Ahad, 12 Julai 2009

DIAMBANG 100 HARI, 100% RAKYAT LEGA


KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.

komen penulis,

Ish..ish.... apa yang hendak lagi, Atok, nenek, pakcik, makcik, abang, kakak, adik beradik semua, tak ke baik orang nya Perdana Menteri kita ni, baru 100 hari menjadi PM dah berbagai-bagai perubahan demi perubahan yang dibawa untuk RAKYAT JELATA terutama yang berpendapatan rendah mendapat hadiah sempena 100 hari pemerintahan DS Najib menjadi Perdana Menteri yang limpahan nikmatnya kepada golongan berpendapatan rendah dan berbilang kaum terutama kaum India, tidak mengira negeri mana sekali pun termasuk saudara akrab kita di Sabah dan Sarawak.

Abang - abang teksi yang mulut bacul selama ini, balik lah kepangkal jalan, sokong lah DS Najib, sentuhan peribadi DS Najib terhadap pemandu teksi yang akan membuka peluang mempunyai permit sendiri, DS Najib sendiri memberi perhatian, apa pula perhatian abang - abang teksi kita kepada DS Najib...tidak ke rasa bangga!!!

Pada semua kaum tak kira Melayu, Cina, India, Punjabi, peluang memiliki rumah PPR, Amanah Saham 1 Malaysia, diskaun 50% bagi peniaga dan diskaun 20% tol, tidak kah ini sebenarnya kerajaan Rakyat malah tidak kah apa yang dikata di kota "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

Tak seperti Kerajaan Pakatan Pembangkang, ada Ketua Menteri seorang tu rakyat pun tak mahu jumpa malah tak sudi keluar pejabat pun untuk bertemu rakyat yang hadapi masalah, masa Pilihanraya bulan dan bintang pun sanggup diberi.


Satu pengumunan yang tak perlu menunggu Pilihanraya bukti kejujuran yang ikhlas untuk RAKYAT.

4 ulasan:

  1. Salam,
    Inilah asas pemerintahan negara..bila negara itu dikatakn kaya...kekayaan negara mesti diagihkan kepada rakyat. Tak perlu mendabik dada dengan mengatakan negara mempunyai reseve Negara yang banyak tapi rakyat menderita dengan berbagai cukai dan tol!.Syabas Datuk Seri Najib..Faktor tidak kesamarataan kekayan negara bayak dirasai oleh rakyat kurang pendapatan. Walau pun kerajaan yang lama telah mengwujudkan golongan-golongan Melayu yang pertengahan tetapi ditakuti perbedaan pertengahan dan miskin mulai melebar di Negeri Kelantan,Sabah dan Sarawak. Kita rasa pegun dengan tindakan berani datuk Seri najib dalam liberasi ekonomi dan juga cara pentadbiran "mengikut hipotisis pengundi Median" yang boleh membuahkan hasil di PR akan datang.Kadangkala ekonomi kebajikan akan merapatkn rakyat dengan kerajan.Wassalam.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. SALAM BRO..

    KAWAN YAKIN DENGAN KEMPIMPINAN CEMERLANG DS NAJIB MALAYSIA BAKAL MENUJU KE ARAH NEGARA GEMILANG LAGI TERBILANG..

    AYUHHHH..KITA USAHAKAN AGAR PRU 13 KITA TAWAN SEMULA KEDAH..PENANG DAN SELANGOR..

    AYUHHH..BERJUANGLAH WAHAI BELIA..PEMUDA..VETERAN, MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING..

    MARILAH BERAMAI-RAMAI KITA BUKA BLOG PRO UMNO/KERAJAAN..KITA KUASAI ALAM SIBER..KITA GEMPUR..

    BalasPadam
  4. salam, abgtuah dan mamak tq diatas terus membri komen.

    Pembangkang kecut perut atas servey satu badan berkecuali sehingga 2 hari sudah peratusan menyokong DS Najib dan BN dah naik 65%..... bukti kepimpinan DS Najib mampu melakukan segala bentuk pembaharuan...

    Tahniah pada semua bloggers penyokong kerajaan...sedikit sebanyak atas sumbangan saudara semua.

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda