Ahad, 22 Mac 2009

DITEKAN ATAU RELA FAIRUS MELETAK JAWATAN



Ketua Menteri Pulau Pinang, LGE mengumum kan telah menerima melalui fax surat perletakan jawatan YB Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Exco kerajaan negeri, melalui wajah yang di tampilkan oleh LGE tidak langsung memberi gambaran bahawa dia bersedih diatas perletakan kan jawatan tersebut. adakah ini satu konspirasi LGE dan DAP dalam menguasai sepenuhnya kerajaan Negeri Pulau Pinang, berdasarkan jumlah WR PKR dikalangan melayu dinamakan Fairus yang paling layak daripada mereka - mereka yang tak mempunyai kelayakan, kini nasib seorang WR PKR tersebut telah ditentukan, akibat konspirasi DAP untuk memonopoli pemerintahan Pulau Pinang, siapa kah yang akan menganti tempat Fairus? dan bagaimana nasib calon tersebut?, adakah mereka kebal dengan konspirasi yang dilakukan oleh DAP sedang kan Anwar sendiri tidak mampu untuk mempertahankan kedudukan Fairus. sejak mula - mula lagi dilantik, Fairus telah dikritik hebat oleh DAP dan PAS, ketika itu Fairus tetap mempertahankan kedudukankan nya dengan mendakwa dia mampu menjalankan tugas Timbalan Ketua Menteri itu, tetapi kenapa sekarang berubah pendiriannya, adakah mungkin tekanan demi tekanan dari DAP malah mungkin kecewa dengan Anwar sendiri yang tidak mempertahankan dirinya selama ini, atau mungkinkah politiking yang terdapat dalam PKR sendiri membuat kan Fairus kecewa.

Penasihat PKR menjelaskan bahawa Fairus bercuti pada mula nya, kemudian diumumkan bahawa kerana sambung belajar, berbagai - bagai helah menipu rakyat dilakukan oleh Anwar melalui kenyataannya bagi menutup krisis yang dihadapi oleh PKR dan DAP di Pulau Pinang, apa strategi nya untuk memastikan calon Timbalan Ketua Menteri kelak bertahan dengan kerenah LGE dan DAP yang akan cuba untuk membunuh satu demi satu kedudukan WR dari PKR dengan memberi berbagai tekanan dan akhirnya kehabisan calon yang layak lagi, maka DAP akan menguasai keseluruhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, memang menjadi sangkaan bahawa idiologi 3 parti berbeza ini susah untuk duduk semeja kerana masing - masing ingin menguasai kerajaan umpama tidur sebantal mimpi lain - lain, masing - masing curiga antara satu sama lain dalam diam.

Anwar terpaksa mengunakan segala ilmu politik tipu helah nya yang dibelajar nya dari US untuk mentadbir PKR terutama ragam WR PKR sendiri, satu - satu bala bencana melanda PKR setelah Anwar mencampuri urusan PKR secara mutlak yang diambil dari tangan isteri tersayangnya bermula dengan episod 2 exco PKR di Perak meletak jawatan dan keluar Parti, seorang WR nya meletak jawatan Exco dan melepas jawatan WR di Kedah kerana mempunyai perempuan simpanan tanpa kahwin, seorang Exconya membuat hubungan sulit dengan Pegawai Khas nya berbangsa melayu hingga tersebar gambar seksinya, dan kini orang kuat PKR Negeri Pulau Pinang pula meletak jawatan Timbalan Ketua Menteri 1. Bolehkah rakyat mempercayai lagi parti PKR ini, tidakkah rakyat dapat menilai betapa huru haranya PKR apabila Anwar mencampuri urusan pemerintahan PKR berbanding sebelumnya ditangan Wan Azizah, apa kah sebalik tadbir bahawa Anwar terlalu bermain politik tipu dan memonopoli keseluruhan pentadbiran parti PKR dengan membelakangkan pemimpin - pemimpin kanan PKR itu sendiri hinggakan orang kanan - kanan yang berjawatan WR jelak dan kecewa dengan Anwar yang memerintah secara kuku besi dan diktator malah mementingkan diri sendiri dan anak beranak nya saja. besar krisis yang dihadapi oleh PKR didalam tangan Anwar, gelojoh nya untuk menjadi PM hingga kan matlamat menghalalkan cara akhirnya ditakuti sendiri oleh orang - orang kanan PKR.

Rakyat melihat akan gelagat ini, rakyat belajar dengan apa yang berlaku, rakyat buka mata dengan episod yang ditampilkan, memerintah sesebuah negara bukan perkara yang boleh dicuba - cuba, memerintah sebahagian jawatan dalam satu - satu Kerajaan Negeri dengan memegang exco yang diagih - agih potfolionya pun tidak terbawa dan tidak termampu untuk dilakukan bagaimana untuk menjaga satu kementerian dan satu negara, adakah nanti rakyat akan dihidang dengan krisis gelagat mereka saja apabila kerajaan PAKATAN PEMBANGKANG diberi kuasa untuk memerintah Malaysia kelak, adakah rakyat akan menonton sandiwara 3 parti ini dalam melaksanakan dasar - dasar yang pelbagai, bersatu kah rakyat ketika itu, aman kah rakyat ketika itu, stabil kah ekonomi ketika itu, maju kah negara ketika itu, persoalan yang harus kita semua pertimbangkan dengan sejelas - jelasnya. BELAJAR DARI KESILAPAN.

2 ulasan:

  1. taniah atas blog diatas....

    BalasPadam
  2. memang patut Fairus meletak jawatan dan sambung belajar lagi tapi dalam bidang bukan pak turut...baru bagi pulau belum negara......

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda