Selasa, 14 April 2009

LANGKAH PERDANA MENTERI MENUJU SATU MALAYSIA

YAB Dato Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia melaungkan hasrat dan misi Satu Malaysia untuk semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan ideologi, tentunya misi Satu Malaysia walaupun hanya mengandungi dua perkataan saja, tetapi dalam mengambil kira situasi politik dan ekonomi yang dihadapi ketika ini dua perkataan tersebut mungkin menjadi kata - kata dan slogan saja.

DS Najib telah mula mengatur langkah, ciri - ciri asas dalam mencapai misi Satu Malaysia telah dilakukan oleh DS Najib, sebaik beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agung, keesokan harinya DS Najib secara mengejut telah turun ke bawah tanpa karpet merah dengan melawat ke Petaling Street bertemu dan bersalaman dengan peniaga - peniaga dan orang ramai di kawasan tersebut yang kebanyakannya peniaga dikalangan dari kaum cina, bukan setakat itu saja pada hari ini DS Najib telah hadir tanpa jangka oleh kaum Sikh di majlis Perayaan Vaisakhi, perayaan tahun baru bagi kaum Tamil dan Sikh, DS Najib hadir tanpa perlu menjaga protokol hadir memberi ucapan menyeru semua kaum bersama beliau menjayakan misi Satu Malaysia, dan mengatakan bahawa beliau Perdana Menteri untuk semua kaum tak mengira bangsa dan agama, bertuah kaum Sikh diatas kehadiran pemimpin besar negara dan ini lah yang harapkan oleh semua.

Oleh itu semua pemimpin diperingkat mana pun perlu mengikut langkah yang dilakukan oleh DS Najib, kenapa tidak kita, sedangkan PM sendiri mampu melakukannya, turut mengikut jejak DS Najib seperti dilaporkan didalam Media Perdana, seperti Dato Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan 2 yang turut turun selepas sehari mengangkat sumpah sebagai Menteri telah melawat secara mengejut di 3 tempat iaitu di Pasar Kg Baru Cina Kuala Kuang Chemor, Pasar Kg Baru Cina Khantan Baru Chemor dan di Pasar Kg. Melayu Manjoi Ipoh bersalaman dengan peniaga dan orang ramai di kawasan Parlimen beliau, manakala seorang lagi Dato' Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Hal Ehwal Pengguna yang turun menjalankan tugas hari pertama melawat Pasar di Kuala Lumpur, ini lah contoh - contoh yang perlu di tiru dan di ikuti secara jujur dan rela semata-mata mencapai matlamat Perdana Menteri bagi mencapai Satu Malaysia akan menjadi kenyataan.

Sekira ini sikap dan langkah serupa yang diambil kesemua Menteri, Timbalan Menteri dan pimpinan lain penulis yakin misi Satu Malaysia akan mencapai kejayaan, perpaduan dan kemesraan diantara semua kaum tak kira agama yang dianuti akan tercapai dalam masa yang singkat, dengan cara itu kita dapat mendidik rakyat terutama dari golongan muda agar dapat memikir yang mana baik dan yang mana buruk dan ianya secara tak langsung akan menangkis kerja - kerja yang cuba dilakukan oleh pembangkang untuk memecah belahkan masyarakat demi kepentingan politik diri.

2 ulasan:

  1. Salam,

    syabas mudah-mudahan dengan sifat rendah diri pemimpin kita, rakyat akan mula nampak keikhlasan tanpa mengira kedudukan yang dipupuk PM dalam kabinet kerajaan.

    Sememangnya sebagai role model dalam pentadbiran kerajaan, DS Mohd Najib wajar membuat lawatan tanpa perlunya karpet merah atau dirai sebagai seorang yang terlalu istimewa.

    BalasPadam
  2. Salam, sdr. PAS untuk semua terutama untuk Cina DAP, jangan kita bongkak, teman tak hairan UMNO bergelora kerana gelora dlm UMNO setahu teman bukan perkara baru, sejak penubuhan UMNO lagi dah bergelora terutama semasa lahirnya PAS dari pemimpin UMNO dulu dan terus menerus UMNO bergelora dan dipukul taufan, itu lah yang menjadikan UMNO bertambah kuat dan kukuh, hidup UMNO sampai sekarang insyaAllah sampai bila - bila atas dasar gelora dan taufan.

    Apa pula gelora yang dihadapi oleh PAS terutama Perak, pemimpin jadi kuda tungangan DAP malah Kafir Harbi lagi, mengadaikan matalamat parti sendiri, sanggup menkhianat bangsa sendiri bagi tanah pada cina DAP, sanggup derhaka kepada Sultan, Ketua Agama Islam dalam setiap Negeri. Kehendak Nik Aziz tidak mahukan Nizar jadi calon tak diikuti. apa maruah PAS terpaksa tunduk dengan PKR sedangkan PKR baru setahun jagung ditubuhkan. itu gelora juga namanya.

    Bagaimana gelora abang PAS dalam pakatan pembangkang PKR, gelora MORAL pemimpin - pemimpin nya, moral yang merosakkan bangsa dan Agama.

    PAS bangga hingga sanggup mengadaikan maruah seorang Islam, bukan bangga namanya. bergantung kekuatan atas simpati dan strategi DAP kafir Harbi bukan kebangaan namanya. Ingat lah itu!!!

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda