Jumaat, 3 April 2009

TAHNIAH DS NAJIB PERDANA MENTERI KE - 6


Hari ini 3 April 2009 adalah tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia, Majlis Mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke - 6 selamat berlangsung di Istana Negara dan di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.

DS Najib darah anak pemimpin sememang nya layak dan berpengalaman luas didalam mentadbir Negara, seawal 23 Tahun telah dilantik sebagai Menteri besar Negeri Pahang, Timbalan Menteri dan Menteri di beberapa Kementerian sehingga lah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kini DS Najib melangkar sejarah mengikuti jejak ayahdanya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6.

Tamat sudah spekulasi yang di main kan oleh Anwar dan pembangkang yang banyak menabur fitnah bahawa DS Najib tidak mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, bukti kata - kata Anwar dan pembangkang sememang satu pembohongan dan penipuan semata - mata dan yang terbesar fitnah yang dibuat oleh Anwar terhadap DS Najib mengaitkan DS najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang nyata satu fitnah yang cukup dahsyat hanya untuk mendapat simpati dari rakyat terhadap beliau yang bercita - cita sangat untuk menjadi PM, bukti segala - galanya lain tak bukan untuk mempurak puranda kan kestabilan politik negara.

Alhamdullillah rakyat bijak menilai dan berfikir, negara tetap stabil segala urusan berjalan dengan lancar, penumpuan terhadap menangani kemelut ekonomi dunia di tadbir dengan bijak oleh pimpinan Negara tanpa mempedulikan gangguan - gangguan kumpulan Anwar dan pembangkang yang cuba untuk "kacau daun" bagi mendapat sokongan rakyat semata - mata.

Apa pun DS Najib kini bergelar Perdana Menteri, Malaysia akan kembali gagah dan kuat, UMNO yang di Presidenkan oleh DS Najib akan membawa pembaharuan dengan kekuatan yang sedia ada di perkukuhkan, penulis yakin DS najib akan berusaha untuk memperkuatkan parti - parti komponen utama seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta lain - lain parti di Sabah, kemampuan dan kebolehan yang di timba selama ini penulis yakin dan penuh yakin rakyat keseluruhannya akan kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional, dengan kekuatan ini lah dan kebolehan yang ada pada diri DS Najib diganding pula dengan anak seorang ulama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet baru DS Najib kelak tentunya lah menjadi mimpi ngeri bagi Anwar dan pembangkang, oleh yang demikian lah Anwar tiada jalan lain melainkan memainkan sentimen jahat kerana hanya itu saja jalan yang boleh memburukkan DS Najib, UMNO dan BN, walhal rakyat telah bijak menilai dan rakyat tahu mana satu intan mana satu batu jalanan.

TAHNIAH DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK.

SELAMAT KAN NEGARA DARI PENDERHAKA.

4 ulasan:

  1. -TAHNIAH PERDANA MENTERI BARU MALAYSIA DS NAJIB TUN RAZAK...! SEMUGA NEGARA AKAN LEBIH CERMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DI BAWAH KEPIMPINAN DATO SERI. KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG TAHU BERTERIMA KASIH AKAN TERUS MENUMPAHKAN TAAT SETIA KAMI KEPADA RAJA DAN NEGARA. KAMI PERCAYA DI BAWAH KEPIMPINAN DS PIHAK PEMBANGKANG TENTUNYA AKAN KACAU BILAU..TERKETAK-KETAK…DAN AKHIRNYA TERSUNGKUR DENGAN PENAGAN DATO SERI.

    LIMAU BENTAN DI TEPI TINGKAP,
    BUDAK-BUDAK MELEMPAR BURUNG,
    RIMAU JANTAN LAGIKAN DATO SERI TANGKAP,
    INIKAN SEKAWAN CICAK MENGKARUNG.

    BalasPadam
  2. salam, abangtuah terima kasih kerana bertandang ke blog saya.

    he..he...s edap pantunnya, saya tak reti nak berpantun jadi maaf le tak dapat nak balas. apa pun terserlah kebolehan DS Najib dgn TS Muhyiddin setakat cicak mengkarung hembus sebelah lubang hidung pun tumbang.

    BalasPadam
  3. Muka depan.
    Khutbah Jumaat.
    Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
    Kesetiaan kepada raja dan negara.
    7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
    Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

    Muka 1.
    Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

    Muka 2.

    Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

    Muka 3.

    Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.

    Muka 4.

    Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
    (Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

    BalasPadam
  4. salam, sdr baginda, setahu penulis tidak pernah dan tiada sebarang kebenaran dari JAIP membenarkan mana2 pertubuhan terutama dari parti politik menyediakan teks khutbah jumaat, kecuali dikeluarkan oleh JAIP dan di luluskan oleh Pejabat Mufti Negeri Perak.dan ini bukan setakadar musim pilihanraya malah pada hari-hari biasa terdahulu lagi

    Di ketahui oleh penulis bahawa UMNO tidak mengunakan tempat suci Allah iaitu Masjid dan surau tempat untuk berpolitik terutama menggunakan agama Islam sebagai modal untuk berkempen kecuali parti PAS yang kita memang ketahui pada setiap hari cuba mengunakan Masjid dan Surau sebagai tempat berceramah berselidung disebalik bahasa agama Tazkirah dan sebagainya ini memang berlaku malah di tempat tinggal penulis pun berlaku.

    Oleh itu teks diatas ternyata palsu dan bagi penulis perlu muhasabah diri mengunakan taktik agama untuk mendapat undi satu perkara yang tidak bermaruah terutamanya mengunakan solat jumaat penghulu segala hari.

    Di satu kampung di Bukit Gantang penulis mendapat cerita mengenai Nizar tidak dibenar mengimamkan sembahyang jenazah diatas kematian seorang penduduk di kampung tersebut oleh keluarga simati, lalu Nizar meninggalkan majlis tanpa bersembahyang jenazah, adakah patut seorang Islam seperti Nizar kerana tidak dibenarkan menjadi imam sembahyang meninggalkan acara sembahyang jenazah tersebut semata2 tidak menjadi imam.

    Peristiwa kedua di satu Masjid di Bukit gantang Nizar hadir lewat dan terus melangkah -langkah jemaah di saf - saf hadapan yang hadir terdahulu semata- mata nak menjadi imam walhal terdapat imam dan pembesar negeri dan negara hadir awal dan duduk di saf hadapan. apa kah ini sikap seorang Islam.

    Pengajaran bagi kita jika nafsu menguasai diri kerana pangkat dan darjat kita terlupa bahawa kita adalah seorang Islam.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda