Rabu, 19 Jun 2013

DAH BERTAMBAH TERUK SANGAT NAK HADIR PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN!!!!


TEMAN TERFIKIR JUGAK, APABILA TIMBUL ISU PUAK - PUAK BERSIH NAK ITU DIBETULKAN, NAK INI DI TAMBAHKAN DALAM SISTEM PILIHANRAYA, PUAK - PUAK UMNO DAN BN JUGAK BISING KATA ITU, KATA INI PADA PUAK BERSIH, TAPI SEDAR TAK SEDAR UMNO SENDIRI PUN PERANGAINYA MACAM PUAK BERSIH JUGAK DALAM NAK HADAPI MUSIM PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO DI CAWANGAN, BAHAGIAN DAN PUSAT.

MACAM - MACAM PERATURAN BARU DI CREATE, MACAM -MACAM SISTEM NAK DIBUAT YANG AKHIRNYA AKU RASA AHLI - AHLI AKAR UMBI UMNO SENDIRI PUN DAH RASA GETIK DAN MEYAMPAH, APA TIDAKNYA NAK DATANG MESYUARAT PUN SUSAH SANGAT, YANG DATANG SEMUANYA HARAPKAN DAH WARGA EMAS, SELAMA INI CUKUP BAWA BADAN DAN TANDATANGAN KAT SENARAI AHLI BERKOMPUTER KINI DAH NAK KENA BAWA I/C, TAK CUKUP NAK KENA BAWA KAD AHLI UMNO YANG TEMAN DIFAHAMKAN BUKAN SEMUA ADA KAD AHLI, TAK CUKUP DENGAN ITU, NAK KENA IMBAS PAKAI MESIN PENGIMBAS PULA, LEPAS TU ADA ORANG LUAR PULA PETUGAS KAWAL KAT PINTU DEWAN.

INI NAK MESYUARAT KE NAK PERGI MASUK GUDANG DUIT ATAU GUDANG EMAS????, ADAKAH INI NAK KUKUH KAN UMNO KE ATAU NAK MAMPUSKAN UMNO ATAUPUN NAK SAPU DUIT UMNO DENGAN MENGELUARKAN BELANJA BESAR NAK BAGI KAD AHLI DAN NAK BINA SISTEM PENGIMBAS YANG AKAN ONLINE DENGAN IBU PEJABAT UMNO DALAM ITU MESTI NAK ADA ACSES INTERNET, KENA PASANG LINE INTERNET, NAK KENA PAKAI TENAGA PETUGAS BERIBU - RIBU ORANG PULAK, MAKLUMLAH CAWANGAN UMNO BUKAN NYA SIKIT, DAH NAK KENA ADA BELANJA UNTUK ELAUN, TEMPAT TIDUR, MAKAN MINUM, PENGANGKUTAN SEMUA NYA PAKAI BELANJA.

BAGI TEMAN, SUDAHNYA YANG PENING AHLI UMNO JUGAK, DIK SAYANG KAN UMNO GAGAH JUGA LE DENGAR TAKLIMAT YANG DIBUAT DIK MAT BERUANG SI RAUF SETIAUSAHA KERJA YANG KITA PUN TAK BERAPA NAK YAKIN SEMANGAT JUANG NYA UNTUK UMNO KE UNTUK POKET DIA SENDIRI.

AKHIRNYA TERFIKIR GAK TEMAN, SELAMA INI DAH BERKURUN UMNO BUAT PERSIDANGAN SEMUANYA BERLAKU PENIPUAN KEHADIRAN AHLI AGAKNYA, SEBAB DULU TAK ADA KAD - KAD AHLI, TAK PERLU NAK BERSCAN - SCAN, SEMUANYA TANDATANGAN ATAS KERTAS KEHADIRAN JE. MALAH PARTI - PARTI PEMBANGKANG APA PUN TAK KESAH, SIAPA NAK DATANG, DATANG LE TETAP PARTI PEMBANGKANG MENANG BESAR DALAM PRU13.

P/S, SELAMA TEMAN PERNAH PERGI MANA - MANA PERSIDANGAN BESAR KERAJAAN MAHUPUN KORPORAT BESAR DALAM NEGARA MAHU PUN DI LUAR NEGARA SEMUANYA YANG HADIR TANDATANGAN DI ATAS KERTAS KEHADIRAN, TAK ADA PUN NAK BER SCAN - SCAN TAK PAYAH PUN NAK BER KAD - KAD AHLI, UMNO MEMANG HEBAT!!! PERSIDANGAN TAHUN DEPAN APA LE PULA PERATURAN BARU NYA YERK?????







1 ulasan:

  1. Buat peraturan bukan-bukan kerana nak kekalkan kuasa! sebab ramai yang beria-ia nak jadi pemimpin dalam UMNO. Dan fikiran orang Melayu kan standard! , kalau ada saingan, lebih-lebih lagi , kalau ada saingan dari kalangan bijak pandai, atau yang jujur dan bijak, atau yang ada pengaruh kerana pandai bekerja, cepat-cepatlah disingkir, supaya peluang yang gila nak jadi kaya dalam "UMNO" lebih cerah! Itulah sebab dalam kerajaan UMNO sekarang ni ramai yang bingung, dan tak tahu macam mana nak menepis pembangkang! kerana ramai pengecut dalamnya dan ramai kaki bodek yang baghal berjaya sampai keatas! Yang susah kan grassroot yang setia pada UMNO,dan bangsanya!, susah payah, berteriak supaya yang dalam kerajaan UMNO tu jangan biarkan sampai bangsa hilang maruah dan tak dihormati lagi dan akhirnya Tanah Melayi berkubur!!Orang Melayu MESTI belajar dari Peristiwa Hang NADIM dan Singapura dilanggar todak!

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda