SEMALAM 3 SEPTEMBER 2013 BERLANSUNG MAJLIS KUNJUNGAN HORMAT YAB DR ZAMBRY, MENTERI BESAR PERAK BERSAMA DENGAN DELEGASI 5 ORANG EXCO TERDIRI DARIPADA YB DATO SHAARANI, YB DATO ZAHIR, YB DATO ZAINOL, YB DATO SAMSUDIN, YB DATO NIZAR DAN KETUA - KETUA JABATAN SEPERTI PENGARAH PTG NG PERAK, PENGARAH JKR NG PERAK, PENGARAH JABATAN MINERAL PERAK DAN WAKIL PKNP DAN WAKIL MAJLIS BANDARAYA IPOH KE PEJABAT MENTERI KEWANGAN KEDUA YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH DI KOMPLEKS PERBENDAHARAAN PUTRAJAYA.
DALAM MASA YANG SAMA SATU MESYUARAT DIADAKAN DI TINGKAT 12 KOMPLEKS PERBENDAHARAAN YANG TURUT DIHADIRI OLEH KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN TAN SRI DATO SERI IRWAN DAN SETIAUSAHA BAHAGIAN MOF DAN PEGAWAI - PEGAWAI KANAN PEJABAT MENTERI KEWANGAN KEDUA, DATO LATIFAH PENASIHAT EKONOMI MKII, ENCIK AZIZOL KAMA ABD AZIZ, SETIAUSAHA POLITIK MKII, ENCIK SUHAIMI DIN PEGAWAI KHAS MKII DAN ENCIK IMRAN PEGAWAI KHAS MKII.
YAB MENTERI BESAR PERAK MEMBERI TAKLIMAT MENGENAI BEBERAPA RANCANGAN MASA DEPAN NEGERI PERAK DALAM MEMBANGUNKAN LAGI NEGERI PERAK TERMASUK RANCANGAN UNTUK MEMOHON BANTUAN YB MKII UNTUK MEMBANTU MENBERI KELULUSAN UNTUK MENJADIKAN PULAU PANGKOR SEBAGAI PULAU BEBAS CUKAI BAGI MEMBERI KESAN PELANCONGAN DAN MENAIKKAN SEKTOR EKONOMI RAKYAT DI PULAU PANGKOR DAN MANJUNG.
RANCANGAN BAGI MENGADAKAN PROGRAM PROJEK RUMAH RAKYAT (PBR) JUGA DIPERBINCANGKAN BAGI MENDAPAT KELULUSAN PERUNTUKAN DARI KEMENTERIAN KEWANGAN DI PERBINCANGKAN.
BEBERAPA PROJEK PEMBESARAN JALAN DAN PEMBUKAAN LALUAN DARI LEBUHRAYA PLUS DIBEBERAPA BANDAR DI PERAK JUGA DIPERBINCANGKAN.
DIAKHIR PERTEMUAN YAB DR ZAMBRY MENYAMPAIKAN CENDERAHATI BAGI PIHAK KERAJAAN NEGERI PERAK KEPADA YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH DAN DIAKHIRI SESI BERGAMBAR DAN MAJLIS MAKAN TENGAHARI
PENULIS YAKIN DENGAN PERTEMUAN INI DAN KERJASAMA AKRAB ANTARA 2 TOKOH NEGERI PERAK INI PENULIS AMAT YAKIN PERAK AKAN MENJADI LEBIH MAJU DAN MEMBANGUN DI MASA HADAPAN.