Isnin, 13 April 2009

MIC MODAL SIKIT UNTONG NAK BANYAK

Setiausaha Agung MIC Dato Dr Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia memulakan paluan gendang tambla bagi didengari oleh DS Najib kononnya MIC terpinggir dari kabinet baru DS Najib, ketidakpuasan hati yang dianggap oleh penulis tak sedar kan diri, modal sikit untong nak besar.

Penulis menjangkakan DS Najib hanya meletakkan seorang saja Menteri dari MIC tanpa melantik Timbalan Menteri, dan penulis menganggapkan berbaloi dengan apa yang disumbangkan oleh India MIC terhadap kemenangan BN pada PRU 12 yang lalu, keseluruhan kemenangan dicatatkan adalah dikawasan Melayu sedangkan kawasan yang majoriti India sendiri MIC kalah, tetapi penulis terkejut juga kerana dilantik semula Menteri dan Timbalan Menteri yang membuktikan DS Najib fikir - fikirkan juga orang India, bukan fikirkan MIC dan ini MIC harus sedar dan jangan nak gunakan lagi POLITIK AUTAR KELING, dibawah, orang India sendiri menolak MIC kerana dianggap MIC golongan Autar Keling, pengampu, pemalas, berlagak, berkasta tinggi.

Sepatutnya SAMY VELOO yang patut pimpinan lain dalam MIC kritik dan dipersalahkan bahawa kerana Samy lah Menteri didalam kabinet berkurangan maka sepatutnya didesak Samy letak jawatan dan beri laluan golongan baru untuk memimpin MIC bagi memulihkan MIC di mata DS Najib ha..ha.. itu kerja mengampu, kalau kerja niat yang benar 'bagi memulihkan MIC dari mata rakyat terutama orang India'. sudahlah orang - orang MIC, jangan nak autar keling, di bukit gantang pun dikatakan tak berkerja hanya mengekor ponggong pemimpin tinggi saja tanpa berkerja menarik pengundi India hingga BN hanya dapat 500 undi dari orang India, bayangkan adakah bukit gantang hanya 500 saja ahli MIC, kalau itu sukatan nya, ada pihak mengatakan memang layak MIC dibubarkan dan buka ' parti MIC BARU', di Bukit Selambau UMNO sanggup menarik balik tuntutan mereka meletak kan calon dari UMNO semata - mata mengikut kehendak sejarah konon tempat tersebut milik MIC, ha..ha.. apa jadi tak termenang pun malahan undi India merosot disana, berbanding di Bukit Gantang kerja UMNO terbukti walau pun kalah tetapi undi orang Melayu meningkat, itu baru dikatakan bekerja kuat nama nya.

Merujuk kepada akhbar dan media elektronik, Penulis mengalu - alukan hasrat MIC bagi penarikan keluar Menteri dan Timbalan Menteri dari barisan kabinet, kalau itu ungutanya dan DS Najib jangan tunduk sama sekali, DS Najib boleh ambil peluang emas ini dengan melantik orang India golongan profesional yang bencikan MIC untuk menjadi Senator dan lantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri ha...ha... kita lihat bagaimana sokongan orang India kepada BN dan Kerajaan, masa untuk melayan 'POLITIK AUTAR KELING' dah lupus, golongan India sendiri sudah meluat dan benci kepada MIC kini pada DS Najib pula MIC hendak mengugut.

Banyak kata - kata rakyat bawahan bahawa MIC kerja tak buat, rakyat tak dijaga, semuanya seronok pakai baju batik merah kilat mengekor ponggong pemimpin dah tak di terima oleh rakyat India, balik lah kepangkal jalan, sedar kan lah diri, sukat baju sendiri, jawatan bukan untuk megah, jawatan untuk berkerja dan memberi khidmat, pulihkan kembali MIC, turun bawah lihat orang India yang rata - rata dikatakan miskin dan ketinggalan, rapat lah dengan mereka, lupakan jawatan, buat kerja nescaya BN dan Kerajaan akan bantu, nescaya DS Najib orang yang bijak akan membantu golongan India selain daripada kaum - kaum besar dan kecil lain kerana 'SATU MALAYSIA' yang dilaungkan oleh DS Najib akan memberi harapan pada keseluruhan rakyat Malaysia tak kira kaum dan etnik, cuma sikap kita perlu membuat 'anjakan paradigma'.

3 ulasan:

  1. Salam dinbunga..

    Inilah yang dikatakan bangsa tak mengenang budi..bukan nak mengata dan bukan perkauman, tapi inilah kenyataan? Dah diberi kerakyatan, tapi tidak pernah bersyukur..suruh mereka belajar semula sejarah kedatangan mereka ke negara ini...dah bagi betis, nakkan peha pulak...cerminlah diri dahulu sebelum nak melalot tak tentu hal..

    Salam perjuangan

    BalasPadam
  2. As'kum, sdr Taminsari & sdr Rahman terima kasih diatas kesudian hadir dan komen ke blog saya, pandangan sdr amat menyentuh.

    memang kalau dilihat dari sudut sejarah, sepatutnya melayu kena sedar, cina dan India telah mula sedar kerana mereka pendatang lah yang menyebabkan kesedaran diri pada anak - anak muda cina dan india cukup tinggi, kerana mereka sedar siapa diri mereka, penulis tidak salahkan cina dan india tetapi kita sememangnya kena menyalahkan diri bangsa melayu kita sendiri yang selesa sekian lama yang menganggap tuan tanah hingga kita alpa dan lalai, malah lupa diri siapa kita sebenarnya.

    dahulu cina tak mengakui mereka datang dari negara China manakala india malu untuk mengaku mereka berasal dari Tamil naidu, tapi kini saudara, mereka tidak malu mengaku malah mereka mengakui nya dan mereka adalah duta dari negara masing - masing untuk menakluki bumi Malaysia dalam semua bidang maka itulah kebanggaan mereka.

    Kuasa sedikit yang ada pada Melayu adalah kuasa Politik yakni kuasa pemerintahan, itu pun kini sudah sedikit, penulis ingat lagi nasihat ibubapa serta orang - orang tua sejak dulu lagi kita kena ingat kuasa ekonomi dan pendidikan di tangan bangsa lain, ingat!!! kita orang melayu hanya ada kuasa memerintah, itu dulu, kini sedikit demi sedikit menjadi kebenaran kata - kata tersebut bahawa kuasa pemerintahan pun sudah sedikit demi sedikit hilang di gengaman tangan orang melayu, ini berlaku kerana segala sikap negatif semuanya ada dalam diri melayu, ini memang sudah dikesan oleh bangsa lain, hasad dengki, tamak, lupa diri, tak pernah cukup, tak mengapa, prangsangka buruk, kata mengata, benci membenci, inilah sikap yang digunakan oleh bangsa lain untuk memecahkan melayu dan ianya bukan nya susah bak kata cina 'sap - sap soii' je.

    Usaha kena kuat, diharap kepimpinan DS Najib dapat memulihkan sokongan Melayu yang atas pagar kembali percaya kepada Kerajaan, bukti sokongan melayu di Bukit Gantang meningkat, alhamdulillah ini petanda awal melayu mula pulih, UMNO meperolihi 17,500 undi melayu manakala PAS sekadar memperolihi 10,000 saja, ini digambarkan bahawa semua kawasan melayu seluruh pelusok negeri bersikap seperti melayu bukit gantang, insyaAllah.

    Sama - sama kita berusaha menyumbang untuk pembentukan fikiran yang rasional terhadap bangsa sendiri, setiap kita perlu berkerjasama membanting keringat tanpa jemu untuk membantu DS Najib agar melayu kembali pulih menyokong kerajaan BN.

    BalasPadam
  3. salam, itu pun ada simpati DS najib nak bagi, kalau teman PM sorry nak dpt....

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda