Selasa, 11 Januari 2011

PAS CUBA HIDUPKAN BALIK ANGAN - ANGAN UNTUK MENAKLUKI DUN MANJOI PERAK!!!


Sejak keputusan PRU Ke 12 diumumkan, gempar seluruh negara apabila keputusan kemenangan BN menurun, akhirnya disebut - sebut sebagai TSUNAMI istilah yang diambil apabila Pulau Pinang dan Kedah dilanda ribut Tsunami. jika dipandang belakang dari itu lagi pada PRU ke 10 pada tahun 1999 keputusan pun teruk merudum tetapi tidak seteruk PRU ke 12 walaupun ketika itu berhadapan dengan kes AI dipecat malah pemerhati politik menganggapkan bahawa era pemerintahan BN akan berakhir ketika itu, walaubagaimanapun Allah S.W.T masih merestui perjuangan dan pemerintahan BN, BN masih memerintah hingga ke hari ini.

Ketika PRU12 banyak kawasan BN yang kecundang akibat dibadai Tsunami, DUN Manjoi masih menang dengan walaupun majoriti 348 maka dengan itu YB Dato' Nadzri Ismail dinobat sekali lagi sebagai Wakil Rakyat kawasan Manjoi didalam Parlimen Tambun yang dipimpin selesa oleh YB Dato' Seri Haji Ahmad Husni Hanadzlah yang kini Menteri Kewangan Kedua.

Mengunakan teori 348 BN sudah tidak mendapat sokongan lah maka DUN Manjoi diletakkan sebagai misi utama PAS untuk menakluki DUN Manjoi, maka berbagai - bagai bentuk ceramah hentaman disusun di markaz - markaz PAS dikawasan - kawasan tertentu, kawasan - kawasan tertentu bermaksud tempat yang mempunyai pimpinan PAS yang agak aktif saja dibuat program bagi mengelak program tersebut tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan kecuali dengan bantuan kehadiran dari ahli - ahli dari kawasan - kawasan Parlimen berhampiran seperti Ipoh Barat, Ipoh Timur, Gopeng, Batu Gajah, Sg Siput bagi meramaikan sekaligus secara psychology masyarakat berhampiran terpengaruh kononnya PAS mendapat sokongan ramai.

Baru - baru ini Mat Sabu dijadikan Penceramah utama selain Dr Khairuddin Calon yang tak pernah menang dan Hj. Tarmizi bekas Guru Besar Maahad AlUmmah Ulu Chepor yang dipecat dari jawatan Guru Besar kerana penyelewengan kewangan telah berceramah di Markaz Jalan Jelapang Chemor yang masih menggunakan method yang sama sejak dulu kala menghentam, mengherdik, mengutuk, memaki hamun dan mengata sana sini semua tak betul, nada sama yang berkurun - kurun didengarkan kepada penyokong - penyokong sendiri sememangnya enak didengari oleh mereka, tetapi bagi masyarakat umum, buang masa dan bersubahat untuk "dosa kering" yang tak kena mengena dengan mereka.

Manakala pemimpin BN seperti Dato' Seri Haji Ahmad Husni Hanadzlah selaku Ahli Parlimen Tambun dan YB Dato' Nadzri Ismail tak kesah dengan semua kerja kosong PAS, beliau dan Dato' Nadzri sibuk menjalankan tugas tanggungjawab dengan penuh komitmen untuk membangunkan kawasan DUN Manjoi dengan berusaha mendapatkan peruntukan malah merancang tanpa henti untuk pembangunan masa depan Kawasan Manjoi khususnya di Parlimen Tambun untuk kepentingan rakyat.

Penulis melawat Gugusan Manjoi dan dapati ianya dibangunkan dengan berbagai - bagai tambahan Infrastruktur baru yang terancang mengandungi berbagai elemen seperti :-

1. SEKTOR EKONOMI, Menambah dan membina Pasar Baru Kg Manjoi, Pembinaan Rumah Kedai Rakyat di Kg Tg Hussin Baru, Pembinaan Pusat Perniagaan Taman Islam Hadhari di Kg Tg Hussin dan 10 pintu Rumah Kedai dijalan masuk dan utama Kg Manjoi, menaiktaraf Gerai Kuih Muih di Jalan baru Kg Manjoi, pembinaan Gerai makan di tepi tasek Kg Sg Tapah dan Tmn Meru manakala menambah dan membina baru sebuah Pasar besar Pekan Chemor akan dibina pada tahun 2011, malah di Kg Manjoi bersepah2 gerai2 berbagai jenis makanan tradisional Melayu bebas berniaga ditepian jalan TANPA DIGANGGU ATAU DIRAMPAS KERUSI MEJA DAN DIHALAU OLEH WAKIL RAKYAT DAN PENGUATKUASA MAJLIS BANDARAYA IPOH.

2. PEMBANGUNAN GENERASI MUDA, selain pembinaan 2 buah Mini Stadium di Manjoi dan Pekan Chemor, Pembinaan 9 buah Gelanggang Rakyat masing - masing di Kg Manjoi, Tmn Kledang Jaya, Kg Dato Ahmad Said Tamb 2, Tmn Meru, Tmn Meru 2C, RPT Desa Seri Chepor, Tmn Klebang Jaya, RPT Bt 10 Chemor, RPT Jelapang Jaya dan Taman Halaman Meru Damai dan 3 buah Gelanggang Bola Keranjang berbumbung dibina di Kg baru Khantan, Kg baru Kuala Kuang dan Kg Baru Changkat Kinding.

3. PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, 6 buah Perpustakaan Desa dibina di Kg. Manjoi Baru, Kg Tg Hussin, Kg Seberang Sg Tapah, RPT Jelapang Baru, Tmn Meru dan RPT Desa Seri Chepor manakala 5 buah Perpustakaan Desa baru sudah mendapat kelulusan dan akan dibina di pada tahun 2011 di Kg Tersusun Bt 10 Chemor, Tmn Klebang Jaya, Kg Tersusun Bt 10 Ulu Chepor, Tmn Meru 2C dan Kg Dato Ahmad Said Tambahan 3, manakala 1 buah Perpustakaan Awam akan dibina di Pekan Chemor pada tahun 2011, selain itu menyumbang Geran RM5,000 setiap tahun kepada Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT didalam Parlimen Tambun bagi program Motivasi dan Kokurikulum.

4. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR AWAM, Di Manjoi juga telah diluluskan RM5.4 juta bagi mengantikan jambatan lama Jalan Menteri bagi mengelak banjir akibat jambatan lama terlalu rendah dan akibat sampah sarap yang tersangkut. Membina 2 buah Pintu Gerbang mercu tanda di Kg Manjoi dan RPT jelapang Baru. Mendirikan 4 buah Dewan Serbaguna di Kg Sg Tapah, Kg Manjoi, Tmn Meru dan Pekan Chemor.

5. PEMBANGUNAN KEAGAMAAN, sebuah Masjid di Tmn Klebang Restu, 7 buah Surau Baru di DUN Manjoi dibina di Kg. Seberang Sg Tapah, RPT Jelapang Tambahan, RPT Jelapang Jaya, Tmn Chepor Damai, RPT Bt 10 Ulu Chepor, RPT Klebang Selatan dan Kg Dato Ahmad Said dan 3 buah Sekolah Agama Rakyat di Kg Dato Ahmad Said, Kg Tengku Hussin Baru dan Pekan Chemor.

6. PEMBANGUNAN PENTADBIRAN, Mendirikan Pejabat Tanah dan Daerah Ipoh di Kg Manjoi yang menjadi pusat urusan pembayaran cukai dan urusan tanah di dalam Daerah Ipoh, ini dapat menarik ramai masyarakat Ipoh untuk datang ke Manjoi sekaligus sektor ekonomi seperti perniagaan masyarakat Manjoi dapat dikembangkan.

7. KEBAJIKAN, 60 buah Rumah Mesra Rakyat(RMR) telah dibina pada tahun 2010, 6 buah rumah PPRT, 100 buah rumah warga miskin dibaikpulih, 5 buah rumah sumbangan Ahli Parlimen Tambun sendiri dibina untuk golongan yang tak berkemampuan yang amat menyentuh hati diatas kebaikan Dato' Seri Husni ianya membantu dikalangan rumah orang Melayu, Cina dan India dan tahun ini 100 lagi rumah warga miskin akan dibaikpulih dengan budget RM500,000.

Ironinya adakah dengan kerja kuat dilakukan oleh YB Dato' Seri Haji Ahmad Husni dan YB Dato' Nadzri Ismail dilupakan begitu saja oleh masyarakat dan pengundi DUN Manjoi dengan cukup sekadar ceramah dan cakap kosong puak - puak PAS yang menuduh sini salah, sana silap, situ tak betul boleh menakluki DUN Manjoi sedangkan bencana Tsunami sudah berlalu dan tidak berlakukan lagi sekarang ini dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak.

Pengundi semuanya telah bijaksana dan telah menolak ke gaung politik sempit malah politik fitnah tak berfakta sudah jijik dipandang pengundi. BN dengan motto nya Rakyat didahulukan telah dilaksanakan demi kepentingan rakyat sejagat dan diterima oleh semua kaum, malah inikan pula dengan kerja dan usaha berterusan dan jujur YB Dato' Seri Ahmad Husni dan YB Dato' Nadzri Ismail boleh dikalahkan dengan omong kosong dan "dosa kering".

4 ulasan:

  1. Salam,
    Tentang ceramah Pas yang penuh dengan Fitnah, hasad dengki dan marah berapi-api itu, teringat tiori konsep air dan haba oleh ahli sains yang terkenal Charles. Mengikut tiorinya "haba tidak boleh dihapuskan, cuma boleh dipindahkan. Ketika haba dikeluarkan dari air; molikul-molikul dalam air akan rapat diantara satu sama lain maka air itu akan menjadi beku dan amat keras.Tetapi air itu ditambah haba, ia akan menjadi wap dengan molikul menjarakan antara satu sama lain dan berpisah dari bekasnya. Haba umpama sifat-sifat marah, memaki hamun sesama bangsa melayu dan hasad dengki kerana kegagalan dan lain-lain yang dikatakan nafsu. Haba seperti inilah akan merenggangkan ikatan kasih sayang di antara orang Melayu dan lama kelamaan ia akan hancurkan Negara dan Bangsa Melayu seperti wap tadi. Inikah dikatakan pemimpin-pemimpin yang akan memimpin bangsa Melayu secara Islam di negara ini?. Slongan Islam PAS cuma kosong. Nicollo Machiavelli pernah berkata, “to maintain powers pretend that you are religious and moral, even if you are allowing the devil within take charge”. Siapa orang bernama Machiavelli ini?. Tanya guru google.

    Anda lihatlah dengan mata anda sendiri perkembangan ekonomi di Kelantan.Kita tak kata Pas salah!. Yang salah ialah pengundi yang pilih wakil Pas yang tidak punyai idea pembangunan ekonomi yang zero. Kalau mereka ini memimpin negara bagaimana?. Cuma tanah di perkuburan yang tidak memerlukan pembangunan. Apakah Kelantan telah bertukar tanah perkuburan sehingga pengundi di Kelantan tidak memerlukan pembangunan. Jangan lupa bila melintas tanah perkuburan orang Islam hadiahkan Al- Fatihah untuk penghuni kubur. Wassalam.

    BalasPadam
  2. Salam, TQ hadir ke blog teman, wah!!! Mamak Penang dah muncul kembali, lama tak dengak berita. teori dan pandangan yg bernas.

    Tu lah, masih nada yg sama, semua Negara luar berebut untuk mencapai kemajuan yg pesat dengan berbagai2 program dan perancangan, di negara kita masih hentam, maki hamun, kutuk, keji, fitnah dimainkan pemain2 politikus2 yang jumud.

    Malaysia tak terjerat dalam krisis ekonomi, keseluruhan rakyat selamat termasuk yg memaki dan mehamun pemimpin, di Malaysia penganguran tak menjadi masalah, masalahnya ada kalangan rakyat yg memilih dan malas nak bekerja, semuanya kerana kebijaksanaan memimpin oleh pemimpin BN.

    Depa kutuk Rosmah Mansor tak bertudung, Negara 100%Islamnya seperti Riyard pula jemput Rosmah beri Ucaptama di negara mereka dengan bertudung yang sama, itu pengiktirafan nama nya.

    Jadi apa yang boleh kita labelkan pada mereka adalah mereka "Politus yg Jumud" semata2 kemaruk nak jawatan besar.

    BalasPadam
  3. A'kum, bertuah orang Manjoi dapat w.rakyat macam ini punya rajin, jika semua w.rakyat macam ini bn tak akan kalah. tahniah yb dato sri husni dan dato nadzri.

    BalasPadam
  4. Memang orang melayu kita suka berpolemik..kita harus bekerjasama ..cuma jika berkuasa boleh membuat banyak perkara..gud job ddinbunga beliau memang bekerja keras untuk memberi kesedaran dan dakwah..jkkk dan cawangan UMNO harus menyantuni semua pihak seperti beliau lakukan tanpa mengira latar belakang..

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda