PENDUDUK JALAN DATO MANJOI MENYAMBUT DS HUSNI
PENDUDUK SETINGGAN JALAN DATO MANJOI BERSAMA SEPANDUK RIBUAN TERIMA KASIH YB DATO SERI AHMAD HUSNI DAN YB DATO NADZRI ISMAIL
DS HUSNI SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN
DS HUSNI SEDANG MENYAMPAIKAN SURAT KELULUSAN TANAH
Gugusan Manjoi mempunyai 40,000 penduduk yang terdiri daripada orang Melayu, Gugusan Manjoi mempunyai beberapa kampung yang dirangkumkan dalam Gugusan Manjoi iaitu, Kg Manjoi, Kg Tengku Hussin, Kg Sungai Tapah, Kg. Dato Ahmad Said, Kg Dato Ahmad Said Tambahan 1, 2 & 3, Kg Jelapang Jaya dan Baru.
Keseluruhan Kampung dalam Gugusan Manjoi lahir berasaskan kawasan perlombongan yang telah tamat MC perlombongan secara berperingkat - peringkat akhirnya wujudlah sebuah kampung Melayu yang terbesar di Malaysia terutama di Ipoh atas usaha dan perjuangan pimpinan UMNO dan Kerajaan Negeri Perak dibawah BN sejak 40 tahun lalu hingga lah kini, kawasan - kawasan lombong di tambak dan dijadikan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).
Kini Gugusan Manjoi bertambah maju dan pesat membangun, dalam kepesatan tersebut maka wujud juga sebahagian golongan penduduk yang mendirikan kediaman di tanah - tanah kosong milik Kerajaan dikalangan generasi kedua dan ketiga.
Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka maka Ahli Parlimen Tambun, YB dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan ADUN Manjoi, YB Dato Nadzri Ismail serta kepimpinan UMNO di Manjoi telah berusaha untuk menghalalkan penempatan mereka dengan membantu mereka untuk mendapatkan lot kediaman.
Di Jalan Dato Kg Manjoi terdapat 37 setinggan telah didirikan sejak 30 tahun lalu di tepian Sungai Pari diatas tanah tersepit berstatuskan tanah kerajaan diperjuangkan, bancian dan pelan tapak diusahakan oleh UMNO Cawangan Kg Manjoi dan JKKK Kg Manjoi.
Tetapi malang sejak pemerintahan 11 bulan Pakatan Pembangkang memerintah Negeri Perak usaha menjadikan kawasan tersebut lot kediaman terbantut apabila Ketua Kampung ketika itu yang juga Ketua ranting PKR Manjoi dan kepimpinan JKKK Pakatan Pembangkang telah menahan dan merombak kembali peserta yang dikalangannya penyokong UMNO dikeluarkan dari senarai dan dimasukkan nama - nama penyokong Pakatan Pembangkang yang bukan bersetinggan disitu, manakala setiap peserta dikehendaki membayar RM450.00 untuk mendapat lot tersebut selain premium dan cukai tanah, tiada duit tiada tanah.
Alhamdulillah, Perak kembali ketangan BN, atas bantuan YB DS Ahmad Husni dan YB Dato Nadzri setinggan jalan Dato dapat diselesaikan dan diberi kembali kepada penduduk - penduduk setinggan berjumlah 37 orang, pada 26Februari 2011 penduduk menerima berita baik, YB DS Ahmad Husni dan YB Dato Nadzri menyampaikan surat kelulusan lot dan borang 5A kepada mereka dengan kedua - dua Wakil Rakyat tersebut turun sendiri ke Jalan Dato.
Inilah pemimpin yang mendahulukan rakyat, pencapaian diberi keutamaan, masalah penduduk setinggan Jalan Dato akhirnya selesai dengan FOMULA KELULUSAN "IN SITU" bermaksud disitu rumah disitu lah lot yang diluluskan bagi memudahkan mereka tidak perlu berpindah, malah beberapa kawasan setinggan kecil di beberapa kampung seperti Jelapang baru, Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2 juga telah dipanggil temuduga pada 28 Februari 2011 di Pejabat Tanah Ipoh dan akan juga menerima berita baik.
TAHNIAH PENDUDUK KG MANJOI, BARISAN NASIONAL BERSAMA MU
SYABAS BETEY..KLU NAK HARAPKAN MELAYU PKR HABIS LA JAHANAM HAK ORG MELAYU. DAH MCM KENE LELONG KAT PASAR MLM LA PLAK...HARKK PTUIHH!!
BalasPadamSalam, bro, tu diaorang ni kata orang teruk, depa lagi haprak.
BalasPadamsayu hati saya baca berita ni....tq dato seri.
BalasPadamkalau tak tau cerita tak payah nak kutuk lah.. arwah paklong aku dah duduk lebih 30 tahun kat situ tapi tiba-tiba namanya takda dalam senarai penerima tanah. boleh pulak dimasukkan nama org lain yang takda kene mengena kat situ. ini kah yang dikata BN adil dan saksama. kalau bukan kerana PKR saya pasti penduduk kat situ masih lagi belum dapat geran tanah. ukur dah beribu kali tapi senyap mcm 2 je. bila PKR ambil alih dibawah Dato sri nizar barulah mereka nie di beri nafas baru. tetapi di sebabkan ketamakan BN menyebabkan pkr hilang kuasa. dan atas desakan penduduk akhirnya barulah dapat geran. itupun nak kena ukur tanah lagi tue.. jadi kepada yang tak tau cerita baik diam.
BalasPadamBetul... UMNO ada ramai yang tamak.. Tsunami politik dah ajar mereka jangan zalim rakyat.. Tapi daripada 100 peratus markah UMNO bantu rakyat bolehlah 80% PKR? Tak boleh dipercayai.Baik ikut PAS ada juga Islamik walaupun berjuang tanpa ilmu perjuangan. PKR tau buat kecoh sampai Islam lemah. Buat kecoh haram hukummmmnya... Cuba perhatikan orang yang ikut PKR.. tengok perangai mereka: nampak sangat iri hati dan dengki.Kalau tak dapat sesuatu tu bising tapi dah dapat habuan senyapppp... Ada udang sebalik me. Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan bukannya difokuskan ke jawatan politik atau orang politik... Orang biasa jeee...
BalasPadammacam mana nk dapatkan tanah rpt dekat manjoi sy anak jati manjoi
BalasPadammacam mana nk dapatkan tanah rpt dekat manjoi sy anak jati manjoi
BalasPadam