Ahad, 21 Jun 2009

MUSTAFA ALI ATAU HARAKAH LIDAH BERCABANG

gambar dalam igauan teman je yeop!!!

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali

Harakahdaily
Sat | Jun 20, 09 | 12:40:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat. - mns_

pautan harakahdaily 20.06.2009

Komen penulis,

Baru minggu lepas Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS kata PAS bersedia bertemu dengan UMNO dengan syarat bertemu bersama dengan komponen Pakatan Rakyat.

Hari ini pula dah tak ada minat langsung untuk berbincang dengan UMNO mengenai kerajaan perpaduan. Mana satu ni ustaz , sebagai orang yang dikatakan perjuang Islam tak kan lidah bercabang ya!!! Ustaz.

Apa pun tunggu lah DS Haji Hadi pulang dari luar negara, selaku Setiausaha yang dilantik atas ehsan Presiden biar lah hormati Presiden dan sebarang tindakan dan statement kita biar atas kebenaran Presiden, sebab itu jawatan namanya SETIA.....USAHA, bermakna kita setia pada ketua, kita usaha apa yang ketua cakap, mana boleh amalkan lidah bercabang, TETAPI betul ke ustaz yang lidah bercabang atau si SER RAKAH yang lidah bercabang? semata - mata untuk kelirukan ahli PAS.

Perkara baik jangan kita lengah - lengahkan itu nasihat Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu suara yg menyeru ke jalan kebaikan, yang betul, betul juga, teman rasional dalam isu perpaduan, kita melihat jalan untuk berpadu antara dua parti terbesar ini harus kita serius dan fokus kerana kedua - dua pemimpin besar ini sudah mula terbuka hati mereka untuk berbincang mengenai perpaduan, ilham ini kalau di kaji dari mana lahir nya idea tersebut, kalau tidak atas TAKDIR ALLAH S.W.T.

Maka Ustaz Mustafa ke Harakah ke henti - hentikan bersikap lidah bercabang, hanya ular dalam semak saja lidahnya bercabang, apa pun kita tunggu kepulangan DS haji Hadi untuk mengulas dan membuat keputusan, bagi yang tak berkenaan diam mulut atau berdoa dan bertawakal.

2 ulasan:

  1. SALAM BRO..

    NI SEMUA JENIS ADA GENETIK KETURUNAN SI HANUMAN..TAK PUN ULAR

    BalasPadam
  2. salam, bro putus sudah kasih sayang antara UMNO dan PAih..he..he..

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda