Selesai sudah pilihanraya Bukit Gantang, keputusan telah dibuat oleh pengundi disana yang berkesudahan BN kecundang lagi, calon UMNO anak tempatan pun ditolak oleh penduduk Bukit Gantang dengan menerima pendatang dari kawasan lain yang sudah pun mempunyai tanggungjawab di kawasan lain yang pun belum lagi diberi perkhidmatan nya sebagai wakil rakyat disana.... bukit gantang oh bukit gantang apa nak jadi.
Bagi penulis kekaguman melihat usaha UMNO untuk menang di bukit gantang amat mengharukan penulis, maklumlah satu lawan tiga, antara UMNO bertemu lawannya berkongsi tenaga DAP, PAS dan PKR yang akhirnya tersungkur jua UMNO, dalam kekalahan UMNO bagi penulis satu kemenangan juga buat UMNO, jumlah undi yang diperolihi ternyata atas usaha dan berdikarinya diatas kaki sendiri, UMNO berusaha seorang diri akhirnya keputusan ternyata ramai pengundi melayu tulin mengundi UMNO dengan memperolihi 17,000 peningkatan yang cukup tinggi tanpa bergantung banyak sumbangan dari komponen lain. ini lah UMNO dalam apa jua keadaan pun UMNO juga lah tempat bergantung parti - Parti lain, dalam menghadapi peperangan pun UMNO juga lah yang akan berdiri gagah walaupun keseorang dengan berhadapan dengan 3 samseng lain UMNO tetap hadapi dengan semangat berani, dalam memberi kesejahteraan pada semua kaum, UMNO juga lah yang diletakkan tanggungjawab dan harapan, dalam keadaan apa pun baik buruk senang susah, UMNO jugalah yang akan menanggungnya.
Bukit Gantang oh Bukit Gantang, UMNO tidak kalah,. UMNO tidak gugur, UMNO tetap berdiri dengan maruah yang cukup terbela, UMNO tetap dipandang tinggi, UMNO tetap bersemangat, itu lah UMNO yang penulis kenali, dalam berhadapan dengan senang UMNO berkongsi kesenangan, nikmat yang dirasai sejak sekian lama UMNO tidak tamak dikongsi bersama dengan yang lain, hingga kepada pertempuran di medan perang UMNO tak pernah mengeluh tanpa bantuan, UMNO hadapi dengan pegangan dan prinsip perjuangan, itu lah UMNO yang penulis kenali, kesian pun ada, simpati pun terasa juga, tapi penulis yakin UMNO takkan minta disimpati, UMNO tidak meminta untuk di kesian, kerana UMNO berjiwa murni, UMNO berjiwa ramah untuk semua, sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain, sanggup menanggung cerca untuk kesejahteraan semua, sanggup di maki hamun untuk kedamaian semua TETAPI SATU YANG UMNO TAK SANGGUP LAKUKAN MENGADAI MARUAH DAN PUSAKA NENEK MOYANG NYA. itu lah UMNO yang penulis kenali.

Pas sebenarnya kerugian apabila bergabung dengan PKR kerana yang menjadi bertambah kuat adalah PKR dan juga DAP sedangkan Pas berada di takuk yang lama dan sedikit pun tidak mendapat sebarang keuntungan dari gabungan ini malahan mengundang bahana apabila parti ini kian lemah dimana pangaruh Anwar telah mula menular di dalam Pas. Setiakawan dalam Pas tidak lagi sesetia dahulu. Pas tidak kental seperti sebelum bergabung dengan Pakatan Rakyat.
BalasPadamOrang yg BUTA yg tidak nampak. Sbenarnya PAS semakin kuat bersama Pakatan. Ini kerana Cakap PAS yang Anwar dan DAP dengari. Apa cakap Nik Aziz, itu yg mereka ikuti. Lihat krisis di Perak. DAP mengikut telunjuk PAS. PAS lah sebenarnya Kingmaker dlm politik tempatan. Sbb itu Khir toyo, tajul rosli, dan UMNO sendiri melukut mohon PAS bergagung dgn mereka walhal pada tahun 90an PAS pernah berhasrat menjalin kerjasama dgn UMNO dan mencadangkan muzakarah. tapi UMNO TOLAK MENTAH2. SOmbong benar UMNO.. nah sekarang...PADANMUKA UMNO....
BalasPadamSalam, terimakasih hadir ke blog saya.
BalasPadamSdr. maruz kemungkinan sdr tersilap dalam menilai PAS di kaca mata Pakatan Pembangkang, Sdr mungkin lupa atau saja buat lupa bahawa sejak awal - awal lagi apabila berita Ahli parlimen BG diketahui meninggal dunia, pada hari yang sama Ngey Ko Ham, Pengerusi DAP Perak membuat kenyataan di Media bahawa DAP akan mencalonkan Nizar Jamaluddin sebagai Calon di BG, berikutan dengan itu Nik Aziz pada hari berikutnya membuat komen bahawa beliau (Nik Aziz) tidak bersetuju Nizar sebagai Calon, akhirnya Nik Aziz tunduk dan akur juga apabila DAP dan PKR bersetuju meletak Nizar sebagai Calon Pakatan Pembangkang, maknanya Nizar adalah calon Pakatan Pembangkang hanya mewakili dari parti PAS, ini adalah fakta.
Cerita bergabung tidak timbul, tiada mana - mana parti pun sebelum ini dari sejak dulu menawar untuk bergabung untuk membentuk kerajaan, samada ia datang dari UMNO atau PAS,muzakarah bukan maksud bergabung sdr, muzakarah bermaksud bermesyuarat atau perjumpaan itu bukan bermaksud bergabung pemerintahan, sdr kena faham, cadangan bergabung atas nama perkonsian kuasa wujud baru - baru ini saja ia lahir dari DS Tajol Rosli selepas keputusan PRU12 Tajol memikirkan demi kepentingan Agama dan Bangsa, sementelah UMNO dapat 27 kerusi + 1 MCA manakala PAS sekadar mendapat 6 kerusi, oleh itu daripada PAS bergabung dengan DAP Kafir Harbi mengapa tidak bergabung dengan UMNO sebangsa dan seagama dengan nawaitu untuk kepentingan agama dan bangsa, malah ditawar jawatan Menteri Besar dan 5 exco kepada PAS, adakah ini menjadi kesalahan, tetapi PAS tolak, maknanya saudara yang sombong dan angkuh seperti yg disindir oleh sdr bukannya UMNO tetapi PAS sendiri.
Sdr jangan kerana kuasa dan darjat kita terlupa bahawa kita sekadar dipergunakan untuk menjadi perisai bagi memuaskan nafsu dan keperluan satu kaum Harbi hingga tak bermaruah, jangan seronok dibuai dan dialun kata - kata pujian dari Harbi tanpa kita sedar disebaliknya diketawa dan di padang sinis. menang sorak kampung tergadai bukan wasiat yang ditinggalkan oleh tok nenek kita dulu, ingat itu.
Terimakasih sdr senapang patah moga komen sdr dapat memberi pedoman.
salam, Cina DAP dan India PKR tarik nafas lega kerana mereka telah bertemu seorang wira melayu yang sanggup mengkhianat melayu sendiri dan agama nya sendiri.
BalasPadam