Isnin, 27 April 2009

DIKAWAL UNIT AMAL PAS, KARPAL SINGH TERSUNGKUR JUGA


Karpal Singh jatuh tersungkur semasa kes bantahan awal atas tuduhan menghasut di Mahkamah Tinggi Kuantan tempohari semasa pembantunya mengangkat beliau menaiki tangga mahkamah, ish...ish...kesian Karpal Singh berair mata nya menahan kesakitan.

Dalam kesibukan tersebut, rupa - rupanya karpal dan pengikutnya dikawal ketat oleh beberapa unit amal PAS yang memakai seragam merah hati, ishh..ish... bertuah Karpal tak perlu upah pengawal peribadi, pengawal yang diupah oleh PAS dah bersiap sedia menunggu untuk berkhidmat menjaga keselamatan beliau.

Seingat penulis bukankah Karpal lah yang terang - terangan menentang penubuhan Negara Islam, 'langkah mayat saya dulu sekiranya nak mendirikan negara Islam' kini dikawal oleh unit amal Pas yang juga mendakwa mereka pejuang Islam, pening - pening juga difikirkan, mana pegangan, mana matlamat, mana maruah PAS rupanya kini sebuah Parti yang hanya menawarkan khidmat kawalan keselamatan kepada pemimpin - pemimpin besar DAP seperti yang diperolihi oleh Karpal, betul kata pepatah sekali ombak memukul pantai, sekali pantai berubah.

Mudah kerja Polis kita kerana dah ada Unit Amal PAS yang boleh menjaga harta kerajaan seperti kediaman Resmi Menteri Besar Perak, Kereta Camry Kerajaan yg Nizar gunakan sehingga sekarang dan rumah YB Nizar di Sg. Rokam, hai... bertuah badan.

2 ulasan:

  1. SALAM BRO..

    BENAR BRO..NAMPAKNYA PAIh NI DAH HILANG PERTIMBANGAN..

    MENJUNJUNG..MENDUKUNG..MENGAGGUNG-AGUNGKAN ORANG YANG PALING MENETANG HUKUM ISLAM..

    APE LAH NAK JADI JENIS ORANG PAIh NI..

    BalasPadam
  2. a'kum akhirnya abngtuah semua nya kerana darjat dan kuasa.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda