Ahad, 22 Mac 2009

BERMULA EPISOD 2 IMAM DALAM PAS

Sudah diketahui umum bahawa PAS kini retak menunggu belah, seorang mempunyai wawasan seorang lagi jumud pemikiran, seorang berjawatan Presiden manakala seorang lagi Musyidul, bermulalah sepak terajang dalam PAS, pimpinan PAS yang lain mula mencari ayat - ayat bagi mengelabui mata penyokong dan rakyat bahawa PAS tidak mempunyai dua imam dalam parti.

Tahniah boleh diberikan kepada Dato Seri Hadi Awang diatas keperihatinan dan kesedarannya bahawa apabila Melayu Islam berpecah maka musuh - musuh Islam akan mengambil tempat untuk menangguk air keroh, Hadi sedar dan hidu akan gelagat - gelagat musuh Islam terutama DAP dan Hindraf yang kebanyakan dari PKR menjurus kepada idea Hadi untuk menwujudkan Kerajaan Campuran bagi julung - julung kalinya di negara kita yang tercinta ini. UMNO tidak boleh memandang sepi cadangan Dato Seri Hadi ini, InsyaAllah apabila Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih kepimpinan Parti pada penghujung Mac ini, DS Najib harus memikirkan idea DS Hadi ini tanpa di buang tak bertong sampah, mungkin relevan dalam keadaan yang dihadapi oleh umat Melayu Islam di Malay Land ini, ini bukan isu UMNO, PAS dan segelintir PKR, ini isu maruah peribumi, maruah tok nenek pejuang - pejuang Melayu dulu kala, ini maruah anak cucu dan cicit melayu masa depan, penulis merasakan kerana perkara - perkara ini lah timbul kesedaran sebelum tidur DS Hadi hingga beliau berani meluahkan idea tersebut walaupun dia sedar golongan jumud dan ekstrim dalam PAS akan menentang terutama daripada Musyidul yang dikatakan mempelopori golongan ekstrim PAS.

Rebut lah ruang perpaduan ini sebaik mungkin, Melayu Islam perlu diselamatkan dengan tindakan yang dramatik, pimpinan Melayu Islam harus melaku kan anjakan paradigma sikap dan kelakuan, keputusan dan perlaksanaan yang akan dianggap luar dugaan oleh golongan penganggu perpaduan yang sememang nya mencari ruang untuk memecah perpaduan sedia ada, ingat lah Malay Land hanya sekankang kera di dunia ini, Melayu tiada pengalaman hidup merantau di tanah orang, melayu tak cukup ilmu untuk hidup di tanah orang, bak pepatah sebaik - baik Hujan emas di negeri orang, lebih baik lagi hujan batu di negeri sendiri. BERSATU LAH ATAS NAMA MELAYU ISLAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda