Selasa, 7 April 2009

PKR!!! OH PKR!!!, APA NAK JADI

Benar seperti dikata kan oleh semua pihak dan pemerhati politik bahawa penubuhan Parti keadilan atau sekarang ini dikenali Parti Keadilan Rakyat atas dasar balas dendam dan memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim dari tahanan dan kini merubah matlamat memperjuangkan Anwar Ibrahim untuk dijadikan Perdana Menteri semata - mata. atas matlamat yang berubah - ubah dan memperjuangkan kepentingan individu - individu tertentu saja, PKR dilihat sebagai sebuah parti seperti "time bomb".

Satu persatu bencana dan bala menimpa PKR yang memeningkan kepala Ketua Umumnya DS Anwar Ibrahim, umpama balasan tuhan terhadap tingkah tak bermoralnya sebelum ini tempiasnya kepada sebilangan besar pemimpin - pemimpin nya terpacul. satu persatu kelakuan dan kejadian terkeluar yang berkemungkinan diatas sikap 'tangkap muat' untuk dilantik sebagai pemimpin Negeri, Bahagian, Wakil Rakyat mahupun Ahli parlimen yang seharusnya belum layak menduduki kedudukan tersebut.

Awal - awal semua tahu Ketua Umumnya di tuduh meliwat sejak dulu hingga kini terbaru tuduhan meliwat di akui sendiri oleh Pembantu Khas nya sendiri, berlarutan lah kepada Orang Kanannya Ezam keluar parti kerana tidak percaya perjuangan Anwar sebelum - belum itu lagi Pengasas bersama Parti keadilan seperti Chandra Muzaffar dan pemimpin - pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) keluar parti beramai - ramai, Kemelut terus bersambung dua Wakil Rakyat dan exco PKR Perak ditahan BPR ketika itu atas tuduhan rasuah manakala Ahli Majlis Daerah Perak tengah dari PKR ditahan kerana mengaku menerima sumbangan seks China Doll, yang akhirnya membawa kepada dua exco Perak dari PKR keluar PKR dan menjadi Bebas, bencana buruk makin melanda dengan moral Exco di selangor bergambar bogel dan diakui oleh exco tersebut tetapi diberi cuti tanpa diambil tindakan oleh PKR malah diberi cuti oleh Anwar dan Khalid Ibrahim, seterusnya Perletakan jawatan Timbalan ketua Menteri P.Pinang dikatakan sambung belajar tetapi sebenarnya ditahan kerana mengimport secara haram pasir ke Singapura yang sememangnya cukup sensitif isu pasir dijual ke Singapura yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia sejak sekian lama, kemelut dalam Parti PKR mula berjangkit - jangkit dengan Keluar Parti Ketua Bahagian PKR Gunung Jerai dan kini 5 orang Ketua Bahagian di Kedah keluar beramai - ramai bersama ahli PKR dari parti yang melumpuh kan PKR Kedah dan di Sarawak seorang Ketua Bahagian dan Pegawai - Pegawai PKR keluar Parti, semua ini berlaku kerana mereka - mereka kini mendapat kesan bahawa Anwar memetingkan diri semata - mata dan sanggup melaku pembohongan dalam pemerintahan parti yang kini di dipercayai oleh pemimpin bawahan dan ahli - ahli PKR sendiri.

Parti yang penulis anggap akan mengikuti nasib Parti Semangat 46 satu ketika dulu gagah di luaran reput di dalaman yang akhirnya membawa kepada pembubaran parti S46, jalan cerita dan episod - episod yang berlaku dalam PKR menjurus kepada kearah pembubaran Parti PKR yang dianggap oleh semua menghadapi 'Moral Crisis' dari Ketua Umumnya hingga ke peringkat bawahan. Anwar dianggap Cakap besar dan Cakap tak serupa bikin, setiap kata - kata satu pembohongan, bermula dengan tarikh - tarikh Ahli Parlimen BN akan melompat Parti aleh - aleh diri sendiri yang kena, cakap tipu akan membongkar rahsia BN aleh - aleh yang hadir ditipu lagi, hingga kan Kafir Harbi Karpal Singh sendiri menyuruh Anwar Bertaubat.

Parti yang tidak boleh diharap dan dijadikan tempat bergantung oleh rakyat, Parti yang dianggap dimonopoli oleh satu kaum terutama dari kaum India yang menjadi orang kuat dan orang kanan Anwar yang mendapat tempat didalam PKR dengan meminggirkan kaum melayu PKR, semua ini dikesan dan menjadi panduan dan penilaian rakyat dalam memilih pemerintah yang adil, saksama, amanah, jujur, bermoral dan beretika. ini semua tiada dalam diri Anwar dan PKR.

PKR!!! oh PKR!!! apa nak jadi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda