YB Dato Seri Ahmad Husni berucap di Padang Kg Tg Husein
Kg Tengku Husien yang dulu nya amat terkenal di Negeri Perak sebuah padang yang dikenali dengan Pandang Lintau yang di ambil nama nya sempena Pasukan Bola sepak Lintau yang menjadikan Padang tersebut sebagai tempat latihan, Pasukan Lintau popular kerana kebanyakan pemainnya di pilih mewakili Pasukan Perak Kejor Yop Kejor.
Kini Pada 15 Mac 2015 Padang Kg Tengku Husein Gugusan Manjoi akan mendapat satu lagi projek menaiktaraf padang tersebut apabila YB Dato' Seri Ahmad Husni telah meluluskan peruntukan lebihkurang RM850,000 bagi membaik pulih rumput padang, membina Astaka dan mencantik kan kawasan sekeliling padang tersebut.
YB Dato Seri Ahmad Husni melakukan gimik pecah tanah
Peruntukan RM850,000 ini diluluskan sebelum ini oleh YB Dato' Seri Ahmad Husni untuk menaiktaraf semula Mini Stadium Kg Sg Tapah untuk dijadikan Dataran dan Pusat Rekreasi atas permohonan JKKK Kg Sg Tapah dan pemimpin masyarakat sekitarnya sebelum terpaksa dipindahkan peruntukan tersebut ke Kg Tengku Husien kerana semasa pertemuan dengan JKKK, pemimpin masyarakat dan Belia serta NGO sebelum melaksanakan pembangunan Mini Stadium terdapat bantahan dan suara tidak setuju daripada beberapa individu yang hadir untuk menaiktaraf kerana mereka mahu mengekalkan kehijauan kawasan tersebut.dikekalkan. Maka dengan itu JKKK dan pemimpin Masyarakat bersetuju agar peruntukan tersebut di pindahkan ke kampong Tengku Husein.
Sebelum ini pihak PKNP telah membina Mini Stadium ini dalam pakej memmodenkan Gugusan Manjoi walaubagaimanapun Mini Stadium ini tidak mendapat sambutan kerana padang bola sepak yang dibina tidak mengikut ukuran sebenar, malah gerai yg dibina di tepi tasek tutup kerana tiada pelangan, maka sesuatu inisetif perlu dilakukan.
Atas keperihatinan YB Dato Seri Ahmad Husni maka beliau meluluskan peruntukan tersebut bagi mengubah langskap kawasan Mini Stadium agar lebih menarik minat penduduk Gugusan Manjoi, belia dan pemuda, tetapi malang nya ianya tidak disambut oleh segelintir individu.
Walaubagaimanapun YB Dato Seri Ahmad Husni telah mengarahkan Encik Azizul Kama, Pengerusi Pembangunan UMNO Bahagian Tambun agar meneliti dan bermesyuarat dengan Majlis Bandaraya Ipoh, Pejabat Tanah Ipoh untuk design semula Mini Stadium dan kerja - kerja mengkaji, bermesyuarat telah bermula sejak peruntukan tersebut di tolak oleh segelintir masyarakat di Kg Sg Tapah, beberapa kertas cadangan telah diperolihi daripada berbagai pihak seperti ADUN Manjoi, JKKK, kepimpinan UMNO dan pemimpin Belia untuk diperhalusi kerana ianya menelan peruntukan yang besar. TENTU LAH IANYA MEMAKAN MASA YANG AGAK LAMA AGAR IANYA TIDAK BERPISANG DUA KALI.
YB Dato Seri Ahmad Husni telah berjanji untuk membantu mendapatkan peruntukan bagi membantu memajukan semula kawasan Mini Stadium seperti yang dihasratkan oleh YB Dato Seri sendiri untuk menjadikan kawasan tersebut sebuah Dataran dan Pusat Rekreasi untuk rakyat di Gugusan Manjoi. Keindahan ciptaan Tuhan seperti sebuah Tasek yg terdapat di kawasan tersebut perlu dimanafaatkan, maka perancangan telah dan sedang dilakukan oleh Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Pejabat ADUN Manjoi, Pejabat UMNO Bahagian Tambun, MBI, Pejabat Daerah Kinta.
Jurutera MBI memberi penerangan pelan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh MBI
Hasrat YB Dato Seri Ahmad Husni menaiktaraf Padang Tengku Husein Gugusan Manjoi untuk memberi perhatian kepada golongan Pemuda dan Belia dapat mempamerkan skil dan aktiviti berguna, malah YB Dato Seri telah meminta YB Ziad selaku Ketua Pemuda merangka Blue Print untuk membuat pengisian program Sukan Jangka panjang agar setiap peruntukan pembangunan untuk golongan muda seperti Padang dan 20 Gelanggang Futsal yang terdapat di Parlimen Tambun di guna sebaiknya untuk kepentingan golongan itu.
YB Dato Seri Ahmad Husni dan YB Ziad bergambar dengan ahli Pertubuhan Generasi Muda Parlimen Tambun
Setiap usaha yang dilakukan perlu perancangan dan cara kerja yang teliti terutama di Gugusan Manjoi yang amat "limited" tanah, Malah semua pihak kena memainkan peranan dalam membantu, justeru itu dalam kita menjayakan setiap perancangan perlulah bersikap profesional dan berhemah, terapkan disiplin diri yang tinggi, menjaga nilai sopan santun budi pekerti yang tinggi, tidak perlu berkasar bahasa, tidak bersopan untuk memberi pandangan, kerana dalam usaha ini bukan kita seorang saja yang bekerja dan menyumbang, malah tidak perlu lah mengaku bahawa diri kita yang buat itu dan ini dengan memburukkan kepimpinan yang ada.
Kerana selama adanya UMNO sejak Merdeka, pemimpin nya lah yang bertunhgkus lumus membangunkan kampong sehingga ke tahap ini, apa salahnya kita menghormati prinsip tersebut dan membantu dengan seada nya secara berhemah dan bersopan santun, JANGAN KITA JADI JEMUAN DALAM PARTI SEPERTI YANG DIUNGKAP OLEH PERDANA MENTERI KITA.
TAMBUN STYLE
MY BEAUTIFUL TAMBUN
As'kum, Sekali lagi tahniah Wak ucapkan kepada YB Dato Hosni yang cukup banyak berjasa kepada rakyat, malah tidak lupa pada orang muda dan para belia.
BalasPadamBravo Tambun
BalasPadamSalam Dato' Din.
BalasPadamTolong-tolonglah tengok rumah-rumah ditepi sungai Manjoi tu, asal hujan banjir sampai jalan masuk kerumah pun macam tempat kerbau berkubang!. Dulu zaman Dato' Nazri ada jugak datang tapi ADUN baru belum lagi nampak muka...
Salam, Sdr, Solitairehunter minta pencerahan Lorong Dato Manjoi ke? boleh saya bagi tahu YB Ziad
BalasPadamterima kasih yang berhormat
BalasPadam