Rabu, 23 November 2011

NI A JIZ HIPOKRIT, SENYAP DAN TAK CERITA PUN KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI 35.6 JUTA PADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI KELANTAN

Ini lah pemimpin atau musyidul species toyol berjanggut, sapu peruntukan persekutuan senyap!!!, malah bila dapat bantuan dari kerajaan Persekutuan, senyap!!!, Sekolah Agama di kelantan sampai 35.6 Juta Kerajaan Persekutuan beri bantuan, tapi pernah kita dengar musyidul toyol berjanggut ni ceritakan dalam ceramah ceramah beliau, pernah kita dengar toyol berjanggut ni ucapkan terima kasih pada Dato Seri Najib, tak pernah!!, yang kita dengar Toyol berjanggut ni bagi tahu orang ramai Kelantan tak terima bantuan dan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, Kelantan di anak tiri kan Kerajaan Persekutuan, tak ke elok jer gelar orang tua ni TOYOL BERJANGGUT.

KOTA BAHARU, 23 Nov – Kerajaan persekutuan menyalurkan RM35.6 juta kepada 79 sekolah agama di Kelantan, termasuk RM25.1 juta yang telah dibelanjakan untuk projek menaik taraf infrastruktur dan pembinaan bangunan baru sekolah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kesempatan sempena lawatannya ke Kelantan untuk menyerahkan peruntukan RM10.5 juta kepada sekolah-sekolah berkenaan pada majlis perjumpaan bersama 1,000 warga pendidik sekolah agama di sini hari ini.

Daripada bantuan RM10.5 juta itu, 51 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menerima RM140,000 setiap sekolah, 22 Sekolah Agama Rakyat (SAR) mendapat RM100,000 setiap sekolah dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mendapat RM200,000 setiap sekolah.

Sebanyak RM25.1 juta dibelanjakan sebelum ini untuk enam projek menaik taraf infrastruktur dan membina bangunan bagi sekolah SABK. Kesemua projek itu siap tahun lepas.

Ia melibatkan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Bachok; SMUA Al-Kauthar, Kota Baharu; SMUA Al-Falah, Pasir Mas; SMUA Tengku Amalin Aishah Putri, Kota Baharu; SMUA Darul Salam, Kuala Krai; dan SMUA Saadatul Qura, Kuala Krai.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata kerajaan pusat amat mementingkan pembangunan Islam kerana ia membantu pembangunan modal insan yang seimbang.

“Kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Islam dalam pembangunan negara kerana Islam menuntut umatnya supaya menjadi maju. Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kemunduran,” katanya.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Muhyiddin berkata beliau tidak memandang perbezaan politik dalam soal pendidikan Islam kerana baginya, ilmu agama berfungsi membentuk sahsiah dan moral golongan pelajar yang bakal meneraju negara.

“Saya tak pandang dia Pas ke Umno. Yang saya pandang dia Islam. Saya tak mahu perbezaan politik, lebih-lebih lagi (soal) pendidikan Islam kerana ia wajib dan merupakan fardhu kifayah untuk ditunaikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata penekanan aspek agama juga dapat melahirkan insan yang mencintai negara selain menghalang anasir tidak sihat daripada memecah-belahkan perpaduan kaum dan umat Islam di negara ini.

Dalam sesi dialog bersama warga pendidik itu, Muhyiddin meminta pihak berkuasa sekolah agama persendirian di Kelantan yang belum berdaftar dengan Kementerian Pelajaran supaya berbuat demikian bagi memudahkan urusan penyaluran peruntukan.

“Kerajaan pusat tidak mahu ambil alih pengurusan sekolah ini. Kita cuma hendak beri bantuan supaya kualiti ilmu tidak terjejas,” katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan juga sedia memberikan kursus kepada guru sekolah agama supaya dapat mendidik pelajar dengan lebih baik.

KOMEN,

Ni lah pemimpin atau musyidul species toyol berjangut, sapu peruntukan persekutuan senyap!!!, malah bila dapat bantuan dari kerajaan Persekutuan, senyap!!!,

4 ulasan:

  1. WALLY SLIPAU MUKE TEMBOK LER BRO. KUTUK TETAP KUTUK. BAB SEBAT JEK DUIT YG KERAJAAN PUSAT KASI TAYANG MUKE SPOSEN! KEHKEHKEH HARKK PTUIHH!

    BalasPadam
  2. SALAM BRO, SEBAB TU BADAN KURUS KERING, MAKAN TAK JADI ZAT, DUIT HARAM.

    BalasPadam
  3. Masyukkkkkk en. din, yang bising kalau tak masyukkkk

    BalasPadam
  4. SALAM SDR ANON, THANKS HADIR KE BLOG TEMAN, DALAM ISLAM SEMUA DALAM SEGALA BENTUK YG KITA NIKMATI WAJIB BERSYUKUR, DAJJAL JER PAKAI MACAM ISLAM TAPI DOTDOTDOT

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda