Oleh DATUK SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH Menteri Kewangan II
Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, kita akan menghadapi pelbagai cabaran. Kita terpaksa mengubah cara bekerja, kehidupan dan cara berfikir. Kita semestinya memperkasakan institusi-institusi yang ada, membina kapasiti dan memperkuatkan polisi-polisi dan rangka-rangka peraturan yang sedia ada. Kita perlu memastikan asas negara kita tetap teguh. Adalah mungkin terlalu mudah untuk mengatakan bahawa sifat tamak dan kekurangan moral adalah penyebab berlakunya krisis kewangan di pusat-pusat kewangan Barat baru-baru ini. Namun begitu, kita tidak dapat menepis hakikat bahawa faktor-faktor ini, sedikit sebanyak menjadi penyebab berlakunya krisis tersebut. Kita seharusnya mengambil iktibar daripada krisis ini, serta beberapa skandal korporat dan penipuan dalam tempoh sedekad lepas, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi negara yang lebih canggih dan tinggi nilai tambahnya. Sehubungan ini, kelakuan moral dalam sektor awam dan swasta adalah komponen yang amat penting dalam usaha kita membina kejayaan masa depan. Apa yang akan saya tekankan ialah bagaimana perlakuan bermoral merupakan antara kunci utama dalam menjamin kejayaan kita, sebagai asas membina kecemerlangan masa depan generasi yang akan datang. Telah banyak yang diperdebatkan bahawa isu moral dalam sektor awam dan swasta adalah terlalu kompleks untuk dinyatakan dengan mudah, untuk diwarnakan dalam hitam dan putih. Dalam era pascamoden ini, ada juga trend untuk menegakkan benang yang basah dengan menyatakan kesalahan tersebut perlu dilihat secara relatif. Sebagai pemegang amanah, sebenarnya isu ini adalah mudah - ia betul atau salah. Terlalu sempit ruangnya di antara kedua-dua kesimpulan ini. Saya akur bahawa kita semua manusia biasa - sentiasa lemah dalam menghadapi godaan dunia. Tiada siapa yang sempurna tetapi kita semestinya memelihara kesucian amanah awam yang dipegang. Walaupun sekali ia diabaikan, adalah terlalu sukar untuk mengembalikan kepercayaan yang terlupus hilang. Sebagai seorang individu, institusi mahupun badan korporat, janganlah kita merosakkan walaupun setitik amanah yang di berikan. Tiada cukup rang undang-undang, kod etika mahupun kawal selia, peraturan dan tatacara yang boleh menjaminkan amanah yang di pegang ini sentiasa teguh dan suci. Walaupun mungkin kegiatan yang dilakukan tidak salah dari segi undang-undang tetapi ia boleh dianggap salah dari segi moral. Salah adalah tetap salah. Hati nurani seseorang itu adalah berdasarkan nilai moralnya. Nilai moral tersebut, seterusnya, berdasarkan nilai-nilai agama dan komuniti di sekeliling seseorang itu. Tiada agama utama di dunia ini yang membenarkan penyelewengan wang, rasuah dan penipuan. Tiada juga komuniti sah yang membenarkan perkara yang sama, biarpun komuniti terdiri daripada pemegang-pemegang saham, koperasi ataupun persatuan. Malaysia sebuah negara yang masih muda. Jika kita inginkan nama negara disebut-sebut dan diagung-agungkan, kedua-dua sektor awam dan swasta negara ini mestilah dijalankan dengan secara bermoral. Sesetengah daripada anda mungkin menganggap sikap prinsip ini sebagai ketinggalan zaman, lapuk, tidak mengikut masa tetapi pada hemat saya, inilah prinsip hidup yang seharusnya kita pegang ke akhir zaman. Apa yang menyedihkan bahawa dalam era kehidupan kita sekarang ini, kita tidak meletakkan perasan malu yang setimpal ke atas orang yang berkelakuan melampaui batasan moral. Kita sebagai satu masyarakat, terlalu senang meraikan orang yang di anggap kaya raya dan hidupnya mewah. Kita meraikan mereka ini tanpa terlalu mempersoalkan asal usul kekayaan mereka. Kita sebagai satu masyarakat juga terbabit bersalah dalam keghairahan kita meraikan si pelaku salah. Kita mesti memperkasakan kepercayaan rakyat terhadap kekebalan daripada aktiviti korupsi institusi-institusi awam dan korporat, di dalam ahli-ahli perkhidmatan awam dan pengurus-pengurus pihak swasta dan penjaga-penjaga harta dan pelaburan kita. Apa yang asas adalah menjaga nama baik kita, nama yang akan diagungkan oleh anak cucu kita, waris-waris kita, dan nama kita yang akan ditinggalkan sepemergian kita. Seharusnya, setiap negara memegang hasrat untuk mencapai nilai-nilai kemanusiaan yang tertinggi. Ini adalah tanggungjawab kita demi generasi masa depan kita. Semakin ekonomi kita berkembang menjadi lebih kompleks, semakin besar dugaan dan godaan yang bertambah menarik dan lumayan, dan semakin bertambah juga peluang-peluang untuk kita melintasi batasan rangka kelakuan moral kita. Saya berdoa kita semua dapat menanamkan sikap ini dalam hati nurani kita, keteguhan dan ketabahan dalam usaha memelihara nama baik kita semua demi negara yang tercinta ini. Keluhuran hati nurani kitalah terletaknya masa depan waris anak cucu kita. Dengan berkat Allah SWT jua, insya-Allah, kita akan berjaya. - UTUSAN
Komen Penulis,
Teman yakin dan percaya dengan tekad dan kerja yang serius yang ditunjukkan oleh YB Dato Seri Ahmad Husni selaku Menteri Kewangan II yang telah diberi kepercayaan oleh YAB DS Najib, putaran ekonomi negara akan berputar lancar dan berada dilandasan sebenar.
Jelas apa yang di perkatakan oleh beliau bahawa beliau seorang yang serius dan jujur dalam melaksanakan hal ehwal kewangan negara, yang telah terbukti Malaysia tidak terperangkap lama dalam kegawatan ekonomi baru - baru ini malah Malaysia dilihat berjaya keluar dari kemelut ekonomi dan kini stabil, inilah kejayaan yang tidak boleh dilupakan oleh seorang Menteri Kewangan II dan jasa nya patut kita hormati dan sanjung tinggi.
Assalamualaikum penulis, ini lah harapan rakyat semuga Datuk Sri Najib akan meneruskan perjuangan Ayahdanya dan disokong oleh Menteri - Menteri seperti Menteri Kewangan ini. tahniah.
BalasPadamEncik Din, Saya bersetuju kerana jika diamati dalam sidang Parlimen, pembangkang sudah tidak lagi dapat mempertikaikan sebarang tender yang Kemt Kewangan lakukan berbeza seperti zaman Tun Mahathir dan Pak Lah, ini jelas pengawalan dan perlaksanaannya mengikut peraturan tahniah kepada Dato Najib dan Datuk Hosni.
BalasPadamsalam...
BalasPadamselain dari kepimpinan yg berkaliber kita sebagai rakyat haruslah memainkan peranan penting bagi melahirkan lebih ramai pemimpin berkaliber dimasa akan datang..
kerna sedar atau tidak negara sekarang ketandusan pemimpin pelapis yg benar2 berkaliber..
pemuda sekarang lebih cenderung bergembira dan berpoya2 tanpa memikirkan senario yg melanda negara sekarang...
sejujurnya saya wakil pemuda sudah bosan dengan pelbagai sandiwara2 politik yg titunjukkan...
dan kebanyakkan rakan2 sy ambil langkah "malas nk ambik port la" kalau berbicara pasal politik....
bende neh bkn bole diambil ringan....
dan izinkan saya berkongsi 1 artikel yg sy baca di internet mengapa rakyat israel yakni yahudi laknatullah menjadi orang paling bijak didunia....
semoga dapat kita renung2kan....
saya potong ya sbb x bole tulis panjang2...
bace dibwh...
SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak
BalasPadamby Danish Irfan on Monday, 23 August 2010 at 11:08
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
BalasPadamPerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
BalasPadamKesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
BalasPadamDi tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.
(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)
RENUNG-RENUNGKANLAH SAUDARA-SAUDARAKU...
KITAA JAUH KETINGGALAN..