Rabu, 9 Oktober 2013

BAJET YANG AKAN MEMECAHKAN OTAK PEMAJU PERUMAHAN


BAJET YANG AKAN MERUBAH LANGSKAP HARGA YANG TELAH DIMAINKAN OLEH PEMAJU PERUMAHAN SELAMA INI YANG MEMBELENGU KERAJAAN DENGAN MENEKANKAN HARGA YANG TINGGI ATAS ALASAN KENAIKAN HARGA MINYAK DAN BAHAN PEMBINAAN, DALAM MASA YANG SAMA PEMAJU BUMIPUTERA, KONTRAKTOR BUMIPUTERA AKAN MENERIMA LIMPAHAN DARIPADA RANCANGAN INI DENGAN MEMBERI TANGGUNGJAWAB KEPADA SPNB UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK RUMAH MAMPU MILIK, CUMA KITA MAHUKAN SPNB YANG DITERAJUI OLEH YB DATO" DR LATIFF AHMAD DAN DATO" DR PROF KAMARUL MELAKUKAN DENGAN PENUH AGRESIF DAN AMANAH DALAM MEMBERI PELUANG KEPADA PEMAJU BUMIPUTERA DAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA YANG TIDAK MENGALI BABA KAN LESEN MASING - MASING DAN UNTUK MEMASTIKAN IANYA BERJAYA SPNB HARUS MENYIASAT HINGGA KE AKAR UMBI MEREKA YANG DIBERI KONTRAK KELAK.

JIKA INI DILAKUKAN PENULIS PERCAYA PEMAJU - PEMAJU YANG SELAMA INI MENEKAN HARGA YANG TINGGI AKAN MULA MENURUNKAN HARGA RUMAH DALAM USAHA MENYAINGI SPNB YANG AKHIRNYA RAKYAT AKAN MENDAPAT MANAFAATNYA.

MANAKALA KERAJAAN - KERAJAAN NEGERI SEHARUSNYA MEMBANTU DENGAN MENAWARKAN TANAH - TANAH MEREKA KEPADA SPNB SELUAS YANG MUNGKIN DENGAN PREMIUM YANG MINIMUM TANPA PREJUDIS.

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.
"Bagi rumah berharga RM65,000, kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000.
Bagi kediaman berharga RM45,000, subsidi yang disediakan sebanyak RM15,000," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar acara Simposium Zakat Perniagaan Nasional 2013 di sini.
Beliau juga berkata, Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen 25 Okt ini merupakan bajet ’mesra rakyat’ yang memberi tumpuan ke atas kediaman mampu milik dan pembangunan infrastruktur.
Ahmad Husni berkata, kerajaan juga mahukan SPNB menjadi pemaju rumah mampu milik berskala besar untuk rakyat, membina banglo dengan harga jualan kira-kira RM250,000, selain rumah berkembar dua dan rumah teres, masing-masing berharga RM100,000 dan RM80,000.
"Kerajaan juga akan menekankan pembangunan infrastruktur dalam bajet akan datang, terutama di kawasan yang kurang mendapat akses bekalan elektrik, air dan jalan," katanya.
Dalam ucaptamanya, Ahmad Husni berkata, simposium itu menunjukkan inisiatif yang semakin meningkat dalam usaha menyelaraskan amalan perniagaan moden yang berlandaskan prinsip Islam.
"Kerajaan membuat beberapa peruntukan untuk zakat individu, termasuk perakuan ke atas keseluruhan jumlah yang dibayar sebagai rebat cukai.
"Bagi zakat perniagaan, kerajaan mencadangkan zakat ke atas pendapatan perniagaan yang dibayar oleh syarikat, boleh ditolak cukai dalam pengiraan cukai pendapatan korporat, tidak melebihi 2.5 peratus daripada pendapatan agregat," katanya.
Simposium sehari itu dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional. Ia bermatlamat meningkatkan standard piawaian perakaunan dan amalan pelaporan untuk semua pemegang kepentingan dalam ekosistem zakat. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131008/dn_26/Bajet-2014-Kerajaan-sedia-subsidi-rakyat-beli-rumah-mampu-milik#ixzz2hC4P5Xz2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4 ulasan:

  1. Assalaamualaikum, jangan macam ada negeri -negeri tu, bukan bagi rumah, roboh rumah lagi ada.

    BalasPadam
  2. Akan membunuh pemaju Melayu Tulen kerana bersaing dengan SPNB sendiri. Pemaju Melayu terpaksa membeli bahan binaan dari pembekal CIna yang mana sudah pastinya lebih tinggi.

    Sepatutnya pastikan bekalan bahan binaan di kuasai dahulu atau setidak-tidaknya subsidi kepada BAHAN BINAAN untuk pemaju MELAYU dan KONTRAKTOR, bukannya HARGA RUMAH dan menetapkan harga siling rumah jika hendak mengambil kemudahan subsidi ini.

    Juga akan memberi kesan kepada Peguamcara Melayu yang bukan panel SPNB. Peguamcara Melayu hendak dapat urusan dari pemaju Cina jangan haraplah. Juga kaedah ini akan membuka pintu seluas-luasnya kepada kronisme faham-faham sahajalah kabel kena tebal dengan SPNB.

    BalasPadam
  3. As'kum, Wak nak beri riaksi kepada saudara tanpanama 11.28ptg. setahu wak SPNB sekarang pun memang sudah mengamalkan menawar kerja membina rumah mesra rakyat kepada kontraktor kelas F di setiap Daerah berkenaan dimana tuduhan yang mengatakan wujud kronism, ramai yang berjaya kerana mengusahkan sendiri, yang mungkin tak berjaya sebab kontraktor melayu amal sub atas sub, hasrat kerajaan untuk menyaingi pemaju perumahan yang meletakkan harga tinggi kini mereka akan berfikir 2 kali, tidak kah ini membantu pembeli terutama orang melayu untu mampu membeli rumah, harga hardware mengikut harga pasaran, nak kuasai perniagaan bahan binaan bukan kerajaan, manusia yang berminat itu sendiri yang nak ceburi perniagaan tersebut dipersilakan, carilah ilmu berniaga hardware, ia bukan boleh dicipta jadi pengusaha hardware kita yang kena mencipta lahir dari diri sendiri dan minat dalam bidang tersebut. Melayu mana pun dan pengusaha dan usahawan melayu mana pun kena berfikiran positif kalau negatif buat apa puntak akan menjadi- WAKJAMU

    BalasPadam
  4. Syabas kepada menteri kewangan 2 yang pastinya terlibat secara langsung dalam menyediakan kertas cadangan terhadap belanjawan kali ini..

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda