Rabu, 4 September 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 56 PERINGKAT PARLIMEN TAMBUN


BARISAN NASIONAL PARLIMEN TAMBUN AKAN MENGADAKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 56 SEPERTI YANG DIADAKAN SETIAP TAHUN.

SAMBUTAN AKAN DIADAKAN DI PADANG BANDARAN PEKAN TANJUNG RAMBUTAN AKAN DISAMBUT DENGAN BERBAGAI ATURCARA YANG DISEDIAKAN SEPERTI PERARAKAN MOTOSIKAL OLEH KUMPULAN BELIA, PERSEMBAHAN SENI PERTAHANAN DIRI OLEH PASUKAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, PERSEMBAHAN CHEERLEADERS TITAN GROUP OLEH PELAJAR SEKOLAH, PERSEMBAHAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK OLEH KUMPULAN KOIR DARI INSTITUT PERGURUAN IPOH, UPACARA BACAAN IKRAR DAN SEBAGAINYA.

MAJLIS AKAN DIHADIRI OLEH YB DATO' SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH SELAKU AHLI PARLIMEN TAMBUN YANG JUGA MENTERI KEWANGAN KEDUA, YB DATUK AMINUDDIN HANAFIAH, ADUN HULU KINTA DAN YB MOHD ZIAD DATO ZAINAL ABIDIN, ADUN MANJOI.

DIJANGKA 5,000 ORANG AKAN HADIR BAGI MERAIKAN SAMBUTAN HARI MERDEKA PERINGKAT PARLIMEN TAMBUN KALI INI.

ORANG RAMAI JUGA DIJEMPUT HADIR BERSAMA - SAMA BAGI MEMERIAHKAN UPACARA TERSEBUT, MAJLIS BERMULA PADA JAM 8.00 PAGI DAN AKAN TAMAT PADA JAM 12.00 TENGAHARI.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 56"









3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok tarikhnya dah ade kat banner tu.. x perasan.. tq..

      Padam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda