Isnin, 27 September 2010

GANGSTERISM DALAM PKR


“Hanya indah khabar dari rupa”

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan menjunjung prinsip demokrasi dan ketelusan tidak terlepas daripada insiden kekecohan semasa proses pemilihan jelas menggambarkan parti tersebut hanya ‘indah khabar dari rupa’.

Tambahan pula, pemimpin tertinggi PKR sebelum ini sering melaung-laungkan pemilihan parti mereka adalah yang terbaik dan contoh proses demokrasi sebenar serta patut menjadi ikutan parti-parti lain terutamanya UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Pautan berita penuh di Sinar Harian online dan Berita Harian Online bertarikh 27.9.2010

Komen Penulis,

Bukan perkara yang mengejutkan, bukan perkara ganjil dan bukan perkara luar biasa insiden pergaduhan, amuk, bertumbuk, bertengkar, baling membaling, caci mencaci, koyak mengoyak, campak mencampak, cabar mencabar di Mesyuarat Pemilihan PKR.

Yang TERKEJUTNYA boleh dikatakan hampir semua Mesyuarat di Cabang - Cabang PKR di seluruh negara KECOH, haha...ini memang terkejut yang boleh kena serang sakit jantung dan gila babi.

Yang tak mengejutkan, kerana memang selama ini style gangsterism menjadi modus operandi PKR terutamanya apabila musim Pilihanraya, melakukan Demostrasi dan sebagainya memakan diri pemimpin - pemimpin mereka, ini menguatkan lagi bukti dan fakta bahawa PKR memang Parti Gangster malah difahamkan kumpulan-kumpulan samseng juga bersepahan merata pelusuk menjadi ahli PKR.

Malah bertambah hangatnya seperti yang didedahkan penulis dan rakan - rakan bloggers yang lain terdahulu terdapat politik kotor seperti rasuah, caci mencaci, kutuk mengutuk, berpuak - puak, kronism dan sebagainya menjadikan tokok tambah yang amat berlebihan sehingga hangatnya Mesyuarat - Mesyuarat Cabang PKR di merata - rata Negeri.

Bukti kepada rakyat bahawa PKR hanya indah khabar dari rupa, cuba kita bayangkan sekiranya mereka memerintah negara kelak, amalan gangsterism bermaharajalela sehingga akan mengugat ketenteraman rakyat, malah amalan diktator akan berleluasa, jangan rakyat membuat rungutan, tiada aduan, tiada teguran, sekiranya rakyat melakukannya maka kumpulan gangster akan sampai didepan rumah kita.

Sama - sama lah kita nilai dan fikir - fikirkan.

5 ulasan:

  1. kua!!!kua!!! PKR nak mengajar anak ketam berjalan, terlalu banyak salah laku dalam PKR.

    BalasPadam
  2. agaknya diorang ini banyak tengok cita tamil NAYEGEN-kamal hasan.

    BalasPadam
  3. Salam, sdr anom, emmm... tul gak, nak jadi pemimpin negara dan negeri mesti memimpin rakyat kejalan yang lurus.
    Sdr aleh, memang best cerita tamil, tu mesti berdesyummmmm bunyi kena pelakong ha!!! malu bro teramat le malunya

    BalasPadam
  4. salam bro,

    kalau kat dalam dewan dun pun dah macam sarkis, apa lagi kat luar.. dah perangai macam beruk, anak buah pun semua macam beruk...

    BalasPadam
  5. Salam bro, betul tu, beruk bergayut di Cabang2 sesuai dengan tempatnya.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda