Selasa, 26 November 2013

PEMBANGKANG LAGI TERDUDUK - SATU LAGI MERCU UNTUK PENIAGA DI PEKAN CHEMOR

YB DS AHMAD HUSNI MEMBUAT LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK DATARAN PERNIAGAAN MULTI PURPOSE DI PEKAN CHEMOR

SETIAUSAHA MAJLIS BANDARAYA IPOH HJ AZIZUDDIN MEMBERI TAKLIMAT STATUS PROJEK KEPADA YB DS AHMAD HUSNI

YB DS AHMAD HUSNI MEMINTA MBI MELAKUKAN PENAMBAHBAIKAN MENGENAI DESIGN GERAI

YB DS AHMAD HUSNI DI PEKAN CHEMOR

SATU LAGI MERCU TANDA DI PEKAN CHEMOR SEDANG DIBINA UNTUK PARA PENIAGA - PENIAGA KECIL YANG KETIKA INI BERNIAGA DI TEPIAN JALAN AKAN MEMPEROLIHI PEMBELAAN DENGAN TERBINANYA 30 UNIT GERAI MULTI PURPOSE DI DATARAN PEKAN CHEMOR YANG AKAN MENGANDUNGI SELAIN DARIPADA GERAI, SEBUAH TANDAS, SEBUAH SURAU, SEBUAH PENTAS, SEBUAH PEJALAN KAKI  BERBUMBUNG UNTUK GERAI E -KASIH YANG SEDIA ADA BERNILAI RM1.2 JUTA YANG TELAH DILULUSKAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI SELAKU MENTERI KEWANGAN 2.

YB DS AHMAD HUSNI DALAM LAWATAN KERJA BELIAU BERSAMA YB DATUK AMINUDDIN HANAFIAH, ADUN HULU KINTA, YB USTAZ MOHD ZIAD, ADUN MANJOI BERSAMA PEGAWAI MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN PEMIMPIN - PEMIMPIN SEKITAR PEKAN CHEMOR JUGA TELAH MENGUMUMKAN PENAMBAHAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM200,000 BAGI MENAMBAH PRASARANA SEPERTI PEJALAN KAKI BERBUMBUNG UNTUK GERAI E-KASIH YANG SEDIA ADA AGAR DISATUKAN DENGAN GERAI YANG BARU AGAR TURUTMENDAPAT IMPAK EKONOMI APABILA BEROPERASI KELAK DAN PERUNTUKAN TERSEBUT JUGA UNTUK MEMBINA LAMPU LIMPAH AGAR IA LEBIH MENCERIAKAN DATARAN TERSEBUT.

"BARISAN NASIONAL MERASAKAN BAHAWA MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMBANTU PENIAGA - PENAAGA KECIL YANG BERNIAGA DI TEPI - TEPI JALAN DIBERI TEMPAT YANG TERBAIK BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN MEREKA, INI LAH PEMBELAAN BN KEPADA MEREKA AGAR MARUAH PENIAGA - PENIAGA INI AKAN LEBIH TINGGI MANAKALA PENDAPATAN MEREKA AKAN BERTAMBAH MALAH PENDUDUK SEKITAR CHEMOR MENDAPAT KEMUDAHAN" - YB DS AHMAD HUSNI. AHLI PARLIMEN TAMBUN

SEBELUM INI BEBERAPA PEMBANGUNAN YANG TELAH DILULUSKAN PERUNTUKAN DI PEKAN CHEMOR OLEH YB DS AHMAD HUSNI TELAH DIBINA SEPERTI PASAR BARU PEKAN CHEMOR, MINI STADIUM PEKAN CHEMOR (YANG KINI AKAN DIJADIKAN PUSAT LATIHAN PASUKAN BOLASEPAK PERAK), DEWAN 1MALAYSIA PEKAN CHEMOR, PERPUSTAKAAN AWAM, LAMPU JALAN UTAMA PEKAN CHEMOR, SEBUAH GELANGGANG BOLA KERANJANG BERBUMBUNG.

AKIBAT DARIPADA PEMBANGUNAN DEMI PEMBANGUNAN YANG DILAKUKAN OLEH BARISAN NASIONAL DIBAWAH KEPIMPINAN YB DS AHMAD HUSNI YANG MEMANG DIKENALI SEBAGAI SEORANG YANG CUKUP RAJIN, KOMITED DAN BERWAWASAN PEMBANGKANG AKAN PUTIH MATA DAN TERDUDUK KERANA SELAMA INI PEMBANGKANG HANYA DATANG APABILA TIBA MUSIM PILIHANRAYA SELAIN BERCERAMAH DI MAKRKAZ MEREKA MENGUTUK DAN MENGATA KERAJAAN DAN BN.

TAHNIAH PADA YB DS AHMAD HUSNI DAN SELURUH KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL DI PARLIMEN TAMBUN.

4 ulasan:

  1. As'kum, Wak teruja betul dengan keperihatinan Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Husni, tahniah dan teruskan untuk kesejahteraan rakyat di Tambun. -WAKJAMU

    BalasPadam
  2. Saudara, diharapkan agar tempat ini menjadi tumpuan masyarakat sekitaran dan peniaga akan memperolihi pendapatan. terima kasih kepada pemimpin UMNO.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, saya bangga sebagai anak chemor, baru - baru ini saya balik ke chemor dapat melihat perbezaan chemor sekarang dan dulu, terimakasih YB.

    BalasPadam
  4. hidup mie din.......mike memang hebat...

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda