Rabu, 17 Jun 2015

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARRAK

KESEMPATAN DIAMBIL UNTUK MERAKAMKAN UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARRAK KEPADA SELURUH KELUARGA, SAHABAT DAN UMAT ISLAM SEMUA.

SEMOGA BULAN RAMADHAN TAHUN INI DAPAT MELIMPAHKAN PAHALA, KESIHATAN, KESELAMATAN, PERPADUAN DAN REZEKI BERGANDA KEPADA KITA SEMUA.

GUNA LAH BULAN INI UNTUK KITA MEMBINA TEKAD BARU MENGELAKKAN KITA DARI BERCAKARAN ANTARA SATU SAMA LAIN, TUDUH MENUDUH, FITNAH MEMFITNAH, TEKAD KAN PADA DIRI KITA UNTUK MEMBUAT LONJAKAN LUAR BIASA MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA DIRI KITA, AGAMA KITA, BANGSA KITA DAN NEGARA KITA.

SEMOGA APA YANG KITA LAKUKAN DILINDUNGI OLEH ALLAH S.W.T. DAN DIBERKATI NYA JUA.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

MY BEAUTIFUL TAMBUN

Isnin, 1 Jun 2015

YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH BERTEMU 44 NGO DALAM PARLIMEN TAMBUN


31 Mei 2015 YB DS Ahmad Husni Hanadzlah bertemu dengan 44 NGO dalam kawasan Parlimen Tambun di minum pagi dan menyampaikan peruntukan kepada NGO yang membuat permohonan dengan beliau.

Turut sama hadir ke Majlis tersebut, Dato Azizul Kama Abd Aziz, Naib Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Suhaimi Din, Pegawai Tugas - Tugas Menteri Kewangan Kedua, Clr Mazlan Abd Rahman, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh dan Pemimpin - Pemimpin UMNO Bahagian Tambun dan Ketua - Ketua Kampong.


Seramai 150 orang yang hadir pada minum pagi tersebut, YB DS Ahmad Husni menyeru agar NGO memainkan peranan bersama - sama kerajaan membentuk insan yang mempunyai kekuatan spiritual agar dapat membangunkan negara bersama - sama kerajaan.


Beliau juga menyeru agar kita semua tidak menjadi masyarakat yang emosional, setiap perkara yang diperolihi hendaklah berdasarkan fakta dan kajian.


Seorang pemimpin yang tidak mengenal erti penat, sentiasa balik kekawasan selain kerja harian di Putrajaya sebagai Menteri Kewangan Kedua yang tidak pernah ponteng tugasnya, beliau sentiasa bertemu dengan rakyat di Kawasan Parlimen Tambun.


Pemimpin - pemimpin NGO yang ditemui merasa amat teruja dan bangga dapat bertemu dengan seorang Menteri yang cukup perihatin dan mempunyai wawasan yang cukup besar dan sentiasa merendah diri dan senang didekati.


Rata - rata mereka merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih diatas jemputan ke minumpagi bersama YB DS Ahmad Husni dan terima kasih diatas keperihatinan beliau membantu NGO dalam menjalankan kegiatan - kegiatan untuk masyarakat.

TAHNIAH YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH.