Sabtu, 9 Oktober 2010

GEMPAK!!! SIAPA KENAL MAMAT NI HUBUNGI POLIS

'Orang penting’ dikehendaki

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/10/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MAHZAN...diburu
MAHZAN.... DIBURU

KUALA LUMPUR: Bermodalkan sekeping kad nama tertera jawatan penting selaku pegawai khas kepada Menteri Kewangan II, seorang penjenayah licik dikesan menipu ratusan mangsa membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit sejak beberapa tahun lalu.

Suspek yang dikesan berkeliaran di pejabat Imigresen, Putrajaya, pernah memperdaya mangsa yang datang ke pusat pentadbiran itu untuk memperbaharui permit atau visa.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany, berkata kegiatan suspek terbongkar apabila seorang kontraktor berusia 29 tahun membuat laporan polis selepas diperdaya suspek, baru-baru ini.


Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, datang ke Pejabat Imigresen Putrajaya, untuk memperbaharui visa isterinya yang juga warga asing.


“Oleh kerana mangsa tidak memahami prosedur menyambung visa, dia diperkenalkan seorang pelanggan di pejabat itu kepada individu yang mendakwa ‘orang penting’ di Putrajaya.


“Sebaik bertemu lelaki berusia 40-an terbabit, lelaki itu menghulurkan kad perniagaannya yang tertera nama serta jawatannya sebagai pegawai khas kepada Menteri Kewangan II,” katanya.


Menurutnya, suspek membawa mangsa ke sebuah rumah di Putrajaya sebelum berbincang soal pembayaran bagi menyambung tempoh visa lawatan isterinya yang hampir tamat.


“Difahamkan, suspek meminta mangsa membayar RM2,435 bagi urusan imigresen. Bagaimanapun, mangsa yang tidak mempunyai cukup wang meminta supaya dihantar ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhampiran sebelum menyerahkan RM2,500 kepada suspek.


“Suspek menghantar mangsa dan isterinya ke hentian bas berhampiran dan berjanji proses memperbaharui visa terbabit akan dilakukan dalam tempoh seminggu,” katanya.


Namun, selepas seminggu, suspek langsung tidak menghubungi mangsa menyebabkan dia cuba menghubungi suspek.


Bagaimanapun, suspek memberi pelbagai dalih menyebabkan mangsa sangsi.

gsa menyebabkan dia cuba menghubungi suspek.


Bagaimanapun, suspek memberi pelbagai dalih menyebabkan mangsa sangsi.

“Pada masa sama mangsa meminta rakannya yang bekerja di Putrajaya menyiasat perkara itu sebelum mendapati nama suspek dan jawatannya tidak wujud di Kementerian Kewangan. “Malah, nama suspek turut disenarai hitamkan selepas pernah dikaitkan pelbagai kes penipuan,” katanya.


Izany berkata, susulan laporan itu, polis memburu suspek sebelum menahannya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


“Suspek yang dibebaskan dengan jaminan, bagaimanapun beberapa kali tidak muncul pada masa perbicaraan di mahkamah menyebabkan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.


“Susulan itu, polis meminta orang ramai yang mengenali suspek dikenali sebagai, Mahzan Mohd Marzuki, 43, dengan nombor kad pengenalan 671002-07-5549, supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Pautan Harian Metro bertarikh 9 Oktober 2010

Komen Penulis,

Penulis terus menghubungi sahabat - sahabat di Pejabat Menteri Kewangan II, malah penulis pun dah biasa dengan YBMKII yang kini berada di Washington yang menghadiri International Finance Minister Meeting selama 4 hari. Semua Pegawai dan kakitangan terkejut akan berita tersebut malah langsung tidak pernah mengenali atau berurusan dengan Mahzan.

Pegawai Khas di Pejabat Menteri Kewangan II terdapat seorang Pegawai Tugas - Tugas Khas iaitu Sdr. Syamsul Zairil Kamarudin dan 3 orang Pegawai Khas iaitu Sdr. Suhaimi Din, Sdr. Saiful Bahri dan Cik Aslina. Selain itu terdapat jawatan - jawatan lain seperti Setiausaha Politik Sdr Aminuddin Hanafiah, Setiausaha Sulit Kanan, Puan Dayang Saadiah, Setiausaha Sulit, Puan Modhiyati, Setiausaha Akbar, Cik Wan Nurzila.

Kementerian Kewangan akan membuat penafian dalam masa terdekat.

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KEWANGAN BERTARIKH 13 OKTOBER 2010

Bukan pegawai khas kementerian



2010/10/13
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan semalam menafikan individu yang terbabit kes penipuan ratusan mangsa seperti yang disiarkan Harian Metro Sabtu lalu bertajuk ‘Orang Penting Dikehendaki’ adalah pegawai khas Menteri Kewangan II.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, suspek yang dikenali sebagai Mahzan Mohd Marzuki, 43, bukan pegawai khas kementerian dan tidak pernah berkhidmat dengan Kementerian Kewangan.


Sehubungan itu, kementerian menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya apabila didatangi individu tertentu dan perlu mendapatkan kepastian daripada kementerian terlebih dulu sebelum menjalankan sebarang urusan.

Pautan Harian Metro bertarikh 13.10.2010

Ini lah species yang merosakkan nama baik Menteri malah Pegawai - Pegawai Menteri, tentunya selama ini dikalangan masyarakat tersebar bahawa inilah kerja orang kanan Menteri yang mengambil habuan, mengenakan tol dan sebagainya sedang kan perkara tersebut tidak berlaku, tambahan dibawah Menteri Kewangan II YB DS Ahmad Husni Hanadzlah yang semua kenali akan keseriusan nya yang amat pentingkan kredibiliti, efisyen dalam melaksanakan tugas tanggungjawab.

4 ulasan:

  1. AIKKK!!..MALAON TU ADE ILMU GHAIB KE PER? INI GERENTI JOIN GENG PUKAU. HERAN GAK AKU CMNE DIA LEH BEGENTAYANGAN KT LUAR TU ISHHH!

    BalasPadam
  2. Salam, bro jeff, aje nye antu raye mamat ni...kenyang dia yeop.

    BalasPadam
  3. Salam All,

    Punya banyak cara nak buat duit cara ni juga yang dia pilih.

    BalasPadam
  4. Salam, bro, teman kalau duit tu mamat ni mengkedarah seorang dia tak apa, ini nanti bagi anak bini makan minum, apa nak jadi?

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda