Selasa, 26 November 2013

PEMBANGKANG LAGI TERDUDUK - SATU LAGI MERCU UNTUK PENIAGA DI PEKAN CHEMOR

YB DS AHMAD HUSNI MEMBUAT LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK DATARAN PERNIAGAAN MULTI PURPOSE DI PEKAN CHEMOR

SETIAUSAHA MAJLIS BANDARAYA IPOH HJ AZIZUDDIN MEMBERI TAKLIMAT STATUS PROJEK KEPADA YB DS AHMAD HUSNI

YB DS AHMAD HUSNI MEMINTA MBI MELAKUKAN PENAMBAHBAIKAN MENGENAI DESIGN GERAI

YB DS AHMAD HUSNI DI PEKAN CHEMOR

SATU LAGI MERCU TANDA DI PEKAN CHEMOR SEDANG DIBINA UNTUK PARA PENIAGA - PENIAGA KECIL YANG KETIKA INI BERNIAGA DI TEPIAN JALAN AKAN MEMPEROLIHI PEMBELAAN DENGAN TERBINANYA 30 UNIT GERAI MULTI PURPOSE DI DATARAN PEKAN CHEMOR YANG AKAN MENGANDUNGI SELAIN DARIPADA GERAI, SEBUAH TANDAS, SEBUAH SURAU, SEBUAH PENTAS, SEBUAH PEJALAN KAKI  BERBUMBUNG UNTUK GERAI E -KASIH YANG SEDIA ADA BERNILAI RM1.2 JUTA YANG TELAH DILULUSKAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI SELAKU MENTERI KEWANGAN 2.

YB DS AHMAD HUSNI DALAM LAWATAN KERJA BELIAU BERSAMA YB DATUK AMINUDDIN HANAFIAH, ADUN HULU KINTA, YB USTAZ MOHD ZIAD, ADUN MANJOI BERSAMA PEGAWAI MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN PEMIMPIN - PEMIMPIN SEKITAR PEKAN CHEMOR JUGA TELAH MENGUMUMKAN PENAMBAHAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM200,000 BAGI MENAMBAH PRASARANA SEPERTI PEJALAN KAKI BERBUMBUNG UNTUK GERAI E-KASIH YANG SEDIA ADA AGAR DISATUKAN DENGAN GERAI YANG BARU AGAR TURUTMENDAPAT IMPAK EKONOMI APABILA BEROPERASI KELAK DAN PERUNTUKAN TERSEBUT JUGA UNTUK MEMBINA LAMPU LIMPAH AGAR IA LEBIH MENCERIAKAN DATARAN TERSEBUT.

"BARISAN NASIONAL MERASAKAN BAHAWA MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMBANTU PENIAGA - PENAAGA KECIL YANG BERNIAGA DI TEPI - TEPI JALAN DIBERI TEMPAT YANG TERBAIK BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN MEREKA, INI LAH PEMBELAAN BN KEPADA MEREKA AGAR MARUAH PENIAGA - PENIAGA INI AKAN LEBIH TINGGI MANAKALA PENDAPATAN MEREKA AKAN BERTAMBAH MALAH PENDUDUK SEKITAR CHEMOR MENDAPAT KEMUDAHAN" - YB DS AHMAD HUSNI. AHLI PARLIMEN TAMBUN

SEBELUM INI BEBERAPA PEMBANGUNAN YANG TELAH DILULUSKAN PERUNTUKAN DI PEKAN CHEMOR OLEH YB DS AHMAD HUSNI TELAH DIBINA SEPERTI PASAR BARU PEKAN CHEMOR, MINI STADIUM PEKAN CHEMOR (YANG KINI AKAN DIJADIKAN PUSAT LATIHAN PASUKAN BOLASEPAK PERAK), DEWAN 1MALAYSIA PEKAN CHEMOR, PERPUSTAKAAN AWAM, LAMPU JALAN UTAMA PEKAN CHEMOR, SEBUAH GELANGGANG BOLA KERANJANG BERBUMBUNG.

AKIBAT DARIPADA PEMBANGUNAN DEMI PEMBANGUNAN YANG DILAKUKAN OLEH BARISAN NASIONAL DIBAWAH KEPIMPINAN YB DS AHMAD HUSNI YANG MEMANG DIKENALI SEBAGAI SEORANG YANG CUKUP RAJIN, KOMITED DAN BERWAWASAN PEMBANGKANG AKAN PUTIH MATA DAN TERDUDUK KERANA SELAMA INI PEMBANGKANG HANYA DATANG APABILA TIBA MUSIM PILIHANRAYA SELAIN BERCERAMAH DI MAKRKAZ MEREKA MENGUTUK DAN MENGATA KERAJAAN DAN BN.

TAHNIAH PADA YB DS AHMAD HUSNI DAN SELURUH KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL DI PARLIMEN TAMBUN.

Selasa, 19 November 2013

BN TAMBUN MEMBANTU MANGSA RIBUT DI MANJOI

SEKITAR KERJA BANTUAN MEMBAIKPULIH RUMAH MANGSA RIBUT MANJOI

PEMUDA BN MENGHANTAR ATAP KE RUMAH MANGSA


PEMUDA BN MENGHANTAR ATAP METAL DECK KE RUMAH MANGSA

PEMUDA BN MEMBAIKI ATAP RUMAH MANGSA

BEBERAPA RUMAH DIBAIKPULIH

KESELURUHAN PERBELANJAAN YANG DISUMBANG OLEH YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH SELAKU AHLI PARLIMEN TAMBUN BERJUMLAH RM16,097 YANG MELIPUTI PEMBELIAN PELBAGAI JENIS ATAP SEPERTI ABESTOS, GENTING, METAL DECK DAN ZINK BIASA SERTA PERALATAN BERKAITAN LAIN TERMASUK PERBELANJAAN MAKAN MINUM DI BILIK GERAKAN KOMPLEKS SERBAGUNA MANJOI YANG DIBUKA SEMASA RIBUT BERLAKU.

SELAIN SUMBANGAN JUGA DITERIMA DARIPADA YB USTAZ MOHD ZIAD, ADUN MANJOI YANG BERTUNGKUS LUMUS MELAWAT DAN MENZIARAH MANGSA RUMAH DAN TELAH MENGARAHKAN SKUAD PEMUDA UMNO UNTUK MEMBANTU MANGSA RIBUT.

BAGI PIHAK PENDUDUK YANG TERLIBAT MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH, YB USTAZ MOHD ZIAD, KETUA KAMPONG MANJOI, UMNO BAHAGIAN TAMBUN DAN RELA.

Rabu, 6 November 2013

RIBUT DI MANJOI, MANA CALON PKR DAN PAS????

YB  USTAZ ZIAD, ADUN MANJOI MELAWAT SEORANG WARGA EMAS MANGSA RIBUT
ENCIK SUHAIMI DIN, PEGAWAI KHAS AHLI PARLIMEN TAMBUN, MEWAKILI YB DS AHMAD HUSNI MELAWAT MANGSA RIBUT DI JALAN JUARA MANJOI
KEADAAN RUMAH DI JALAN JUARA KG MANJOI

PADA 4 HARIBULAN 2013 JAM 6.45 PETANG MANJOI SECARA TIBA - TIBA DILANDA PUTING BELIUNG YANG MENGAKIBATKAN 23 RUMAH MENGALAMI KEROSAKAN BUMBUNG.

PADA MALAM TERSEBUT JUGA SELEPAS MAGHRIB KELIHATAN YB USTAZ ZIAD, ADUN MANJOI DAN ENCIK SUHAIMI DIN, PEGAWAI KHAS YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH, AHLI PARLIMEN TAMBUN YANG JUGA MENTERI KEWANGAN 2 BERADA DI KAWASAN TERLIBAT DAN MELAWAT DARI RUMAH KERUMAH BERSAMA KETUA KAMPONG TUAN SYED FAIRUZ DAN SKUAD PEMUDA, SKUAD WANITA DAN SKUAD PUTERI  UMNO BAHAGIAN TAMBUN SERTA RELA BAGI MELIHAT DAN MEMBUAT BANCIAN KEROSAKAN BAGI MEMBOLEHKAN BANTUAN DIBERI.

ENCIK SUHAIMI DIN BERTINDAK PANTAS DENGAN MEMOHON KELULUSAN BANTUAN KECEMASAN DARI YB DS AHMAD HUSNI YANG TELAH MENGARAHKAN AGAR DIBERI BANTUAN MEMBAIK PULIH SEGERA RUMAH - RUMAH MANGSA DAN MENGHULURKAN RM2,000 UNTUK PERSEDIAAN AWAL MEMBUKA BILIK GERAKAN DAN MENYEDIA MAKAN MINUM KEPADA MANGSA SELAIN MEMBAYAR SEGALA KOS MEMBAIKPULIH RUMAH MANGSA.

SEBUAH BILIK GERAKAN DIBUKA DI KOMPLEKS SERBAGUNA MANJOI BAGI MEMBANTU MANGSA RIBUT DAN DIJADIKAN PENEMPATAN SEMENTARA KELUARGA YANG MEMERLUKAN TEMPAT BERMALAM, SEHINGGA KINI 6 KELUARGA MANGSA  BERSETUJU DITEMPATKAN DI BILIK GERAKAN.

KERJA - KERJA MEMBAIK PULIH DIJALANKAN PADA HARI KEESOKKANNYA OLEH SKUAD PEMUDA DAN MEMANDANGKAN KEDAI HARDWARE KEBANYAKANNYA DITUTUP KERANA CUTI AWAL MUHARAM, WALAUBAGAIMANAPUN BEBERAPA SIMPANAN STOK ATAP ABESTOS YANG MEMANG TERSEDIA SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN DIBEBERAPA KAMPUNG LAIN DIPEROLIHI UNTUK MEMBANTU RUMAH YANG AGAK TERUK DAN KERJA - KERJA MEMBAIKPULIH DAPAT GIAT DILAKUKAN OLEH SKUAD PEMUDA PADA HARI INI.

MANA CALON PILIHANRAYA PARLIMEN PKR SITI AISYAH INI, YANG SEBELUM PILIHANRAYA SAMPAI PECAH KULIT KERANG MASUK KERUMAH PENGUNDI, KONONNYA PERIHATIN?????
MANA CALON ADUN MANJOI DARI PAS INI JIKA SEBELUM PILIHANRAYA BUKAN MAIN SIBUK KONONNYA MEMBANTU RAKYAT?????

AKHIRNYA, UMNO JUGA LAH YANG PERIHATIN DAN MENGAMBIL BERAT MASALAH YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT TERTUTAMANYA APABILA ADA YANG DITIMPA BENCANA.

TANHIAH UMNO BAHAGIAN TAMBUN, TAHNIAH YB USTAZ ZIAD, TAHNIAH ENCIK SUHAIMI DIN.