Khamis, 16 Disember 2010

SUDAH KE SELESAI KEMELUT SEPAK TERAJANG PEMILIHAN PKR?????, ATAU PKR CUBA ALIHKAN KE ISU LAIN






Sejak selesai pemilihan tertinggi Kongres PKR, tiba - tiba saja kemelut SEPAK TERAJANG sepanjang pemilihan PKR di Cabang - Cabang senyap dan sunyi soh!!!! tak berbunyi, tiada sebarang post mortem, tiada sebarang usaha peringkat tertinggi PKR untuk menyelesaikan setiap keluhan, setiap aduan, setiap rungutan ahli - ahli bawahan PKR sepanjang musim pemilihan PKR, bagi Saifuddin selesai janji aku dapat selesaikan pemilihan Kongres, lepas tu apa nak jadi, jadi lah.

Adakah setiap suara yang disuarakan oleh ahli - ahli PKR ini langsung tidak mendapat tempat didalam kepala otak pemimpin - pemimpin tertinggi PKR? atau adakah suara ahli - ahli tidak penting dalam PKR?, atau adakah pemimpin PKR tidak menghormati dan memangdang kecik ahli - ahli bawahan?, apa tindakan PKR untuk selesaikan kemelut tersebut?. Sebab itu bagi yang sedar telah mengambil tindakan keluar parti dan ada yang meletak jawatan.

Cabang - Cabang yang mengadakan pemilihan menghadapi masalah, pergaduhan, pertengkaran, protes dan sebagainya malah peratusan ahli yang mengundi pun amat diluar dugaan dengan jumlah yang cukup rendah jika dibandingkan apa yang didakwa 800 ribu ahli diseluruh negara.

Sekarang ini Anwar dan PKR cuba untuk mengalih perhatian kepada isu - isu lain, isu yang cuba untuk mendapat perhatian dan simpati dari ahli - ahli PKR sendiri sehinggakan ahli PKR terlupa akan krisis dan kemelut ketidakpuasan hati mereka terhadap PKR sendiri. Anwar telah berjaya mengalih penumpuan ahlinya terhadap kelemahan PKR, memang betoi apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir " MELAYU MUDAH LUPA", malah teman tambah lagi "INDIA PUN MUDAH LUPA"


p/s.. saja nak panas - panaskan.

1 ulasan:

  1. As'kum, tuan punya blog

    Sememangnya jika dilihat pada jeritan ahli - ahli dibawah seperti anjing menyalak bukit, ini bukti pakatan pembangkang hanya penting kan diri dan jawatan.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda