DAHULU tercetusnya peristiwa 13 mei 1969 salah satu berpaksi kepada KRISIS KEPERCAYAAN antara kaum utama yg terdapat di negara ini yang digembar gemburkan oleh anasir - anasir seperti kumpulan Bintang 3, politik jumud pembangkang, individu - individu satu kaum yg tidak berpuashati.
KINI setelah sekian lama bersenang lenang, senario DAHULU cuba di cetak semula untuk di jamu kepada rakyat oleh kumpulan - kumpulan yang sedarah daging seperti kumpulan DAHULU, Pakatan Pembangkang cuba untuk mewujudkan kembali dikalangan rakyat KRISIS KEPERCAYAAN terhadap kaum dan Kerajaan dengan menjadikan Pemimpin Negara, para Menteri, badan Kehakiman, PDRM, SPRM, SPR dan Agensi lain agar apabila krisis ini berjaya dijamukan untuk dilahap oleh rakyat maka keuntungan dianggap berpihak kepada mereka.
KINI seperti pepatah " jangan bermain dengan api" itu lah mainan mereka "api menjadi mainan" PKR dan PR dan adakah peristiwa 13 Mei berkemungkinan akan berulang kembali?? kita tidak tahu, tetapi bibit - bibit kearah untuk api menjadi marak sedang dan telah dilakukan oleh PKR, berbagai bahan petroleum yg boleh memarakkan api dicurahkan oleh Pakatan Pembangkang, strategi pecah dan perintah sedang diusahakan yang menyusup dikalangan rakyat melalui berbagai cara dan usaha.
KINI benarkah KETUANAN MELAYU menindas bangsa lain??? sejak peristiwa 13 Mei yang sudah dilipatan sejarah, Sejak dari peristiwa itu Kerajaan sejak puluhan tahun berusaha sedaya upaya dengan berbagai - bagai rancangan PEMBANGUNAN dizahirkan, berbagai pendekatan PERPADUAN disematkan kepada setiap individu, segala perancangan NAWAITU nya untuk kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum mengecapi nikmat bersama malah ada yang terlebih nikmat, sebab itu kedengaran ungkapan ikhlas, Agama Islam agama resmi, Kaum lain bebas mengamalkan agama masing - masing tiada sekatan, sebab itu terdengar kata- kata jujur, kaum Melayu diutamakan manakala kaum lain diberi pembelaan dan dihormati, malah Melayu sudah berkurun BERTOLERANSI DAN BERTOLAK ANSUR MALAH LEBIH MENERIMA demi persaudaraan seNegara atas keakuran terhadap laungan Pemimpin Melayu sendiri, Melayu menerima.
KINI benarkah bangsa lain ditekan dan tertekan???, jika di dalami apa yang telah menjadi realiti di muka bumi ini, dalam semua sudut berbanding generasi pertama hingga lah ke generasi ke2 dan ke3 semua kaum perbezaan nyata sekali bahawa dalam semua sektor seperti ekonomi kaum cina diumpamakan mendahului jauh meninggalkan kaum Melayu itu sendiri, dalam sektor perkhidmatan profesional seperti Peguam, Doktor dicontohkan kaum Cina dan India menguasai bidang tersebut berbanding kaum Melayu, jika hendak dibarisi tak terbaris penulis untuk menyatakan disini, secara keseluruhannya semua kaum telah memperolihi kesejahteraan.
Cuma sedikit kelonggaran dan kepercayaan bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan membantu KAUM MELAYU untuk berdiri bersama - sama tingginya dengan kaum lain didalam semua sektor dilakukan agar peristiwa dahulu yg SEPATUTNYA kini dicetus oleh Kaum Melayu yang merasa ketinggalan tidak berlaku, malah persoalannya kenapa kaum lain termakan cucukan hingga KRISIS KEPERCAYAAN baru sekarang dilihat tercetus, hingga kita terlupa kenikmatan dan kesejahteraan telah sekian lama kita kunyah dan telan.
Oleh yang demikian, jangan lah kita terfikir untuk menerima sebulatnya mainan api KETUANAN MELAYU yang sengaja dan bersifat jahat dicetus oleh PKR sedangkan kita hidup tak merana pun di tanahair ini berbanding negara - negara maju dan ketiga diluar sana, malah pemimpin pembangkang pun kaya raya ke hulu ke hilir berkereta 5star.
1MALAYSIA hasrat murni YAB DS Najib, dalam mengembalikan perpaduan dan kersejahteraan rakyat mengikut merit masing - masing tercapai sekaligus mainan api Pakatan Pembangkang dapat dipadam dan dibenamkan sama sekali dan usaha ini amat murni sekali bagi kita yang mempunyai otak yang normal dan sihat untuk berfikir.
Oleh itu mari kita sama - sama mengguna otak yang normal dan sihat berfikir realitinya dan tanya diri kita apa kah realiti ini yang kita mahukan atau sesuatu yang belum tentu menjadi realiti yang hendak kita mimpikan akhirnya yang "dikejar tak dapat yang dikendong berciciran".
DIORANG MMG SKE MAIN DGN API BROO. DLU TAIM REFORMASI HABIS DIORANG BAKAR SANA SINI SBB NAK BELA SI KAKI JUBOR TU JUGAK..KEHKEHKEH HARKKK PTUIHH
BalasPadamdah lama dah diorang main kasar, tak leh cara depan, diorang tutuh kut belakang kononnya nak putrajaya
BalasPadamsalam bro,
BalasPadammain dgn api silap gaya membinasakan diri sendiri.
ayah bapa DS bapa perpaduan, sekarang anaknya DS najib menghadapi masalah yg sama nak menyatu padukan rakyat.
SALAM, BETOIIIIIII100X BRO2 BERTIGA
BalasPadam