Rabu, 21 Julai 2010

HINA PENJAWAT AWAM!!!!, HINA MUFTI !!!!


Terdapat lebih kurang 1 juta penjawat awam di negara kita dan terdapat 15 Mufti di negara kita, semuanya telah memainkan peranan dalam pembangunan negara dan pembangunan institusi agama Islam sejak mula kita Merdeka hinggalah sekarang, tiada sesiapapun mempunyai hak untuk menafikan fakta ini apatah untuk menghina dan mencaci.

Sejak dua mejak ini bertubi - tubi tuduhan dan berbagai - bagai nada cacian di lemparkan kepada penjawat awam seperti PDRM, SPRM, PBT, SPR dan yang terbaru Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus yang menjadi sasaran LGE sehinggakan Nik Ali hilang sabar dengan menyelar LGE biadap.

Sikap kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang yang jelas tak pernah mengaku salah dan seperti biasa menunding jari kepada pehak lain dalam apa jua krisis yang mereka hadapi, umpama seperti dihatui oleh Kepimpinan Negeri di bawah BN.

Penjawat awam harus menyedari dimana letaknya maruah mereka di sisi kerajaan pembangkang yang sentiasa menyalahkan kakitangan awam dalam apa jua masalah yang dihadapi oleh Kerajaan pembangkang, berlainan dengan Kerajaan BN yang sentiasa meletakkan Penjawat Awam sebagai orang yang penting dan bersama - sama pemimpin negara dan negeri didalam melaksanakan agenda untuk pembangunan demi kepentingan bersama, Kerajaan BN tidak pernah melepas tangan dalam menghadapi krisis sejak 50 tahun dahulu hingga kini.

Terbaru juga Mufti Perak Sahibul Samahah Dato' Seri Harussani di tuduh sebagai penipu oleh PAS semata - mata Mufti memberi pandangan mengenai isu kerjasama UMNO dan PAS agar harus bersatu demi kepentingan Melayu dan Islam dari sudut Negara Malaysia hancur Melayu hancur lah Islam, Hancur Islam hancur lah Melayu.

Bayangkan sehingga tergamak PAS menuduh seorang MUFTI sebagai penipu dan mengugut agar MUFTI tidak campur tangan dalam Politik, walhal tanggungjawab MUFTI untuk menyatukan umat Islam, ini satu cacian PAS terhadap Institusi agama Islam, perkara ini harus ditentang habis - habisan agar tidak menjadi kudis dan kurap kepada generasi yang akan datang manakala kehancuran boleh berlaku kepada umat Islam masa kini dan akan datang.

Beginikah bentuk pemerintahan yang hendak kita lantik, beginikah rupa pemimpin yang hendak kita harapkan untuk memimpin kita dan Negara, sedangkan tiada unsur - unsur budi pekerti, unsur sopan santun, unsur hormat menghormati, untuk kita jadikan tauladan yang baik yang wajib kita dan anak cucu kita ikuti.

Beginikah bentuk pemimpin dan pemerintah yang hendak kita penjawat awam sokong, jika PRU 12 ramai dikalangan penjawat awam kita telah membuat pilihan yang mungkin bagi kita ketika itu betul, kini jelas bahawa pilihan kita silap dan tersalah pilih, MAKA HARUS KITA BERPATAH BALIK KE PANGKAL JALAN, INGAT SAUDARA - SAUDARA KU PENJAWAT AWAM, BIAR SESAL DULU JANGAN KITA SESAL KEMUDIAN YANG MEMBAWA PADAH KEPADA KITA DAN ANAK CUCU KITA.

Oleh itu mari kita ingatkan kepada semua Penjawat Awam agar bersama - sama kita mengubah persepsi ini, mari bersama - sama kita lakukan perubahan dan kembali kepada sedia kala PENJAWAT AWAM DIHORMATI, PENJAWAT AWAM DI HARGAI, PENJAWAT AWAM PELAKSANA PEMBANGUNAN NEGARA, bersama - sama DS Najib dalam menaikkan imej negara kemata dunia bagi kita merealisasikan agenda negara kearah Wawasan 2020 dibawah konsep 1 Malaysia. SEMUA ORANG DIHARGAI, SEMUA ORANG DIUTAMAKAN.

5 ulasan:

  1. PUAK JUAK HAMPEH @ PAih NI DAH LUPA JALAN KASYORGA..

    BalasPadam
  2. salam bro,

    puak pas memang suka mencaci dan memburukkan orang lain. Nak buat macamana, itu dah dasar amalan parti PAS dan juga sifat yang mesti ada dalam perjuangan Islam cara mereka.

    BalasPadam
  3. sALAM BRO2 YANG DISAYANGI. BETUL TU BRO, DEPA TU NAK BELI SEHELAI KAIN PELEKAT PUN ATAS HASIL USAHA KERAJAAN BN HINGGA DEPA ADA DUIT BELI.

    ATAS USAHA DAN KERJA KUAT PENJAWAT AWAM LAH DEPA DAPAT HIDUP SAMPAI UMUR 100TAHUN TANPA PERNAH DENGAR SATU LETUPAN PISTOL PUN, AMAN DAMAI DAN DAPAT BUAT ANAK BANYAK2.

    BalasPadam
  4. SALAM YEOP!!!!! DAH TERBUKTI SEKARANG SIAPA YANG BIADAP!!!! SIAPA LIDAH BEWAK!!!!!

    PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG PEMBOHONG RAKYATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

    BalasPadam
  5. salam perjuangan kepada kekanda2 perjuangan sekalian...
    lam tidak bertwmu dilaman maya ini...
    dulu slalu juga ikankecil join blog pemuda enggang bersama2 kekanda2 semua berjuang...
    tp atas faktor masa dan kesibukan belajar membuat ikankecil jarang dapat menjenguk kesini....
    tahniah atas perjuangan kekanda2 semua yg mempertahankan kedaulatan melayu dari terus dicamar dan dicaci oleh golongan2 yg tidak bertamadun...teruskan perjuangan kerna perjuangan kalian tidak pernah sia2...
    dan akan dikenang sepanjang zaman...
    bersama kita memartabatkan bangsa MELAYU di persada dunia.....
    AMIN

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda