Isnin, 22 Jun 2009

PUAK YANG BIASA MAIN BELAKANG


Hari ini putus lah sudah kasih sayang, pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang memutuskan tidak akan menerima sebarang pertemuan dengan UMNO/BN mengenai kerajaan perpaduan dan menolak sama sekali.

Termasuk yang bercakap mengenai kerajaan perpaduan turut bersama yang memakai serban dan jubah berjanggut kambing, memperjudikan moral dan maruah berselindung disebalik pakaian sunnah nabi mengamalkan pembohongan dan penipuan yang ketara tanpa merasa takut dan gerun akan kekuasaan ALLAH S.W.T. malah sempat mengeluarkan ayat haram jadah dengan menabur fitnah bahawa UMNO yang melakukan fitnah jahat dalam isu kerajaan perpaduan, astaqfirullahalazim.

Merosakkan dan mendidik masyarakat kejalan yang tak bermoral dan jahat, merosakkan kepercayaan masyarakat terutama golongan muda melayu mahu pun cina dan india bahawa bangsa melayu dan agama Islam tak boleh dipercayai sama sekali, apa tidaknya seorang yang digelar Tok Guru berimejkan islam sanggup melakukan pembohongan dan penipuan.

Ini lah parti yang hendak di berikan kuasa untuk memerintah negara, itu lah caranya yang dilakukan di Kelantan, menyogok masyarakat Kelantan percaya akan ajaran karut mereka agar mencari kehidupan sebenar di akhirat dan tinggalkan dunia, biar lah hidup susah di dunia, senang nya di akhirat, sebuah parti yang tidak bertanggungjawab malah menyogok cerita - cerita akhirat agar leka masyarakat mencari pahala walhal kemiskinan itu membawa kekufuran, tapi disebalik nya mudah mereka memerintah tanpa perlu membantu rakyat dan memajukan rakyat di dunia ini. begitu juga lah nanti apabila memerintah negara kelak.

DAP dan AN War lega dan boleh menarik nafas panjang akan keputusan tersebut, kejayaan yang tak dapat mereka lupakan, mereka tahu bahaya nya DAP dan PKR sekiranya dua parti melayu terbesar bergabung, tak dapat mereka bayang kan hancurnya segala perancangan jahat mereka. kini mereka lah yang akan ketawa hingga berguling gelantang.

3 ulasan:

  1. okie din munge .... kita piki positif jew .... ada hikmah!!! suatu masa, diorg akan nyesal x sudah! masa tu arr meka tau langit tgi kew rendah!!!

    plus, bak kata pepatah jepown ~ "anjing yang kuat menyalak, x sesuai langsung dibawa g berburu"


    (p/s: hakikatnya, aku kecewa sebenarnya ~) ;(


    Wassalam
    SATU BANGSA KASIHI SEMUA

    BalasPadam
  2. Salam,Melayu di negeri iini telah berpecah kepada tiga kumpulan yang terbesar ;Melayu UMNO, Melayu Pas, dan Melayu PKR dan terdapat kumpulan keempata ia itu duduk atas pagar!. Orang melayu Muda sekarang sudah tak kenal siapa diri mereka.Kadangkala mereka lupa kata-kata Dato'Onn, "Selagi orang Melayu tidak bersatu selagi orang Inggeris akan menjajah negara ini sampai kiamat". Bagaimana 10 juta melayu di luar sana boleh di satukan?.Apakah kuasa politik yang ada pada di tangan Melayu gagal mempersatukan melayu?.Nasib orang melayu ada ditangan Melayu sendiri. Orang Melayu sebenarnya boleh menjadi tuan dalam ertikata sebenar jika orang Melayu berkebolehan dan berjaya dalam bidang sosial (penyatuan) dan ekonomi.Cuma kita ada satu pilihan saja; menyatukan melayu melalui Nasionalisma, 1 malaysia bukan dari sudut fahaman politik tetapi melalui kepentingan negara.

    BalasPadam
  3. SALAM BRO..

    HERAN..BETUL-BETUL KAWAN HERAN DENGAN GELAGAT PAIH NI...

    DAH LAH USUL KERAJAAN PERPADUAN HADI YG SUARAKAN DI MUKTAMAR..

    TETIBA UMNO PULA YG DI SALAHKAN..

    ADUSSS..SESAT TERUK BETUL LAH KEPIMPINAN PAIH NI..

    ITULAH..KERANA EGO..SOMBONG..BONGKAK..MAKA TERUS DIBUTAKAN HATI MEREKA..

    TAPI KAWAN DAH DAPAT AGAK DAN FAHAM SANGAT PERANGAI PELIK BERBELIT..BERPUTAR PAIH NI..

    TAK ADALAH MENARUH HARAPAN SANGAT DENGAN PERPADUAN YG MEREKA ANJURKAN..

    PADA PENYOKONG YG MASIH LUM PEKAT PAIH..MASIH TAK JELAS KE KERENAH PELIK PEMIMPIN PAIH SEKARANG NI..

    LOMPATLAH KELUAR DARI PARTAI PELIK SEDUNIA NI.SEBELUM TERLAMBAT AGAR SELAMAT

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda