPadam
  3. 10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI


    Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

    * Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

    * Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

    * Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi

    * Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

    * Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

    * Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

    * Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

    * Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

    * Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

    * Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda