Selasa, 5 Oktober 2010

DAI!!!! TAMBI SUBRAMANIAM, KERJA DULU BARU JAWATAN!!!!



Dua hari sudah Dato Dr Subramaniam yang juga Naib Presiden MIC telah mengeluarkan kenyataan bahawa MIC akan menuntut satu lagi kerusi Menteri untuk diberi kepada Timbalan Presiden Senator G. Palanivel yang kecundang semasa PRU ke12 lalu.

Tuntutan ini berkisar selepas Dato Seri S. Samy Veloo mengumumkan perletakan jawatan pada Januari 2011 yang akan dipangku jawatan Presiden oleh Palanivel selaku Timbalan Presiden yang baru - baru ini di lantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi .

pendapat penulis adalah lebih baik MIC kurang bercakap, tindak menuntut sesuatu untuk diri pemimpin mereka, tidak menwujudkan kontrovesi, tidak bermain politik keperibadian, apa yang lebih besar dan penting MIC berkerja untuk rakyat komuniti India, MIC menuntut hak dan pembelaan terhadap rakyat komuniti India terlebih dahulu daripada menuntut jawatan untuk pemimpin mereka.

Yang lebih penting fokus kepada kerja kearah menarik balik sokongan pengundi kaum India keseluruhan kepada MIC yang akan menerima impak baiknya adalah BN, bukan berkhidmat untuk India MIC tetapi India keseluruhan di seluruh pelusuk tanahair.

Seorang Menteri, 5 Timbalan Menteri memadai dengan jumlah kemenangan Calon MIC pada PRU ke 12 lalu, kenapa tidak keputusan ini dijadikan teladan dan panduan untuk mengubah MIC agar lebih transperan, lebih tolenrasi, lebih mesra rakyat dengan menumpu seluruh kekuatan MIC untuk menarik seramai mungkin kaum India menyokong BN.

Jawatan akan datang, Jawatan akan diberi, DS Najib selaku Presiden BN dan Perdana Menteri bijak dalam mengatur barisan kabinet beliau, siapa dan parti mana yang akan membarisi kabinet beliau, jangan sama kan senario politik zaman terdahulu dengan senario sekarang, ia telah berubah sama sekali, Jika dulu Menteri lebih dan sekarang kurang mesti ada sebabnya berlaku demikian, malah MIC pun banyak kecundang didalam PRU, ini yang perlu di post mortem kan, Dai!!! tambi!!!! bukan post mortem jawatan Menteri la...

Menteri dan Timbalan Menteri MIC :-

1. YB Dato Subramaniam - Menteri Sumber Manusia

2. YB Dato SK Devamany - Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri
3. YB Dato M Saravanan - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
4. YB A Kohilan Pillay - Timbalan Menteri Luar Negeri
5. YB Senator T Murugiah - Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ahli baru MIC)
6. YB Senator G Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Barisan Menteri dan Timbalan Menteri ini adalah barisan yang cukup mempunyai kekuatan untuk bekerja menarik sokongan kaum India kepada BN malah lebih penting untuk sokongan kepada MIC yang kurang diminati lagi oleh kaum India malah golongan muda India yang langsung tak berminat dengan MIC.

Buktikan kekuatan dan kesungguhan MIC bagi kemenangan di PRU ke 13 terlebih dahulu, baru cerita jawatan. Pemimpin atasan MIC turun kebawah ke astet - astet, ladang - ladang, kampung - kampung, bandar - bandar bertemu dengan masyarakat India di bawah, bukan PM turun baru nampak muka, bukan Samy turun baru nampak muka, setiap individu pemimpin MIC semua peringkat turun dengan jujur dan kerelaan diri.

Cukup - cukuplah selama ini BN berhadapan dengan berbagai krisis yang diwujudkan oleh MCA, Gerakan dan PPP, kasihan lah pada DS Najib dan Muhyiddin yang bertungkus lumus mengstabil kan BN dan Negara, bekerja lah bersama mereka untuk kekuatan BN akan berulang lagi pada 2012.

5 ulasan:

  1. As'kum en din, itu pun nyareh-nyareh dapat juga seorang Menteri

    BalasPadam
  2. Salam, Anon, ye jugak... sebuk nak Menteri!!! Menteri !!!!! kerja kosongggggg

    BalasPadam
  3. AIKK..BLOM PAPE LG DIORANG DH NK MINTAK JAWATAN??..APE KEJE DIORANG DH BUAT?..STAKAT KOREK IDONG AKU PON BOLEY! KEHKEHKEH ADOIYAII SUBRA2!

    BalasPadam
  4. Salam,

    Ni puak sin dgn tamb sma sja parasit.

    BalasPadam
  5. Salam, bro jeff dan junah, tak habis - habis create isu baru, kerja tak buat, MIC syok sendiri, sudah lah kebanyakan seat pilihanraya pun harap sedekah dari UMNO.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda