Ahad, 22 Mac 2009

PERHIMPUNAN AGONG UMNO : PERWAKILAN JANGAN SYOK SENDIRI




24 hingga 28 Mac 2009 tarikh keramat bagi UMNO malah bagi keseluruhan rakyat di negara ini, tarikh dimana delegasi UMNO dari semua peringkat Puteri, Pemuda, Wanita dan Dewasa yang datang dari seluruh pelosok negeri hadir ke ibukota Kuala Lumpur untuk menentukan warna kepimpinan negara di masa depan, keputusan akan diikuti oleh seluruh warga tak kira kaum dan bangsa.

Dalam situasi ini lah perwakilan UMNO harus muhasabah diri, harus bijak menggunakan panca indera, harus menggunakan otak fikiran bagi memastikan seluruh rakyat terasa UMNO telah lakukan dengan serius dan betul dalam memilih pemimpin peneraju UMNO dan Negara.

Tolak pemimpin rasuah, tolak pemimpin yang menyalah gunakan kuasa, tolak pemimpin yang tak serius, terbaru tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa Disiplin dengan membatalkan kelayakan Dato Seri Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden dianggap tindakan yang cukup berani bagi membersihkan UMNO dan ini disokong oleh semua rakyat terutamanya ahli UMNO diperingkat bawahan, kini terpulang kepada perwakilan untuk menentukan, pisau dan timun ditangan anda perwakilan - perwakilan semua.

Ingat lah jangan kita syok sendiri, tindakan anda diperhati dan disaksi oleh keseluruhan rakyat, penentuan bahawa rakyat sokong atau tidak di PRU 13 ditangan kanan anda, maju nya negara ditangan anda, kerana amanah oleh ahli - ahli UMNO teah diberikan kepada anda cuma harapan ahli - ahli UMNO pilih lah pemimpin yang benar - benar seorang yang jujur, ikhlas dan amanah. betulnya pilihan anda maka selamat lah UMNO, selamat lah agama, selamat lah bangsa dan selamat lah negara.

PENULIS MENGUCAPKAN SELAMAT BERSIDANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda