Rabu, 15 Julai 2009

NEGERI LAIN TAK HERAN, INI KELANTAN BN KALAH 65 UNDI JE!!!



BN tewas 65 undi

KUALA KRAI: Pas memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat.

Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak.

pautan beritaharian online


komen penulis,

Kalau Negeri lain teman tak hairan.....ini Kelantan malah kawasan pendalaman boleh BN kalah 65 undi saja....ish...ish... ada yang tak kena dengan PAih ni atau pun BN memang dah mendapat sokongan pengundi tua dan muda di luar bandar kerana menyedari hanya BN saja tempat bergantung harapan DAN keyakinan cukup tinggi kepimpinan DS Najib Tun Razak dan TS Muhyiddin Yassin.

Beberapa sebab PAih merosot undinya seperti berikut :-

1 PAih kata kerana janji pembangunan...teman pulak kata... memang itu yang rakyat Manek Urai malah disemua tempat di Kelantan rakyat dahaga kan pembangunan yang hanya mampu buat adalah kerajaan BN...PAih lansung tak menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah...itu bukti bahawa PAih ditolak di Manek Urai.

2. Gambar dan poster Ni A Jis yang melampau di pasang berbanding gambar calon sendiri...ahli sendiri dah getik terlampau mahukan publisiti sebagai seorang Tok Guru.

3. Gansterism yang memang menjadi - jadi dikalangan petugas dan penyokong dari luar Kelantan sehingga menjejas keselamatan orang lain...terbaru 2 petugas kalangan gadis muda BN dimasukkan ke Hospital akibat di baling batu.

4. Ustaz Nasharuddin tidak diberi peluang oleh Ni A Jis untuk turun ke manek Urai, penyokong getik kerana tidak menghormati Timbalan Presiden PAih, sedangkan poster Ni A Jis terlalu banyak dinaikkan sedangkan gambar Nasharuddin tidak kelihatan.

5. Penyokong dan pengundi mula memahami bahawa kerajaan Perpaduan yang di war - war oleh Hj Hadi satu pembohongan.

6. Kemiskinan terlalu tinggi di manek urai malah dimerata - rata tempat di Kelantan....kemiskinan membawa kepada kekufuran.

7. Kehadiran golongan kumpulan orang muda bermotosikal berenjin berkuasa tinggi dari PAih yang berpasangan bukan muhrim, konon menunjukkan sokongan kepada calon PAih, naik motosikal berpeluk - pelukan.

Oleh itu Nik A Jis boleh lah bersiap-siap untuk bersara. keseluruhan ahli - ahli PAih harus meletakkan kesalahan keatas kemenangan tak bergaya dan kemerosotan hanya 65 undi kemenangan keatas bahu Ni A Jis, dan pimpinan Parti PAih serta ahli - ahli nya harus mendesak Ni A Jis meletak jawatan sekaligus bersara.

3 ulasan:

  1. apa nak hairan? Kalau Pas kalah pun tak hairan! Ini kan PRK dan bukan PRU. Tak kan penanalisis pandai2 tak faham apa sebabnya?

    BalasPadam
  2. Salam, terimaksih sdr anom diatas hadir memberi komen disini.

    Bagi teman tiada beza PRK atau PRU, sebab ia tetap dinilai dari sokongan dan undi yang diperolihi kepada calon yang bertanding...

    Cuma kena faham apa yang teman kemukakan persoalannya.. kalau negeri lain tak heran tapi ini Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz kenapa menurun undi dan sokongan bukan 1 undi malah kenaikan 1,000 lebih yang BN perolihi kenaikan manakala undi terhadap PAih menurun ketara, dalam kita memperkatakan secara meluas bahawa UMNO/BN tidak mendapat sokongan rakyat tapi di Man U kenapa UMNO/BN mendapat sokongan... itu je persoalan teman..

    apa pun TQ atas kehadiran sdr...

    BalasPadam
  3. PADA KAWAN BN MENANG KERANA MERAIH SOKONGAN YANG SEMAKIN KUKUH..

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda