Isnin, 27 April 2009

PILIHANRAYA KECIL PENANTI-BN AKAN MENGADAKAN MESYUARAT BIRO POLITIK - DATO SERI MOHD NAJIB

Biro Politik Barisan nasional akan mengadakan mesyuarat bagi memutuskan sama ada bertanding atau pun tidak Pilihanraya Kecil di DUN Penanti, SPR telah menetapkan 23 Mei 2009 Hari Penamaan Calon manakala 31 Mei 2009 hari pembuangan undi.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang pertama tempohari telah memutuskan untuk menyerah kepada Biro Politik BN untuk membuat keputusan, bagi Majlis Kerja Tertinggi ia tidak menjadi masalah bertanding atau tidak kerana BN sentiasa bersedia, terdapat pandangan bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan perkembangan sinario politik muktahir ini terutamanya pembangkang yang cuba mengunakan Pilihanraya sebagai "test market" dan ini tidak boleh diterima kerana ia melibatkan pembaziran duit kerajaan dan rakyat terutama ketika kelembapan ekonomi yang dihadapi oleh negara dan dunia sedang melanda.

Penulis bersetuju dengan pandangan tersebut dan mengharapkan DS Najib berfikir diluar kongkongan kebiasaan apabila terdapat Pilihanraya Kecil BN perlu meletakkan calon, bagi penulis BN dan UMNO tidak perlu mengikut rentak dan tarian yang cuba di lakukan oleh Pakatan Pembangkang tertutamanya strategi ANWar Ibrahim yang cuba untuk memberi gambaran melalui Pilihanraya bahawa BN telah tidak mendapat sokongan rakyat, menggunakan strategi dengan meminta Wakil Rakyat nya meletak jawatan adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab tanpa memikir pembaziran wang yang berlaku dan ini menambahkan beban lagi tanggungjawab Kerajaan untuk memulihkan ekonomi sedangkan dalam masa yang sama atas kelakuan pembangkang pembaziran sewenangnya berlaku tanpa bertanggungjawab.

BN tidak semestinya meletak calon untuk bertanding, berundur tidak semestinya kalah, apa yang lebih penting fokus DS Najib dan kabinet baru 'SATU MALAYSIA' menumpukan kepada kerja - kerja memulihkan ekonomi, itu yang lebih penting, 'Rakyat didahulukan Prestasi diutamakan' perlu direalisasikan kadar segera tanpa di ganggu dengan politik tak beretika Pakatan Pembangkang.

Sejarah sejak dahulu lagi belum lagi berlaku seorang Wakil Rakyat meletak jawatan kecuali atas sebab kematian, kecuali sejak baru - baru ini diatas kebongkakkan PKR penyakit meletak jawatan tanpa sebab mula berlaku semata - mata hanya strategi politik yang tidak bermoral bermula Wan Azizah meletak jawatan tanpa sebab dan kini Mohd Fairos pula meletak jawatan atas alasan melanjutkan pengajian seperti terkandung dalam surat yang di hantar kepada Speaker DUN Pulau Pinang dan selepas ini belum tahu kawasan mana lagi PKR akan bermain politik.

Wajar BN tidak mengikut rentak dan tarian demi masa depan negara dan rakyat yang sedang berhadapan dengan kelembapan ekonomi yang dijangka akan lebih parah dalam sejarah krisis ekonomi dunia yang dijangka akan dirasai teruknya pada September 2009 nanti, seharusnya lah lebih penting dan utama rakyat didahulu kan manakala prestasi diutamakan dilakukan secara tekun dan fokus daripada membuang masa kepada yang tak perlu dan membazir kepada perkara yang tidak bermoral, kerana jika Penanti mendapat semula ditangan PKR memang itu kerusi mereka dan sekiranya BN menang pun tidak memberi sebarang erti kepada politik Pulau Pinang, yang penting di pentingkan yang utama diutamakan iaitu RAKYAT DAN EKONOMI.

2 ulasan:

  1. ANUAR NI SERONOK BILA DIBERIKAN PERHATIAN.

    SEMAKIN DIBERIKAN PERHATIAN SEMAKIN MENINGKAT POPULARITINYA..SEMAKIN DIA TERASA RELEVAN..

    JADI KITA KENA BUAT DO NO..BUAT MACAM DIA NI TAK PERNAH UJUD..

    BIARKAN DIA NAK BUAT TARIAN SAMBA KE..DANGDUT KE ..ROCK KE..MEMANG DIA NI STRATEGIS DALAM MENGUBAH-UBAH RENTAK TARIAN..

    BalasPadam
  2. A'kum, betul tu abang Tuah, BN memilih untuk tidak bertanding pun satu tarian juga, jadi biar dia menari dengan tarian dia BN menari dengan tarian BN.

    Yang penting DS Najib saya percaya akan bersikap bijak dalam membuat keputusan, apa pun saya percaya BN sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.

    DS Najib saya percaya lebih besar lagi tugas untuk menyelesaikan krisis ekonomi kerana ia akan menjejaskan negara terutama kehidupan rakyat tak kira dia penyokong Kerajaan ke, kakitangan kerajaan ke, petani, peladang, nelayan ke, pembangkang ke, pengkhianat ke, penderhaka ke...semua nya diatas bahu DS Najib.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda