Khamis, 27 Ogos 2015

BERTUBI - TUBI SERANGAN YANG DI RANCANG


KITA BOLEH MENILAI KEJUJURAN DAN BERSIHNYA NAWAITU MEREKA - MEREKA YANG MENGANJURKAN DEMOSTRASI JALANAN BERSIH YANG DIPILIH SEMASA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SEHATI SEJIWA 2015.

365 HARI DALAM SETAHUN KENAPA SEMASA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN HENDAK DISAMBUT OLEH SEKIAN RAKYAT DIPILIH UNTUK DICEMARKAN???

PERSOALAN NYA ADAKAH BERSIH TIDAK YAKIN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN DARI RAKYAT JELATA. KEDUA ADAKAH KERANA UNTUK MENDAPAT PUBLISITI MURAHAN KETIKA PARA WARTAWAN DAN PEMAIN MEDIA DALAM DAN LUAR NEGARA BERKUMPUL UNTUK MEMBUAT LIPUTAN HARI KEMERDEKAAN BAGI MEMBURUKKAN DAN MENGAMBARKAN KEPADA DUNIA BAHAWA MALAYSIA TIDAK AMAN. KETIGA KERANA INGIN MEROSAKKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SEHATI SEJIWA.

SEMUA INI PERLU DIFIKIRKAN, SEBUAH BADAN YANG TIDAK BERDAFTAR BOLEH MENUNJUKKAN KERAS KEPALA TERHADAP UNDANG - UNDANG NEGARA MALAH MENUNJUK SAMSENG KEPADA POLIS DENGAN TIDAK MENDENGAR NASIHAT DAN PANDANGAN PIHAK POLIS, WALAUPUN POLIS MERENDAHKAN DIRI DENGAN MEMANGGIL PENGAJUR UNTUK BERBINCANG, MALAH MEREKA BOLEH MENGAJAR POLIS JANGAN BUAT ITU JANGAN BUAT INI. POLIS WAJIB BERTEGAS DAN BERKERAS, JANGAN DIBERI MUKA DENGAN PEROSAK NEGARA.

PIHAK KERAJAAN PERLU BERTEGAS KALI INI, HARUS TIDAK MEMBERI MUKA, MALAH PIHAK POLIS SEHARUSNYA TELAH MENGETAHUI SIAPA PENGANJUR UNTUK DIAMBIL TINDAKAN PEMBENTERASAN AWAL DENGAN MENAHAN PENGANJUR YANG JELAS MELANGGAR PERATURAN YANG MENETAPKAN MESTI MENDAPAT PERMIT DAN KEBENARAN DARI PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN POLIS.

DAN ADMIN SOKONG AGAR AKTA BARU BAGI MEMBENTERAS PERHIMPUNAN HARAM BOLEH DILAKUKAN SESUKA HATI. NAMA BAIK DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT HARUS DIUTAMAKAN, BERJUTA - JUTA RAKYAT MAHUKAN KEAMANAN DAN KESTABILAN BERBANDING HANYA 5% DARI PUAK - PUAK MAJORITINYA PENYOKONG TEGAR PEMBANGKANG DIKALANGAN MUKA YANG SAMA SETIAP PERHIMPUNAN HARAM DIADAKAN DAN PENYOKONG BERSIH YANG HARAM, MEREKA BUKAN LAH MEWAKILI RAKYAT MALAYSIA.

ADMIN SETUJU  SEHARUSNYA PIHAK UNIVERSITI AGAR MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA STUDENT MEREKA YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM, KERANA "CORE BISNESS" MEREKA ADALAH BELAJAR MALAH PEMBELAJARAN MEREKA ATAS BANTUAN KERAJAAN, BIAR KITA GUGURKAN SEDIKIT PELAJAR YANG TIDAK MENGIKUT PERATURAN TETAPI KITA DAPAT SELAMATKAN RIBUAN PELAJAR YANG BAIK - BAIK MALAH ANAK BANGSA YANG BAKAL MENJADI SISWAZAH MASA DEPAN.

MERDEKA...MERDEKA ,,, MERDEKA

SEHATI SEJIWA

Isnin, 17 Ogos 2015

SETUJU DENGAN APA YANG DIKATA OLEH PEMIMPIN INI



'KEPADA SIAPA LAGI HARUS SAYA MEMINTA BANTUAN KEWANGAN UNTUK PERBELANJAAN DALAM MENTADBIR BAHAGIAN KALAU BUKAN DARI PRESIDEN SENDIRI", TS SHAHRIR MENEMPLAK SARAWAK REPORT YANG SERANG BELIAU APABILA BELIAU MEMPERTAHANKAN PRESIDEN UMNO DS NAJIB RAZAK.

SETIAP TAHUN UMNO MALAYSIA TERPAKSA BERBELANJA BESAR UNTUK MENGGERAKKAN PARTI DIPERINGKAT NEGERI DAN BAHAGIAN, MANAKALA BAHAGIAN MENGGERAKKAN CAWANGAN MANAKALA CAWANGAN MENGERAKKAN AHLI NYA KESEMUANYA MEMERLUKAN PERBELANJAAN YANG KITA TAK TAHU DARI MANA PUNCA KEWANGAN TERSEBU, SUDAH TENTULAH  ALIRAN SUMBANGAN TERSEBUT BERPUNCA DARI ATAS TURUN KE BAWAH, TIDAK KIRA SIAPA SAJA SAMA ADA PRESIDEN, PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI, KETUA BAHAGIAN, KETUA CAWANGAN HINGGA LAH KE PIMPINAN SAYAP - SAYAP PARTI, PERLU MENCARI KEWANGAN BERBENTUK DERMA, SUMBANGAN, SPONSER DAN SEBAGAINYA UNTUK MENGADAKAN SEBARANG PROGRAM, SEPERTI DISUARAKAN OLEH YB TS SHAHRIR, DAN YAB DS NAJIB TUN RAZAK.

SAYA SETUJU APA YG DIKATAKAN OLEH YAB DS NAJIB BAHAWA SEMASA PAK LAH TIMBALAN PRESIDEN, PAK LAH TIDAK PERNAH BERTANYA DARI MANA PRESIDEN MENDAPAT DUIT, BEGITU JUGA SEMASA DS NAJIB MENJADI TIMBALAN PRESIDEN DIBAWAH PAK LAH, BELIAU TIDAK PERNAH MEMPERTIKAI DARI MANA PAK LAH MEMPEROLIHI KEWANGAN UNTUK PARTI, IANYA SECARA IRONINYA SUDAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PRESIDEN UNTUK MENCRI SUMBER KEWANGAN PARTI.

"TIDAK MUNASABAH BELANJA PRU RM10 JUTA" KEGUNAAN ASAS SAJA MELETAKKAN DEPOSIT UNTUK CALON PARLIMEN DAN DUN PUN SUDAH MENCECAH RM41 JUTA, BELUM LAGI PERBELANJAAN SEMASA PROSES KEMPEN SEMASA PRU, BENAR JUGA JIKA KITA BERFIKIR DAN MEMBUAT HOMEWORK SECARA RASIONAL DAN TIDAK EMOSIONAL, CUMA IANYA KELUAR DARI MULUT NEGARAWAN KITA SUDAH MENGANGGAP BELIAU TAHU SEGALA - GALANYA DAN KITA MEMPERCAYAINYA, SEDANGKAN SEJAK SEPANJANG TEMPOH PERSARAAN BELIAU LONJAKAN PERUBAHAN BANYAK PERKARA YANG BERLAKU DAN TENTUNYA BANYAK INFO KERAJAAN DAN PARTI BELIAU SUDAH KETINGGALAN DAN TIDAK TERLIBAT. WALHAL KITA MEMPERCAYAI DAN MENGKRITIK DARI DENGAR - DENGAR CAKAP DAN PENULISAN MELALUI FACEBOOK, TWEETER DAN SEBAGAINYA. SEPERTI KATA DS ZAHID TPM, KITA MENGHUKUM SESEORANG MELALUI MAHKAMAH UMUM TANPA MEMBERI RUANG MENUNGGU SIASATAN SELESAI.


Rabu, 5 Ogos 2015

SUMBANGAN POLITIK BUKAN PERKARA BARU



SPRM TELAH MENGELUARKAN KEPUTUSAN MENGENAI TUDUHAN BAHAWA DS NAJIB TUN RAZAK TELAH MENERIMA DUIT 1MDB YANG DIMASUKKAN KEDALAM AKUAN AMANAH ATAS NAMA PERIBADI BAHAWA DUIT TERSEBUT ADALAH HASIL DARI SUMBANGAN INDIVIDU KEPADA DS NAJIB DAN BUKANNYA DUIT 1MDB SEPERTI DIDAKWA... KITA KENA TAHU ISU SEBENAR YANG DITUDUH BAHAWA DUIT 1MDB DIMASUKKAN KEDALAM AKAUN DS NAJIB, AYAT MUDAH DS NAJIB SINTAU DUIT RAKYAT, MAKA SPRM MENYIASAT MENGENAI TUDUHAN TERSEBUT AKHIR NYA DAKWAAN TERSEBUT TIDAK BENAR.

MALANGNYA APABILA SETELAH MEMPEROLIHI KEPUTUSAN KINI CYBER TROOPER MENGHENTAM PULA DENGAN MENIMBULKAN PERSOALAN - PERSOALAN LAIN MALAH SPRM SEPERTI BIASA AKAN DITUDUH BERBAGAI TUDUHAN, MALAH KINI PENDERMA YANG BERJASA PUN KINI DI LAWAK - LAWAK KAN, WALHAL UNTUK KITA CERITA POLITICAL FUND NI SEJAK DULU KALA SUDAH BERLAKU.

TS MUHYIDDIN SENDIRI MENYATAKAN PADA UMUM BAHAWA DUIT TERSEBUT SUMBANGAN DARIPADA INDIVIDU DARI TIMUR TENGAH, BELIAU MENJELASKAN PERTEMUAN ANTARA BELIAU DENGAN DS NAJIB MENGENAI AKUAN TERSEBUT,MALAH ADMIN MENDAPAT MAKLUMAT BUKAN SAJA TS MUHYIDDIN SEORANG DALAM PERTEMUAN TERSEBUT JUGA DIPANGGIL DS TENGKU ADNAN SELAKU SETIAUSAHA UMNO DAN DS HUSNI HANADZLAH SELAKU BENDAHARI UMNO, MEREKA DUDUK BERADAP, INI JELAS DS NAJIB BERSIKAP TRANSPARENT.

KITA MELALUT DARI ISU MENGENAI 1MDB KINI SAMPAI KE AKAUN DS NAJIB YANG SUDAH DITUTUP PUN BEBERAPA TAHUN LALU KERANA KEPERLUAN UNTUK MEMBUKA AKAUN TERSEBUT HANYA TUJUAN UNTUK MENERIMA SUMBANGAN TERSEBUT YANG BERKEMUNKINAN ATAS PERSETUJUAN PENDERMA YANG INGIN KEYAKINAN UNTUK MASUKKAN KEDALAM AKAUN AMANAH YANG DIBUKA ATAS NAMA DS NAJIB SENDIRI SEMATA - MATA UNTUK MENERIMA SUMBANGAN TERSEBUT, INI KITA TIDAK BOLEH PERTIKAIKAN. ISU 1MDB KABINET DAN MKT TELAH MEMINTA BEBERAPA BADAN UNTUK MENYIASAT KEBENARAN ATAU KECACATAN YG BERLAKU, AGENSI SEPERTI KETUA AUDIT NEGARA, BANK NEGARA, PAC, PEGUAM NEGARA, SPRM, POLIS TELAH DAN SEDANG MENYIASAT, INI KETELUSAN UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK, HANYA KITA PERLU MENUNGGU HASIL SIASATAN, TETAPI KITA TERLALU BANYAK MEMBUAT ANDAIAN DAN SPEKULASI SEBELUM MENDAPAT KEPUTUSAN, MALAH ADMIN PERCAYA APA HASIL KEPUTUSAN ADA JUGA PIHAK YANG TIDAK AKAN BERPUASHATI.

MALAH KABINET JUGA SUDAH MELULUSKAN PELAN RESIONALISASI IMDB YANG DI BENTANGKAN OLEH DS HUSNI HANADZLAH, DAN IA SEDANG BERLAKU, PERLU DIINGATKAN BAHAWA PINJAMAN BANK RM42B TIDAK HILANG DAN IA SUDAH DIJELASKAN BERKALI KALI OLEH PM, OLEH 1 MDB, OLEH MK2 DAH DINYATAKAN DALAM PARLIMEN DAN PADA UMUM DI AKHBAR, IA PINJAMAN BANK YANG DILABURKAN KE PROJEK - PROJEK SEPERTI 13 BUAH POWER PLANT LUAR DAN DALAM NEGARA, HARTANAH DAN KEWANGAN, IANYA SUDAH DIBENTANGKAN DAN INGIN ADMIN PERBETULKAN PERSEPSI BAHAWA RM42B ITU ADALAH DUIT PINJAMAN 1MDB DENGAN BANK, BUKAN DUIT RAKYAT, KERAJAAN HANYA SUNTIK MODAL PERMULAAN PENUBUHAN 1MDB RM1.0B SAJA.

MENYENTUH MENGENAI SUMBANGAN POLITIK, IANYA BUKAN PERKARA BARU, SEPERTI YANG DIJELASKAN OLEH DATUK ABD RAHMAN DAHALAN, PENGARAH STRATEGIK BN PADA 4 OGOS SEMALAM DI TV 1, IANYA SUDAH DIAMALKAN SEJAK DULU KALA LAGI HINGGA SEKARANG OLEH SEMUA PARTI POLITIK TERMASUK PEMBANGKANG SEPERTI YANG DIDEDAHKAN OLEH RAJA PETRA KAMARUDDIN, MALAH ADMIN JUGA MERASAI BEGITU KERANA SETIAP PERTUBUHAN SAMA ADA POLITIK BAWAHAN DAN NGO, INI LAH SALAH SATU SUMBER DAN USAHA YANG DILAKUKAN DALAM MENGERAKKAN AKTIVITI PERSATUAN MASING - MASING DAN IA DIKIRA SUMBANGAN ATAU SPONSER, HANYA DISINI ISU NYA KERANA IANYA DILONDEHKAN SECARA TERBUKA DAN MELIBATKAN PIMPINAN TERTINGGI SUDAH TENTU IANYA MENJADI TUMPUAN SEMUA PIHAK. DS NAJIB HARUS MENGAMBIL IKHTIBAR DALAM PERKARA INI.

DALAM KONTEKS UMNO SUDAH TENTU LAH SEBUAH PARTI BESAR IANYA MEMERLUKAN PERBELANJAAN YANG BERTERUSAN DAN SEMUA ORANG UMNO DAN PIMPINAN UMNO TAHU DAN UNDER STANDING BAHAWA SESIAPA SAJA MENJADI PRESIDEN ATAU KETUA MAHUPUN PENGERUSI MANA - MANA BADAN MAKA IA BERTANGGUNGJAWAB MENCARI SUMBER KEWANGAN PARTI, MALAH DIDALAM PERLEMBAGAAN UMNO JUGA MENYEBUT SALAH SATU SUMBER KEWANGAN PARTI SELAIN YURAN ADALAH DARI DERMA, MAKA IA TIDAK MENJADI KESALAHAN. CUMA IANYA TIDAK DIHEBOHKAN SEBAB ITU  MENJADI UNDER STANDING MASING MASING YG SUDAH FAHAMI DAN TAK PERLU DIHEBOHKAN, CUMA ADA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN MEMECAHKAN TRADISI INI DENGAN MENGHEBOHKAN KEPADA UMUM DEMI UNTUK MENDAPAT PERHATIAN DAN SOKONGAN BAGI SESUATU TUJUAN PERIBADI, WALHAL KEMUNGKINAN INDIVIDU TERSEBUT PUN BEGITU JUGA LAKUNYA.

CUKUPLAH KITA KERUHKAN POLITIK DALAMAN UMNO, PEMBANGKANG SEDANG KUCAR KACIR DAN BERPECAH, MALAH TERTUBUHNYA SERPIHAN DARI  PAS ORANG UMNO TIDAK MENGAMBIL PELUANG BAIK INI UNTUK MENYERANG PEMBANGKANG, KITA LEBIH FOKUS MENUMPUKAN SKIL KITA UNTUK MENGHENTAM PEMIMPIN SENDIRI, HARUS INGAT PEMIMPIN KITA DS NAJIB SEDANG BERUSAHA KERAS MELAKUKAN TRANFORMASI NEGARA, MALAH SUDAH NAMPAK KEBAIKANNYA SALAH SATU CONTOH KECIL KERAJAAN BERKONGSI PENDAPATAN DENGAN RAKYAT BAWAHAN MELALUI BRIM DLL.

PERLU DIINGATKAN JUGA SESUATU PERKARA SUSAH UNTUK DIJELASKAN, MALAH TIDAK PERLU DIPERSOALKAN KERANA JIKA DIJELASKAN IA MENIMBUL MASALAH DAN KETIDAK FAHAMAN ORANG LAIN YANG MEMPUNYAI LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN YANG BERBEZA YANG SUSAH UNTUK DIFAHAMI, CUKUP SEKADAR SELAGI IA PEMIMPIN KITA, KITA TETAP SETIA DAN BERSATU DIBAWAH KEPIMPINAN PEMIMPIN KITA, SEPERTI PKR WALAUPUN TERBUKTI DIMAHKAMAH PEMIMPIN MEREKA PELIWAT MEREKA TETAP SETIA DAN MENAFIKAN KERJA YANG DIBUAT OLEH PEMIMPIN MEREKA KERANA APA? KERANA MEREKA PERCAYA DAN BERSATU.

BAGI ADMIN DS NAJIB LAH PEMIMPIN YANG PALING ADMIN RESPECT, DALAM CABARAN YG TANPA SEMPADAN DIZAMAN PEMERINTAHAN BELIAU, DENGAN KEMAJUAN TEKNOLOGI, KEMAJUAN ALAM MAYA TANPA SEMPADAN, CABARAN EKONOMI, CABARAN KESELAMATAN, CABARAN POLITIK PEMBANGKANG YG AGAK KUAT, CABARAN RAKYAT YANG MAKIN BERTAMBAH DAN CERDIK, BELIAU TIDAK BERPUTUS ASA DAN TERUS BEKERJA HINGGA KITA TERSASAR DARI KESAN EKONOMI PARAH SEPERTI DITAHUN HUJUNG 80AN DAN AWAL 90AN, RAKYAT PENIAGA RAMAI YANG GULUNG TIKAR TETAPI KINI KITA TIDAK TERKESAN DENGAN MASALAH TERSEBUT CUMA KOS SARA HIDUP MENINGKAT ITU PUN MEMANG DALAM USAHA PEMIMPIN KITA UNTUK MENGATASINYA.

WALLAHUALLAM