Rabu, 13 April 2011

SAYANG SARAWAK : SATU LAGI KEJAYAAN KERAJAAN BN, TABUNG INFRASTRUKTUR ASEAN BERPUSAT DI MALAYSIA - DS AHMAD HUSNI


DS AHMAD HUSNI MEMBERI CERAMAH DI DEPAN DEWAN PERNIAGAAN SARAWAK

Tabung Infrastruktur Asean (AIF), bernilai US$485 juta akan ditempatkan di Malaysia selepas mendapat persetujuan sebulat suara daripada Menteri-Menteri Kewangan Asean.

“Pengiktirafan ini menandakan kepercayaan penuh negara Asean ke atas kestabilan Malaysia secara keseluruhannya,” Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kepada pemberita selepas majlis pertemuan bersama dewan perniagaan dan persatuan perniagaan Sarawak di sini hari ini.


DS AHMAD HUSNI BERCERAMAH MENGUNAKAN POWER POINT DI KUCHING

Katanya Menteri-Menteri Kewangan Asean turut menyokong penuh cadangan Malaysia supaya kumpulan kerja peringkat tertinggi mengadakan pertemuan bagi menyelaraskan perjanjian pemegang saham AIF serta struktur AIF.

“Kita akan memuktamadkan struktur organisasi daripada segi tadbir urus dan lembaga pengarah Mei ini dan kita harap pada Oktober nanti masa mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, kita dapat menandatangani perjanjian melibatkan semua negara Asean,” katanya.


DS AHMAD HUSNI BERSALAMAN DGN AHLI DEWAN PERNIAGAAN SARAWAK

Ahmad Husni berkata sebagai peneraju utama AIF, Malaysia berjaya mendapat sokongan dan kerjasama daripada negara-negara anggota, dengan jumlah sumbangan sebanyak US$485 juta, dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) akan menyumbangkan sejumlah US$150 juta.

Untuk fasa kedua, beliau berkata AIF akan mengeluarkan bon untuk sektor swasta dan untuk kerajaan terutama bank-bank pusat yang mahu melabur rizab masing-masing dalam dana itu.


DS AHMAD HUSNI BERSAMA TAN SRI LEO MOGGIE SELAKU TUAN RUMAH

Tabung itu akan turut membiayai pembangunan infrastruktur di kalangan negara anggota bagi memastikan keseimbangan ekonomi, selain membesarkan saiz pasaran perkumpulan itu.

“Tabung ini sebenarnya melibatkan kerajaan. Ini bermakna kerajaan mempunyai perancangan untuk melaksanakan infrastruktur untuk jalan, pelabuhan, elektrik dan air,” kata Ahmad Husni.

p/s ini adalah perancangan dalam Tranformasi Ekonomi yang akan memberi impak positif kepada Negara dan sekaligus rakyat akan hidup sejahtera dibawah kepimpinan Kerajaan BN.


UNDILAH BN, SARAWAK UNTUK SARAWAKIAN

4 ulasan:

  1. saya berbangga apabila melihat kejayaan demi kejayaan bn dalam memerintah Malaysia, siapa kata anak Malaysia tak mampu????, jadi PM mampu, jadi Menteri Kewangan 2 pun mampu, jadi Menteri Miti pun mampu dan banyak lagi, semua nya hasil dari perjuangan bn semasa merdeka hingga sekarang lahir lah mutiara mutiara negara yang mahu majukan negara nya sendiri. tahniah dato husni.

    BalasPadam
  2. SALAM, CONTOH PIHIN TAIB MAHMUD, DIA ADALAH BAPAK PEMBANGUNAN SARAWAK, BEZAKAN SARAWAK DULU DAN SEKARANG, 30 TAHUN DIA BERJUANG AKHIRNYA SARAWAK MAJU, BUKAN MACAM NI A JIS 20 TAHUN LEBIH PERINTAH KELANTANG HARAP HAK PEMBANGUNAN KERAJAAN BN JUGA YG LAKUKAN, DIA TAK MAMPU KELANTANG MUNDUR JAUH DARI SARAWAK. JADI APA MASALAHNYA PIHIN TAIB MAHMUD PERINTAH SARAWAK.

    BalasPadam
  3. PERGHH CAYA LAH BROO. JIWA PEMIMPIN TERUS MERESAP DLM HATI RAKYAT SARAWAK. SWAK TAK PERNAH DAN TAK AKAN DI ABAIKAN SELAGI DI BWH BN YEZZEKKKKKK!!!

    BalasPadam
  4. Salam, bro, dlm pemerintahan BN semua org tk berkecuali telah mendapat nikmatnya, hanya terserah pada manusia tu sendiri yg membentuk dirinya sendiri dan merebut nikmat yg Allah kurniakan dan diterjemahkan oleh BN

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda