Teman ingin menyuarakan beberapa pandangan dan terkilan yang teman terima dari orang UMNO/BN dan pemimpin - pemimpin kecil di peringkat Cawangan dan Bahagian semasa sibuk UMNO mengadakan Mesyuarat Perwakilan di serata tempat, ini lah luahan kekecewaan yang teman terima "SUDAH LAH BLOG PEMBANGKANG MENGHENTAM KITA CUKUP - CUKUP, BLOG PENYOKONG UMNO PUN LANYAK UMNO, zaman aku dulu tak pernah jadi macam ni, jangan kerana nyamuk seekor, kita bakar kelambu kita, itu kerja bodoh namanya".
Dalam keadaan UMNO dipandang tidak kuat seperti benar apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir dalam TV1 semalam, "UMNO dalam keadaan kurang mendapat sokongan ketika ini juga pembangkang mendapat keuntungan dan ketika ini lah tuntutan demi tuntutan di lontarkan kepada UMNO".
Disini terfikir juga teman, apabila kita membuka blog- blog pembangkang, walaupun dalam keadaan lemah ini kan pulak apabila mereka kuat, bloggers pembangkang tetap dengan tekad mereka terus menerus menghentam UMNO, BN dan Kerajaan demi memesongkan sokongan rakyat kepada UMNO / BN, ini berbeza dengan sesetengah bloggers samada dia memang ahli UMNO mahu pun dia penyokong Kerajaan, tubi demi tubi individu UMNO ataupun pemimpin UMNO di Cawangan, Bahagian mahupun di peringkat Negeri dan Pusat dijadikan objek untuk dihentam dan di fitnah oleh bloggers penyokong dan ahli UMNO.
Malahan jika dilihat kepada isu yang di kritik hanya bersifat peribadi, kecil, remeh, sembang kedai kopi, main - main conggak, main - main agak aje, yang patutnya tak perlu di londehkan hingga ke pengetahuan umum yang akhirnya bahan londehan kita itu di kutip oleh pembangkang dan disebar merata tempat malah akan keluar apabila PRK dan PRU kelak, kritikan adakalanya tidak diserta dengan bukti - bukti malah hanya bersifat dengki dan khianat individu tertentu yang blogger dapat dan dijadikan bahan tulisan yang akhirnya juga keseluruhan UMNO mendapat kesan.
Kita kena ingat juga bahawa setiap penulisan kita dan setiap perbuatan kita di catit dan dikira di akhirat kelak, maka setidak - tidak nya pertimbangkan sebaik mungkin bentuk penulisan kita apatah lagi penulisan dalam memburuk - buruk kan individu didalam keluarga UMNO itu sendiri yang tak berbukti, dan tidak kah boleh kita bersikap tolak ansur mengenai perkara yang remeh temeh dan isu yang sebesar huma cukup sekadar di selesai kan didalam hati dan diri kita dengan kita muhasabahkan diri kita.
Media baru seperti Web, Blog, Facebook, Twitter, sms dan sebagainya menjadi hobi setiap golongan muda malah golongan emas pun memberi tumpuan, bermakna media baru sememangnya mempunyai pengaruhnya sendiri dalam mempengaruhi minda masyarakat. sekiranya kita salah meletakkan diri kita sebagai blogger penyokong kerajaan maka yang rosak adalah parti kita sendiri yang akan diketawakan oleh pembangkang.
sejak dua mejak ini acap kali blog - blog penyokong kerajaan dan UMNO/BN tersilap meletak diri mereka di mana, teman tak kesah jika strategi ini dan kebolehan serta kepakaran ini kita hembur kan kepada pembangkang, tetapi tidak, malah disebaliknya kerap kali blog UMNO hentam UMNO, blog UMNO caci orang UMNO, blog UMNO templak pemimpin UMNO menjadi sasaran, blog UMNO memfitnah individu UMNO dan jika itulah normal nya perbuatan kita, jangan hairan nanti UMNO kalah di PRU ke 13 nanti malah yang akan menyesal lebih sesal dari orang lain adalah diri kita sendiri selaku bloggers UMNO yang mengutuk UMNO.
Balik lah kepangkal jalan, patah lah ke permulaan jalan, undur lah ke garisan mula, ianya tidak merugikan, pepatah "berundur bukan bermaksud kita takut dan kalah", muhasabah lah diri, betul kan tekad diri, memang niatnya baik tetapi mungkin keghairahan menguasai diri hingga kita alpa, maka masa yang baik untuk kita mula kembali bersatu menyerang musuh dikiri kanan kita, menembak pengkhianat di depan mata kita agar maruah dan jati diri kita tidak hanyut dik arus mata air yang mengalir.