'KEPADA SIAPA LAGI HARUS SAYA MEMINTA BANTUAN KEWANGAN UNTUK PERBELANJAAN DALAM MENTADBIR BAHAGIAN KALAU BUKAN DARI PRESIDEN SENDIRI", TS SHAHRIR MENEMPLAK SARAWAK REPORT YANG SERANG BELIAU APABILA BELIAU MEMPERTAHANKAN PRESIDEN UMNO DS NAJIB RAZAK.
SETIAP TAHUN UMNO MALAYSIA TERPAKSA BERBELANJA BESAR UNTUK MENGGERAKKAN PARTI DIPERINGKAT NEGERI DAN BAHAGIAN, MANAKALA BAHAGIAN MENGGERAKKAN CAWANGAN MANAKALA CAWANGAN MENGERAKKAN AHLI NYA KESEMUANYA MEMERLUKAN PERBELANJAAN YANG KITA TAK TAHU DARI MANA PUNCA KEWANGAN TERSEBU, SUDAH TENTULAH ALIRAN SUMBANGAN TERSEBUT BERPUNCA DARI ATAS TURUN KE BAWAH, TIDAK KIRA SIAPA SAJA SAMA ADA PRESIDEN, PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI, KETUA BAHAGIAN, KETUA CAWANGAN HINGGA LAH KE PIMPINAN SAYAP - SAYAP PARTI, PERLU MENCARI KEWANGAN BERBENTUK DERMA, SUMBANGAN, SPONSER DAN SEBAGAINYA UNTUK MENGADAKAN SEBARANG PROGRAM, SEPERTI DISUARAKAN OLEH YB TS SHAHRIR, DAN YAB DS NAJIB TUN RAZAK.
SAYA SETUJU APA YG DIKATAKAN OLEH YAB DS NAJIB BAHAWA SEMASA PAK LAH TIMBALAN PRESIDEN, PAK LAH TIDAK PERNAH BERTANYA DARI MANA PRESIDEN MENDAPAT DUIT, BEGITU JUGA SEMASA DS NAJIB MENJADI TIMBALAN PRESIDEN DIBAWAH PAK LAH, BELIAU TIDAK PERNAH MEMPERTIKAI DARI MANA PAK LAH MEMPEROLIHI KEWANGAN UNTUK PARTI, IANYA SECARA IRONINYA SUDAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PRESIDEN UNTUK MENCRI SUMBER KEWANGAN PARTI.
"TIDAK MUNASABAH BELANJA PRU RM10 JUTA" KEGUNAAN ASAS SAJA MELETAKKAN DEPOSIT UNTUK CALON PARLIMEN DAN DUN PUN SUDAH MENCECAH RM41 JUTA, BELUM LAGI PERBELANJAAN SEMASA PROSES KEMPEN SEMASA PRU, BENAR JUGA JIKA KITA BERFIKIR DAN MEMBUAT HOMEWORK SECARA RASIONAL DAN TIDAK EMOSIONAL, CUMA IANYA KELUAR DARI MULUT NEGARAWAN KITA SUDAH MENGANGGAP BELIAU TAHU SEGALA - GALANYA DAN KITA MEMPERCAYAINYA, SEDANGKAN SEJAK SEPANJANG TEMPOH PERSARAAN BELIAU LONJAKAN PERUBAHAN BANYAK PERKARA YANG BERLAKU DAN TENTUNYA BANYAK INFO KERAJAAN DAN PARTI BELIAU SUDAH KETINGGALAN DAN TIDAK TERLIBAT. WALHAL KITA MEMPERCAYAI DAN MENGKRITIK DARI DENGAR - DENGAR CAKAP DAN PENULISAN MELALUI FACEBOOK, TWEETER DAN SEBAGAINYA. SEPERTI KATA DS ZAHID TPM, KITA MENGHUKUM SESEORANG MELALUI MAHKAMAH UMUM TANPA MEMBERI RUANG MENUNGGU SIASATAN SELESAI.
SAYA BERSETUJU DENGAN PANDANGAN YB DS AHMAD HUSNI, AGAR RAKYAT TIDAK BERSIKAP TERLALU NEGATIF SEHINGGA IA MENJADI VIRAL DI AKHBAR - AKHBAR LUAR NEGARA MENGENAI MALAYSIA DAN INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI KESAN NEGATIF KEPADA NEGARA DARI PIHAK LUAR.SAYA AMBIL CONTOH KECIL KITA NAK PERGI MELANCUNG PUN KITA KENA AMBIL TAHU HAL EHWAL NEGARA YANG KITA NAK MELANCUNG SEPERTI BERLAKU PADA THAILAND SATU KETIKA DULU, JIKA LETUP SANA LETUP SINI, GADUH SANA GADUH SINI KITA PUN MEMANG TAK AKAN JERU NEGARA TERSEBUT, PUNCA MAKLUMAT ADALAH DARI MEDIA, SEKIRANYA NYA NEGATIF MAKA NEGATIF LAH JADINYA.
As'kum, Sewajibnya kita menunggu baan - badan profesional selesaikan siasatan, dosa yg kita sebarkan dalam FB sama dengan dosa kita mengumpat, seperti kita memakan daging saudara seislam kita sendiri. - WAKJAMU
BalasPadamItu penjelasan YB Datuk Shahrir dan YB DS Husni. Ada juga Yb menteri kata wang itu juga digunakan untuk menetang kumpulan militan.Ada sokongan pendapat kata ianya juga digunakan untuk menentang pengaruh yahudi. Malah YB Dr Zahid buat pengakuan tahu siapa penderma yang dikatakan datang dari timur tengah.
BalasPadamSiapa yang bersikap negetif sekarang? Rakyat dah terlalu lama mendukung memilih UMNO > 60 tahun memerintah Malaysia. Persoalan sekarang dari sudut perundangan negara bolehkah seorang PM menerima kemasukan wang RM 2.6 biliun kedalam akaun peribadi? Persoalan kedua dari mana sejumlah wang besar ini berasal, dan siapakah orang yang berkuasa memasukkan RM 2.6 biliun tadi? Persoalan ketiga apa kesudahan atau mana perginya RM 2.6 bliun tersebut setelah akaun peribadi DSN ditutup?..... selain 'ada penyata' perbelanjaan PRU 13?........ berapa yang tinggal atau kemana pulak ianya disalurkan?
Ini bukan persoalan rakyat bersikap terlalu negetif. Kalau menteri kata ianya boleh menyebabkan pihak luar berpandangan negetif.... itu tidak betul. DSN sepatutnya saman akhbar luar kerana isu ini telah meletup diluar Malaysia terlebih dahulu. Kalau kerajaan rasa bertanggungjawab untuk memulihkan imej negara maka cepat-cepatlah buat sesuatu terhadap media asing yang menyebarkan maklumat keserata dunia.
SAUDARA, SPRM SUDAH MENYIASAT DAN TELAH MELIHAT BUKTI BERUPA SURAT - SURAT PENGAKUAN TRANSAKSI DUIT TERSBUT DI BANK, KEMUNGKINAN BANK SUDAH MERUJUK KEPADA BANK NEGARA, ADAKAH MENJADI KEMESTIAN SETIAP DERMA DARI HAMBA ALLAH MESTI DIDEDAH KEPADA SEMUA RAKYAT, YANG PASTI DUIT TERSEBUT TELAH DIBUKTIKAN OLEH SPRM IANYA BUKAN PENYELEWENGAN DUIT 1MDB SEPERTI YANG DITUDUH DAN DIA BUKAN DUIT DARI POKET RAKYAT, AKHIRNYA KITA TUNGGU SIASATAN KETUA AUDIT NEGARA, PAC DA BADAN2 LAIN SEBELUM KITA MEMBUAT ANDAIAN YG AKHIRNYA AKAN MENDORONG KITA BERSUBAHAT MEMFITNAH.
BalasPadamORANG NAK DERMA KERANA ALLAH KITA SIBUK BUAT APA, BUKAN AMBIL DUIT AKU PUN
BalasPadam