AWAS!!!! ELAK DARI MEMASUKI LEMBAH KLANG PADA 31 OKT 2010
Persoalan yang semua pihak tertunggu - tunggu terutamanya bagi Penasihat PKR dan Presiden PKR dengan penuh debaran, penuh kemarahan, penuh dendam, penuh kegelisahan menanti tarikh tibanya 31 Oktober 2010.
Seluruh anggota Parti PKR yang sebelum ini bertempur sesama sendiri di Cabang masing - masing akan berhimpun disatu tempat di Lembah Klang bagi memilih Pimpinan Tertinggi Pusat, puak masing - masing mahu mempastikan ketua puak yang mewakili PUAK -PUAK tertentu yang akan menaungi mereka di MENANGKAN walaupun dengan apa cara sekali pun.
Penulis sudah mula mendengar sok...sek...sok....sek.... sembang - sembang kedai kopitiam dikalangan ahli PKR di Cabang - Cabang yang mengatakan mereka tidak berani untuk hadiri ke Perhimpunan MPP tersebut kerana dijangka akan berlaku kekecohan besar yang akan membawa kepada KERUSI MELAYANG, BEG MELAYANG, BOTOL AIR MELAYANG, PETI UNDI MELAYANG, KETAYAP MELAYANG, SONGKOK MELAYANG dan berbagai - bagai bahan yang boleh didapati dalam Dewan akan dijangka MELAYANG LAYANG.
Ada juga sembang - sembang mengatakan terdapat dikalangan Calon telah melantik "BODY GUARD", ada yang dah pilih KAKI PUKUL, ada yang dah sewa MAFIA untuk mengawal keselamatan mereka masing - masing semasa disana.
Sembang - sembang kedai kopitiam juga mengatakan seluruh kekuatan Calon akan di maksimumkan terutamanya DUIT untuk di loadkan habis - habisan kepada semua jentera - jentera Calon dan paling penting untuk diloadkan dalam POKET PERWAKILAN.
Pemilihan menyaksikan sehingga kini pertembungan 3 Calon PANAS akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden iaitu Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamal.
Manakala bagi Jawatan Naib Presiden seramai 19 Calon Naib Presiden yang agak PERKASA dalam PKR akan bertempur diantaranya, Nurul Izah (Anak manja AnWar dan Wan Azizah), Tian Chua, Dr Xavier, N Gobalakrishnan, S Manikavasagam, Sivarasa dan Fuziah Saleh.
Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menyaksikan seramai 135 Calon - Calon yang BERTARING dalam PKR akan beradu kekuatan merebut jawatan tersebut.
Adakah kita rakyat Malaysia akan menyaksikan pula satu lagi pertempuran seperti yang berlaku di antara peminat Bola Sepak Selangor dan Kelantan akan diulang tayang dalam versi dalam Dewan pula, sama - sama kita tunggu dan lihat dengan penuh berkobor - kobor (ayat Perak).
Ada yang lagi hebat daripada ini.. bukan setakat hebat tetapi DAHSYAT... tapi parti lain bukan PKR...
BalasPadamSalam,
BalasPadamKlu terniat nk pergi jgn lupa pakai helmet.
sALAM, SDR KUDA PERANG LAMA TAK HADIR KE BLOG TEMAN, MUNGKIN SIBUK URUSAN HARIAN.
BalasPadamSTATEMENT SDR TU KENA BETUL KAN, FAKTA DALAM SEJARAH MANA ADA PARTI LAIN SELAIN PKR MERATA2 CABANGNYA BERTUMBUK, TEMAN AKUI MUNGKIN ADA SATU ATAU DUA BAHAGIAN DALAM "PARTI LAIN TU" KECOH TAPI TAK SAMPAI BERTUMBUK DAN BERBALING2 JIKA YA PUN MUNGKIN SATU, PKR INI "MERATA DAN BERSEPAH2" SDR, INI FAKTA TAK BOLEH DINAFIKAN, JADI JIKA SDR SOKONG PARTI PKR, ELOK UBAH PADA "PARTI LAIN TU" HE..HE..
SDR. JUNAH, BUKAN SETAKAT HELMET, KENA PINJAM PERISAI FRU SEKALI.
Din, si Kuda Perang ingat parti dia saja yg kononnya bagus..... tak tahu berperang dlm jubah.. kaki todi lawan kaki arak, mestilah brperang jadinya... tak lama lagi berjangkiot dalam PAS pulak bila kelab penyokong Cina India pun mcm tu juga............
BalasPadamSalam AYG, betul tu bro, puak PAih ni macam lembu tarik idung, pemimpin tak betoi pun angguk - angguk sebab hormatkan jubah.
BalasPadamDiaorang berani lawan jugak gila2 sampai patah riuk bro, tapi dalam hati dan dalam mimpi hahhaaa