Tak kelewatan penulis ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA", kepada semua wira - wira swasta yang bersama - sama membangunkan negara.
DS Najib mengumumkan di ucapan julung kali nya sebagai Perdana Menteri di Perhimpunan Hari Pekerja hari ini dengan menjanjikan penwujudan 1) Tabung Bantuan Pekerja yang diberhentikan kerja, 2) Pengeluaran KWSP secara bulanan selepas umur bersara.
Seperti penulis ulas sebelum ini "di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung", mereka lah golongan yang perlu di bela dan diberi tumpuan oleh kerajaan berbanding kakitangan awam yang terlalu banyak keistimewaan di longgok kepada mereka sedangkan pekerja - pekerja swasta juga penyumbang kepada pembangunan dan ekonomi negara dan inilah golongan yang masih berdiri teguh menyokong dan membantu kerajaan yang cuba di manipulasi oleh pembangkang yang sentiasa mencari ruang untuk memecahkan kesetiaan mereka.
Walaubagaimanapun alhamdulillah PM telah berjanji untuk menumpu perhatiannya dan telah mengarah Kementerian Sumber manusia mengkaji dan membentang laporan di Mesyuarat Kabinet. ini lah kerajaan yang prihatin. satu lagi langkah telah dimulakan oleh DS Najib dalam menuju visi 1 Malaysia, 'Rakyat didahulukan Prestasi diutamakan'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda