Selasa, 21 September 2010

BUKTI PKR RACIST DAN POLITIK WANG



Penipuan pemimpin PKR didedah

Oleh NIZAM YATIMnizam.yatim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden berikrar untuk mengadakan sidang akhbar setiap minggu bagi mendedahkan penipuan yang dilakukan pihak tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu.

P. S. Jenapala mendakwa, penipuan itu terbukti apabila dua cabang iaitu Batu Gajah dan Bruas di Perak yang mencalonkannya untuk bertanding jawatan nombor dua tertinggi parti itu telah diarah menarik balik pencalonan kerana beliau dikatakan bukan calon pilihan pihak tertentu.

“Saya akan mengadakan sidang akhbar setiap Isnin sehingga pemilihan selesai pada November ini bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR.

Utusan Malaysia Online bertarikh 21.9.2010

Komen Penulis

Penulis bersetuju dengan pengakuan berani dan terbuka dari Encik Jenapala, Bekas Timbalan Setiusaha PKR itu semalam, penulis sendiri sempat bertemu dengan beberapa rakan dari PKR cabang Tambun, Cabang Sg. Siput bahawa pemilihan PKR setiap perwakilan disogok dengan wang untuk mendapat pencalonan dan undi, setiap orang ada dikatakan sehingga mencapai ribuan ringgit. Ketua - Ketua Cabang telah disogok dari awal lagi, sebahagiannya diberi wang saku untuk membelanja ahli perwakilan di Cabang - Cabang, sebahagiannya Mesyuarat di taja oleh pemimpin - pemimpin tertentu, sebahagiannya telah menaja bilik - bilik Hotel di Lembah Klang, boleh juga dipercayai kelab - kelab dan pusat - pusat hiburan akan dipenuhi oleh para perwakilan PKR kelak.

Disini jelas juga bahawa AI dan Wan Azizah mengamalkan politik kawan dan kroni kerana dikatakan Ketua Cabang - Cabang telah menerima arahan daripada pimpinan tertinggi agar mencalonkan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden, ini bermakna AI dan Wan Azizah juga tidak mempercayai Zaid Ibrahim, malah Khalid Ibrahim yang berjawatan Menteri Besar juga tidak mempunyai tempat sepatutnya dalam PKR sekadar sebagai balachi dalam PKR berbanding Azmin.

Pemimpin - pemimpin Cabang - Cabang PKR majoritinya berbangsa Melayu mencalonkan Azmin dan sebahagiannya mencalonkan Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamal, ini jelas bahawa pemimpin berbangsa Cina apatah lagi India terpinggir untuk mendapat pencalonan bagi Jawatan Timbalan Presiden, mereka telah mendapat signal atau arahan dari AI agar mempastikan pencalonan diberi pada Azmin, disini dapat kita simpulkan bahawa KESAMARATAAN dan KEADILAN untuk semua dalam PKR hanya RETORIK dan MAINAN MULUT AI dan Wan Azizah sedangkan realitinya dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun sedikit demi sedikit KEPINCANGAN dalam PKR tersembur keluar dan kini Cina dan India akan dipinggirkan didalam pemilihan PKR ini, malah bagi jawatan - jawatan Exconya dipercayai Melayu juga akan memonopolinya kelak.

Jelas ini yang dikatakan "Gajah depan mata tak nampak, unggas diseberang laut nampak", ini juga dikatakan "kata paku dulang serpih" ini juga dikatakan "Bapa birik anak rintik" ini juga dikatakan "Cakap tak serupa bikin".

2 ulasan:

  1. PKR.... Pakar Kelintong Rakyat, itulah pengertian sebenar mereka....

    BalasPadam
  2. Rakyat seperti aku jugak yang tertipuuuu

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda