Jumaat, 20 Mac 2009

CUTI BERPOLITIK TUMPU KAN SERANGAN EKONOMI



Sejak PRU Mac 2008 hingga lah ketika ini semua pimpinan terlalu asyik menumpukan untuk berpolitik, rakyat diasak - asak hingga terbawa - bawa berpolitik hingga kita lalai bahawa Negara ketika ini di serang dengan kegawatan ekonomi, umpama semua pihak terlupa bahawa seluruh tenaga dan fikiran dikalangan pemimpin Negara, pemimpin pembangkang dan rakyat menumpukan bagi menyediakan diri masing - masing menghadapi serangan ekonomi yang di kira sebagai "Import Crisis", mungkin kelalaian kerana impak kegawatan ekonomi belum meratakan kesannya yang masih belum dirasai sakitnya, adakah kerana apabila semua pihak papa kedana masing - masing menunding jari antara satu sama lain baru hendak diambil tindakan.

Akhir - akhir ini berpolitik seperti satu trend dikalangan semua pihak dari pemimpin atasan hingga ke bawahan, malah rakyat terdiri semua kaum berpolitik dengan ghairah, pemimpin kerajaan dengan politik pemilihannya menghadapi Perhimpunan Agong hujung Mac ini, pemimpin pembangkang tak sudah - sudah dengan gelagat tuduh menuduh, pecah memecah, rakyat tak habis - habis menuduh antara puak - puak masing - masing, sedar atau tidak bahawa apabila parah serangan ekonomi tak kira kita kerajaan ke kita pembangkang ke, kita rakyat ke semua nya akan tersungkur dan bergelimpang parah akibat keruntuhan yang dijangka paling teruk dalam sejarah keruntuhan ekonomi dunia.

Penulis menyeru kepada semua agar bercutilah berpolitik, tumpukan usaha dalam mencari strategi baru, mencari kekuatan baru, mencari jalan baru dalam kita bersedia untuk menangani serangan ini, kepada pemimpin kerajaan sememang nya berusaha tetapi perli dipetingkatkan usaha dalam menambah nilai kekuatan, manakala pemimpin pembangkang hentikan lah berpolitik pecah memecah, cukup lah sekadara sumbangan dengan mengambil cuti berpolitik setidak - tidak nya kerajaan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada serangan ekonomi ini, manakala rakyat di segenap pelusuk, berusaha lah bersungguh - sungguh membangunkan diri dan keluarga kerana dengan sekadar sumbangan itu pun cukup membantu kerajaan menangani kemelut ini.

Seharusnya kita bersyukur ada negara menghadapi keadaan ini dengan mala petaka, ada yang berlaku kebuluran, ada yang berlaku pengangguran yang tak terbatas, ada yang dilanda bencana alam, ada yang hadapi dengan peperangan tetapi kita hadapi serangan ini dengan aman damai dan senang lenang, cuma perlukan penumpuan dan persediaan cuma menangani serangan ini, pemimpin kerajaan telah berusaha dengan mengumumkan pakej ransangan pertama 7 billion, manakala kedua 60 billion semata - mata untuk rakyat, cuma rakyat rebut lah usaha tersebut dan berfikiran terbuka lah dalam usaha membantu kerajaan membina tembok perisai dari serangan era baru yang tak nampak di mata tak di kesan oleh radar.

Berganding bahu bersama - sama kerajaan membangunkan negara yang sentiasa terbangun, kerana ingatlah nak membangun hingga ke tahap ini memakan masa 50 tahun jaraknya, cuma untuk runtuh negara mungkin minit, mungkin jam, mungkin hari, mungkin bulan dan tahun saja negara akan jadi padang jarak padang terkukur ibaratnya kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda