Memang menjadi sejarah dalam tarikh yang sama 3 pilihanraya kecil berlaku dan memang menjadi sejarah peralihan kuasa berlaku mantan dua orang Perdana Menteri masih hidup dan memang menjadi sejarah Tun Abdullah menyerah kuasa dalam keadaan yang cukup harmoni atas kehendak rakyat dan sejarah tercatat kerana Tun Mahathir dan Isteri serta keluarga kembali kepada UMNO, sejarah juga berlaku Bukit Gantang dikembalikan kepada anak tempatan sebagai calon oleh kepimpinan negara sejak sekian lama.
Pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan membuang undi pada esok hari 7 April 2009 dan didoakan tarikh tersebut akan mencatat sejarah baru kepada ketiga - tiga kawasan tersebut seterusnya menjadi HADIAH YANG AMAT SANGAT BERMAKNA BUAT DS NAJIB TUN RAZAK, TUN ABDULLAH DAN TUN MAHATHIR.
Hadiah kan lah kemenangan BN kepada DS Najib Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6, hadiah ini tentunya memberi pengertian besar kepada DS Najib dan tentunya WR yang menang dari BN akan menjadi WR yang istimewa kepada BN sekaligus kepada DS Najib, Tun Abdullah dan Tun mahathir apatah lagi dalam keadaan politik yang cukup mencabar dan hangat terutamanya di Negeri Perak sudah tentu Pengundi Bukit Gantang lah yang akan mengembalikan semula maruah Negeri Perak dan sekaligus memberi kedaulatan yang cukup tinggi kepada DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Pengundi berfikir lah secara rasional, berfikirlah secara tawaduk, berfikirlah dengan hati dan fikiran yang cukup tenang dan berilmiah kerana undi kita akan mencorakkan Negeri dan Negara di masa hadapan, cukup ramai rakyat diseluruh Negeri dan Negara yang berkehendakkan kesejahteraan, keamanan, kemakmuran dikembalikan kerana kita umpama "jambatan bagi ibu bapa kita yang terdahulu dengan kita dan antara cucu cicit kita masa hadapan" jambatan ini adalah jambatan penghubung survival generasi terdahulu dan hadapan, jangan digoncangkan jambatan ini, jangan di robohkan jambatan ini kerana sekiranya digoncang dan diroboh bencananya kita sendiri yang akan tanggung dan anak cucu cicit yang akan merana.
Penulis mendoakan pengundi di ke tiga - tiga kawasan ini tentu nya bijak dan pandai memilih diantara mana intan permata atau batu jalanan, sudah tentu sejarah dan pengalaman lalu dijadikan perkiraan, kedudukan sekarang kita dibandingkan dahulu, maruah kita dibanding dulu dan sekarang, kedaulatan kita dibandingkan dulu dan sekarang, semuanya tentunya menjadi pertimbangan seimbang oleh setiap orang pengundi yang bijaksana tak mengira bangsa dan agama, kerana hidup kita umpama keluarga yang berbilang warna kulit yang menjadi kehairanan oleh setiap bangsa di dunia kerana hubungan yang cukup baik hidup aman damai sekian lama.
SELAMAT MENGUNDI.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda