Isnin, 30 Mac 2015

YB DS AHMAD HUSNI MENJAWAB ISU 1MDB DAN GST, RAFIZI DAN TONY PHUA TAK MASUK DEWAN


SEBELUM APA - APA ADMIN NAK TABIK SPRING PADA YB DS AHMAD HUSNI YANG TELAH MENJAWAB DI SESI PENGGULUNGAN TITAH DIRAJA MEWAKILI KEMENTERIAN KEWANGAN PADA PETANG SEMALAM 25 MAC 2015 MENGENAI ISU UTAMA YANG AMAT PANAS PADA ABAD INI IAITU ISU TUDUHAN RAFIZI DAN TONY PHUA MENGENAI 1MDB DAN ISU YG PR MAINKAN IAITU GST.


SEMUA PIHAK TERTUMPU PADA ISU PANAS INI YANG SENTIASA DI KECOHKAN DAN DITUDUH BERTALI ARUS OLEH RAFIZI DAN TONY PHUA DI SETIAP CERUK KAMPONG DAN DESA HINGGA IANYA MENDORONG YAB PERDANA MENTERI MENYAMAN HARAKAH YANG BOLEH MENJATUHKAN KREDIBILITI YAB DS NAJIB TUN RAZAK, UMNO DAN NEGARA.


WALAUBAGAIMANAPUN SEMUA ITU HANYA OMONG KOSONG DARI PR MALAH IANYA HANYA LAKONAN DAN SPIN DARI PR UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN , KERANA APABILA MENTERI KEWANGAN KEDUA MENJAWAB SETIAP PERSOALAN SEMUA SEKUTU PEMBANGKANG TIDAK BERUPAYA UNTUK MENYANGGAH DAN MENYOAL BALAS MKII, ITU MEMBERI GAMBARAN MEREKA HANYA MENDAPAT MAKLUMAT DARI AKHBAR DAN MEDIA SOSIAL DAN PORTAL PRO PEMBANGKANG SEMATA - MATA DAN DIMAINKAN SEBAGAI ISU POLITIK SEDANGKAN SECARA FAKTA DAN BUKTI MEREKA TIDAK TAHU SEBIJIK BUAH PUN MENGENAI 1MDB DAN GST, SETAKAT BAHAN DIKUTIP MELALUI AKHBAR DAN PORTAL TIDAK DI BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN UNTUK DIJAWAB OLEH MENTERI, LARANGAN ITU  TERKANDUNG DALAM STANDDING ORDER PARLIMEN.


MALAH RAFIZI SENDIRI YANG MENJADI HERO KONONNYA HILANG TAK KEMANA LANGSUNG TIDAK MASUK DEWAN KETIKA MKII MENJAWAB, MANAKALA TONY PHUA MASUK AGAK LEWAT DAN DUDUK CUMA MENDIAMKAN DIRI, SOALAN DEMI SOALAN DIKEMUKAKAN OLEH MP LAIN SEPERTI SHAMSUL ISKANDAR, HANIPAH MAIDIN, SIM TZE TSIN BAYAN BARU DAN DISEMUA NYA DIJAWAB OLEH MKII DENGAN TENANG DAN BERFAKTA PENUH DENGAN MAKLUMAT HINGGA TERKUNCI MULUT PEMBANGKANG, 


ISU GST KEBANYAKANNYA DIAMBIL PERANAN OLEH MP DARI BN MENYUARAKAN SOALAH SEPERTI LANGKAWI, BAGAN SERAI, KALABAKAN DAN TITIWANGSA.

APABILA SELESAI SEMUA PERSOALAN DIJAWAB OLEH MKII LEBIH KURANG 1 JAM MASA YANG DIAMBIL, TAMAT SAJA SESI TERSEBUT SEMUA MP BERPUASHATI DAN MEREKA BEREBUT - REBUT MENYERBU YB DS AHMAD HUSNI UNTUK BERSALAMAN MENGUCAPKAN TAHNIAH DENGAN PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI DARI TAMBUN INI YANG BERJAYA MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARA, UMNO DAN KHUSUSNYA PERDANA MENTERI MALAYSIA.

TAHNIAH PADA YB DS AHMAD HUSNI YANG MENJADI HERO DAN PAHLAWAN DALAM MEMPERTAHANKAN KREDIBILITI NEGARA,, UMNO DAN PM DARI DI CABULI OLEH PEMBANGKANG.

JANGAN JADI PEMBANGKANG, DIDALAM DEWAN APABILA MEREKA TIADA FAKTA DAN BUKTI MUKA TAK NAMPAK, DI LUAR DEWAN TAMBAHAN BERCAKAP DI DALAM PORTAL PEMBANGKANG BUKAN MAIN LAGI DEPA MENUDUH ITU INI.


Selasa, 17 Mac 2015

SATU LAGI PEMBANGUNAN PARLIMEN TAMBUN - PADANG KG TENGKU HUSIN DI NAIK TARAF

YB Dato Seri Ahmad Husni berucap di Padang Kg Tg Husein

Kg Tengku Husien yang dulu nya amat terkenal di Negeri Perak sebuah padang yang dikenali dengan Pandang Lintau yang di ambil nama nya sempena Pasukan Bola sepak Lintau yang menjadikan Padang tersebut sebagai tempat latihan, Pasukan Lintau popular kerana kebanyakan pemainnya di pilih mewakili Pasukan Perak Kejor Yop Kejor. 

Kini Pada 15 Mac 2015 Padang Kg Tengku Husein Gugusan Manjoi akan mendapat satu lagi projek menaiktaraf padang tersebut apabila YB Dato' Seri Ahmad Husni telah meluluskan peruntukan lebihkurang RM850,000 bagi membaik pulih rumput padang, membina Astaka dan mencantik kan kawasan sekeliling padang tersebut.

YB Dato Seri Ahmad Husni melakukan gimik pecah tanah

Peruntukan RM850,000 ini diluluskan sebelum ini oleh YB Dato' Seri Ahmad Husni untuk menaiktaraf semula Mini Stadium Kg Sg Tapah untuk dijadikan Dataran dan Pusat Rekreasi atas permohonan JKKK Kg Sg Tapah dan pemimpin masyarakat sekitarnya sebelum terpaksa dipindahkan peruntukan tersebut ke Kg Tengku Husien kerana semasa pertemuan dengan JKKK, pemimpin masyarakat dan Belia serta NGO sebelum melaksanakan pembangunan Mini Stadium terdapat bantahan dan suara tidak setuju daripada beberapa individu yang hadir untuk menaiktaraf kerana mereka mahu mengekalkan kehijauan kawasan tersebut.dikekalkan. Maka dengan itu JKKK dan pemimpin Masyarakat bersetuju agar peruntukan tersebut di pindahkan ke kampong Tengku Husein.

Sebelum ini pihak PKNP telah membina Mini Stadium ini dalam pakej memmodenkan Gugusan Manjoi walaubagaimanapun Mini Stadium ini tidak mendapat sambutan kerana padang bola sepak yang dibina tidak mengikut ukuran sebenar, malah gerai yg dibina di tepi tasek tutup kerana tiada pelangan, maka sesuatu inisetif perlu dilakukan.

Atas keperihatinan YB Dato Seri Ahmad Husni maka beliau meluluskan peruntukan tersebut bagi mengubah  langskap kawasan Mini Stadium agar lebih menarik minat penduduk Gugusan Manjoi, belia dan pemuda, tetapi malang nya ianya tidak disambut oleh segelintir individu.

Walaubagaimanapun YB Dato Seri Ahmad Husni telah mengarahkan Encik Azizul Kama, Pengerusi Pembangunan UMNO Bahagian Tambun agar meneliti dan bermesyuarat dengan Majlis Bandaraya Ipoh, Pejabat Tanah Ipoh untuk design semula Mini Stadium dan kerja - kerja mengkaji, bermesyuarat telah bermula sejak peruntukan tersebut di tolak oleh segelintir masyarakat di Kg Sg Tapah, beberapa kertas cadangan telah diperolihi daripada berbagai pihak seperti ADUN Manjoi, JKKK, kepimpinan UMNO dan pemimpin Belia untuk diperhalusi kerana ianya menelan peruntukan yang besar. TENTU LAH IANYA MEMAKAN MASA YANG AGAK LAMA AGAR IANYA TIDAK BERPISANG DUA KALI.

YB Dato Seri Ahmad Husni telah berjanji untuk membantu mendapatkan peruntukan bagi membantu memajukan semula kawasan Mini Stadium seperti yang dihasratkan oleh YB Dato Seri sendiri untuk menjadikan kawasan tersebut sebuah Dataran dan Pusat Rekreasi untuk rakyat di Gugusan Manjoi. Keindahan ciptaan Tuhan seperti sebuah Tasek yg terdapat di kawasan tersebut perlu dimanafaatkan, maka perancangan telah dan sedang dilakukan oleh Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Pejabat ADUN Manjoi, Pejabat UMNO Bahagian Tambun, MBI, Pejabat Daerah Kinta.

Jurutera MBI memberi penerangan pelan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh MBI

Hasrat YB Dato Seri Ahmad Husni menaiktaraf Padang Tengku Husein Gugusan Manjoi untuk memberi perhatian kepada golongan Pemuda dan Belia dapat mempamerkan skil dan aktiviti berguna, malah YB Dato Seri telah meminta YB Ziad selaku Ketua Pemuda merangka Blue Print untuk membuat pengisian program Sukan Jangka panjang agar setiap peruntukan pembangunan untuk golongan muda seperti Padang dan 20 Gelanggang Futsal yang terdapat di Parlimen Tambun di guna sebaiknya untuk kepentingan golongan itu.

YB Dato Seri Ahmad Husni dan YB Ziad bergambar dengan ahli Pertubuhan Generasi Muda Parlimen Tambun

Setiap usaha yang dilakukan perlu perancangan dan cara kerja yang teliti terutama di Gugusan Manjoi yang amat "limited" tanah, Malah semua pihak kena memainkan peranan dalam membantu, justeru itu dalam kita menjayakan setiap perancangan perlulah bersikap profesional dan berhemah, terapkan disiplin diri yang tinggi, menjaga nilai sopan santun budi pekerti yang tinggi, tidak perlu berkasar bahasa, tidak bersopan untuk memberi pandangan, kerana dalam usaha ini bukan kita seorang saja yang bekerja dan menyumbang, malah tidak perlu lah mengaku bahawa diri kita yang buat itu dan ini dengan memburukkan kepimpinan yang ada.

Kerana selama adanya UMNO sejak Merdeka, pemimpin nya lah yang bertunhgkus lumus membangunkan kampong sehingga ke tahap ini, apa salahnya kita menghormati prinsip tersebut dan membantu dengan seada nya secara berhemah dan bersopan santun, JANGAN KITA JADI JEMUAN DALAM PARTI SEPERTI YANG DIUNGKAP OLEH PERDANA MENTERI KITA.

TAMBUN STYLE

MY BEAUTIFUL TAMBUN