Ahad, 3 Mei 2009

BUKTI PAKATAN PEMBANGKANG PEROSAK RAKYAT PERAK

ehsan rajahmas

Seperti yang didakwa oleh YAB Menteri Besar Negeri Perak YAB Dato Dr Zambry terdapat golongan tertentu akan mengadakan demostrasi jalanan bagi mengagalkan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang akan diadakan pada 7 Mei 2009 di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh, siapa ye... yang dimaksudkan GOLONGAN TERTENTU TU.... ?, teringat penulis suara jadah tersebut pernah disuarakan oleh seorang pemimpin besar PAS yang menyeru cara rusuhan di Thailand dilakukan di negeri Perak, beginikah sikap semua pemimpin-pemimpin besar pembangkang sungguh mengecewakan.

Sejarah paling buruk dalam politik Negeri Perak dan sekaligus dalam negara, berlaku apabila ada pihak yang mendakwa mereka adalah kerajaan pilihan rakyat manakala pihak satu lagi mendakwa mereka parti dan kerajaan pilihan rakyat, akhirnya semua pihak seharusnya menghormati undang - undang negeri dan negara, ini lah akibat jika undang - undang rimba di gunakan. Rukun negara awal - awal telah direka bentuk oleh pemimpin terdahulu iaitu KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG - UNDANG DAN KESOPANAN KESUSILAAN, atas sandaran Rukun negara ini lah yang dididik sejak Tadika lagi menjadi kayu pengukur tindakan - tindakan yang hendak kita ambil dan rukun ini diwarisi dari turun termurun hingga ke generasi mendatang dan atas dasar tersebutlah kita dapat hidup aman dan damai hingga ke hari ini dalam berbilang kaum rakyatnya, ya!! memang rukun ini karangan manusia, atas dasar itu lah setiap manusia harus mempunyai peraturan dan disiplin diri dalam mengambil tindakan tanpa membelakangkan rukun yang ditetapkan, hati naluri kurniaan tuhan tidak harus dipersia - sia kan keunikannya.

banyak sembang - sembang kedai kopi berkisar kepada tarikh 7 mei 2009, hingga kan penjudi - penjudi dikalangan kaum cina melanggan nombor tersebut di kedai - kedai nombor ekor, ada juga pertaruhan jadi atau tidak sidang DUN dan berbagai - bagai lagi, ada juga sembang - sembang kedai kopi tempat berkumpul penyokong pembangkang bahawa mereka akan mengagalkan sidang DUN, dengan melemparkan berbagai - bagai tuduhan kepada BN akan kidnap Speaker dan beberapa WR pembangkang, ada yang kata Speaker akan dilanggar kereta, ada yang kata BN akan beri rasuah berbillion - billion duit pada siapa saja yang sanggup melompat atau tidak hadir sidang, ada juga tuduhan ADUN Kuala Kurau diserang dan diugut bunuh, apa pun yang berlaku, cerita di kedai kopi tersebut semuanya menunding kepada tuduhan kejahatan dilakukan oleh BN lebih - lebih lagi Parti UMNO. dapat penulis bayang kan bagaimana kuat nya bunyi tuduhan suara - suara dari penceramah - penceramah pembangkang di serata tempat dengan sahutan takbir.

Berbeza pula jika kita duduk di kedai kopi pro kerajaan atau pun BN, kerisauan kedengaran jadi ke tidak Sidang, bergaduh ke pada hari itu, WR kita dapat atau tidak mengawal diri, apa strategi BN, Polis tentu nya bertindak tegas, Speaker hadir ke tidak, berbagai - bagai persoalan dibangkitkan, harap - harap cepat selesai masalah, apa pun apa yang dapat kita simpulkan tarikh 7 mei 2009 tiba - tiba menjadi popular dikalangan rakyat Perak.

Seperti penulis kata kan diawal tulisan tadi bahawa semua pihak harus menghormati peraturan dan undang - undang baru lah masalah tidak menjadi masalah, undang - undang tidak dipolitikkan, peraturan tidak di politik kan manakala Mahkamah tidak dipolitikkan dan institusi Raja tidak di jadikan bahan politik, hancur segala - gala yang dibentuk baik sejak dulu lagi sekiranya nafsu menguasai diri hingga perkara - perkara tersebut dilakukan tanpa mengunakan hati naluri kurniaan tuhan.

Pakatan Pembangkang seharusnya tidak mempropagandakan isu pertukaran kerajaan negeri dan seharusnya menerima seperti mana BN menerima mereka semasa mereka mengambil masa 4 ke 5 hari untuk mengadakan pakatan dan memutuskan siapa diantara mereka untuk dilantik oleh DYMM Tuanku sebagai Menteri Besar, persoalannya kenapa BN boleh menerima tetapi Pakatan pembangkang tidak boleh menerima? sedangkan BN ketika itu memperolihi 28 kerusi atas Parti yang sah berdaftar sebagai satu parti politik bertanding atas satu logo dacing, sedang kan parti - parti pembangkang bertanding atas parti masing - masing dan bergabung atas kertas setelah menang PRU12.

Sebagai rakyat yang cintakan kesejahteraan dalam segala sudut, selepas ini kita harus memikir semula secara matang dan tenang, mahu atau tidak dan patut atau tidak sebagai rakyat pemimpin dan parti bagaimana yang kita mahukan, adakah parti yang sentiasa mempolitikkan segala - gala tanpa ada haram dan halal cara dan matlamat, sehinggakan diseru penyokong - penyokongnya atas nama rakyat kononnya mengadakan demostrasi untuk menghalang Sidang DUN, tidak kah terfikir oleh kita apa akan berlaku sekiranya emosi dalam kita berkumpul beramai - ramai akan mencetus pergaduhan, tidak terfikir kah oleh kita bahawa BN pun boleh mengumpul penyokongnya atas nama rakyat juga untuk bersikap demikian dan akhirnya apa yang akan berlaku, tak terfikirkah kita bahawa bagaimana kemahuan dan kehendak RAKYAT yang sebenarnya terhadap kesejahteraan dan privacy yang mereka inginkan sebagai RAKYAT.

Terlalu banyak propaganda sejak akhir - akhir ini yang direka oleh pakatan pembangkang bagi mengelirukan rakyat akhirnya untuk mendapat sokongan masyarakat, berbagai - bagai helah digunakan, Undang - undang di putar belitkan, Sultan di politikkan. Mahkamah di pergunakan, jawatan disalah gunakan, perkauman diperkotak katikkan, kakitangan kerajaan di persendakan yang akhirnya segala - gala nya akan rosak, teladan buruk pakatan pembangkang pertonton kan kepada generasi muda dan pelapis akan dingati dan dipelajari oleh mereka, maka satu hari kelak sesiapa yang memerintah akan berhadapan dengan situasi begini dan akhirnya negeri tidak dibangunkan maka rakyat yang merana dan menderita, dan akhirnya yang akan merasa lebih nya kekesalan adalah parti BN dan UMNO yang bekerja selama 50 tahun untuk membangunkan negara dan negeri manakala pakatan pembangkang tidak merasa sebarang kerugian kerana mereka hidup pun atas daya usaha kerajaan BN dan UMNO selama ini dan harus kita ingat siapa kah yang menjadi mangsa utamanya? RAKYAT dan Generasi muda akan datang.

Kenapa tidak mereka yang bijak pandai diberi amanah untuk menjadi Wakil rakyat di kawasan masing - masing menumpukan kepada kerja dan khidmat terhadap rakyat di kawasan masing - masing, apabila tiba masa bersidang, maka bersidang lah memperjuangkan hak dan pembangunan di kawasan masing - masing, mengapa kita mesti berpolitik sepanjang masa, kenapa mesti berhelah sepanjang masa, kenapa mesti bermain politik kotor sepanjang masa hingga kan kita terlupa tangungjawab kita sebenarnya yang diharapkan oleh rakyat yang mengharapkan pembelaan kita di kawasan masing - masing, mereka - mereka ini tidak hairan pun siapa yang menjadi MB dan Exco, kerana hidup mereka pun bukan terdesak, mereka cukup dengan apa yang mereka ada, hidup mereka aman damai dan sentosa selama ini pun dibawah pemerintahan BN, tentunya hanya helah dan tipu muslihat cuma pemimpin - pemimpin parti saja yang terdesak hendakkan darjat dan kuasa mengunakan istilah RAKYAT KONONNYA bagi mengambarkan mereka lah pembela rakyat sedangkan 50 tahun BN telah laksanakan apa yang baru hendak dilaksanakan oleh pakatan pembangkang.

Pada pandangan penulis, disinilah PDRM harus bertindak pantas dan serius dalam menangani masalah ini, perancangan teliti dan rapi, persediaan lengkap harus di gerakkan, dan disini lah ISA harus digunakan terhadap individu - individu tertentu yang menjadi pendorong dan perancang kepada gerakan demostrasi jalanan bagi mengagalkan Sidang DUN Perak, atau atas sebarang isu semacam dengan nya, kerana ia mengugat keselamatan negeri dan rakyat keseluruhannya, JANGAN DIBERI RUANG DAN MUKA kepada mereka - mereka yang mencetus kearah pergaduhan dan permusuhan, ISA lah yang terbaik, INGAT MENCEGAH LAGI BAIK DARI MENGUBATINYA, bertindak segera sebelum terlambat sehingga nasi menjadi bubur, menyesal tiada gunanya.

DAN akhirnya penulis menyeru semua pihak, tingkatkan disiplin diri dengan menghayati kembali dan di ingatkan kepada seisi keluarga kita mengenai RUKUN NEGARA, InsyaAllah kita akan hidup sejahtera di dunia dan di akhirat, apabila kita sejahtera baru lah keagamaan dapat diamalkan dengan baik, kebajikan berjalan dengan lancar, ilmu dapat di timba, ekonomi berkembang pesat, keselamatan terjamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda