Jumaat, 31 Julai 2009

PENYELEWENGAN PERUNTUKAN SATU PENGKHIANATAN KEPADA RAKYAT




Benar apa yang di ungkap kan oleh pepatah Melayu lama "harapkan pagar, pagar makan padi", rakyat mengundi Wakil Rakyat untuk membela, membangun, memperjuangkan, membantu, menyuarakan dan berbagai - bagai kata - kata yang boleh di kaitkan pengharapan yang baik - baik untuk Wakil Rakyat berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing - masing.

Dalam sistem demokrasi Wakil Rakyat bagi kerajaan yang memerintah di Negeri mahupun Negara akan menyalurkan peruntukan kepada setiap Wakil Rakyat dari parti mereka bagi membantu kembali rakyat dengan wang yang disalurkan bukan untuk diselewengkan dan diberi kepada parti dan individu yang dikatakan kroni.

Benarlah apa yang di buktikan di dalam blog t4tbh dengan mempamerkan senarai peruntukan Wakil Rakyat DAP yang menyalurkan peruntukan majoritinya melalui "Outright Grant" dan diberi kepada seorang individu saja, sudah tentulah individu tersebut seorang yang istimewa dan boleh dikatakan kroni kepada wakil rakyat tersebut, manakala individu tersebut akan menyalurkan pula lebihan keuntungan tersebut kepada parti DAP untuk menguatkan politik mereka, itu belum lagi dipertikaikan adakah projek atau tajuk yang diluluskan benar - benar dilaksanakan atau disampaikan kepada persatuan atau pertubuhan yang dinyatakan.

Disini dimanakah rakyat diletakkan, sekiranya individu dan parti yang mendapat habuan tersebut, apa peranan Wakil Rakyat terhadap rakyat, tidak kah sekiranya blog t4tbh tidak dedahkan maka selama itu lah wakil rakyat menipu rakyat di kawasan mereka.

Jangan di salahkan Kerajaan Persekutuan, sebab itu kerajaan persekutuan prihatin dan telah lama sedar akan tingkah laku kerajaan negeri dikuasai pembangkang seperti contoh yang telah lama berlaku seperti di Kelantan dan Wakil Rakyat mereka yang menerima peruntukan dahulunya tidak mengaku dan menyalurkan peruntukan tersebut untuk parti mereka, maka kerajaan persekutuan terpaksa menwujudkan satu jabatan pembangunan persekutuan untuk mengawal dan menyalurkan terus peruntukan dari kerajaan pusat kepada rakyat tanpa melalui kerajaan negeri atau wakil rakyat pembangkang kerana masalah dan penipuan sebegini lah, dan apa yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan amat bertepatan dan selamat untuk kepentingan rakyat.

Adakah begini kepimpinan negeri yang hendak kita harapkan, baru di beri mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri pun sudah terbukti menyeleweng duit peruntukan yang juga hasil daripada cukai rakyat, menggunakan khidmat kongsi gelap, menahan penguatkuasa kakitangan kerajaan melakukan tugas membenteras perkara yang menyalahi undang - undang ibarat samseng, menuduh pegawai kerajaan pembunuh, adakah begini yang hendak kita harapkan untuk membela rakyat, pemimpin yang menganggap mereka saja betul dan benar walaupun dibuktikan kongsi gelap bermesyuarat di pejabat Exco itu sendiri. tidakkah rakyat nanti akan hidup dalam kongkongan kongsi gelap jika mengkritik mereka atau menentang mereka.

Maka ada otak fikir, ada hati ingat, ada akal guna, maka pakatan pembangkang bukan lah tempat untuk kita bergantung harapan untuk diwarisi oleh anak, cucu, cicit kita, se wajibnya kita tolak.

3 ulasan:

  1. As'kum, teman tak boleh bayang kan jika yang lakukan ini Wakil Rakyat UMNO...

    Ada dikalangan Melayu ini sanggup ditipu dan di gunakan semata - mata taksub dengan pemimpin mereka, walhal maruah melayu di bawah tapak kaki DAP je standardnya.

    Bangkit lah melayu Selangor, jangan dibiar diri diperbodohkan dan diletakkan di kasta yang paling rendah sekali.

    BalasPadam
  2. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri besar Selangor ini mendapat jawatan dalam ghairah dan terkejut. mereka ini telah banyak lakukan kesilapan-kesilapan daripada try in error. Tugas hentam DAP ini sepatutnya parti MCA dan parti Gerakan harus dipikul.Tetapi nampak gayanya tidak ada respon dari kedua parti ini. Pemuda Gerakan pulak menganjurkan bantahan ISA..seakan-akan mereka gemarkan tindak tanduk parti Pembangkang. Yang memalukan Pemuda Gerakan sampai nak hantar memorandum hapuskan ISA ke Istana pun tak tahu kena halau balik.MCA sedang meratapi JUI MEng lompat parti dan sibuk nak tonton vcd lucah Soi Lek. Kalau mcm inilah perangai kedua parti kaum Cina di negara ini patutlah tak disokong oleh kaum mereka sendiri.Dengan hal ini Kita Patut puji pemuda MIC. Mereka berani dan sanggup gegarkan pejabat ketua menteri Pulau Pinang. Yang kesiannya setiausaha Timb.Ketua Menteri kedua (tak apa kerja dia)kena penumbuk dgn Pemuda MIC...ha!ha!ha!.puas hati MIC..yang pelikk lagi ialah Parti PPP...sebenarnya Tiga "P" untuk apa maknanya ramai yang tak tahu. Bagi Mamak "P" orang pinang kata pii...pii..pii(pergi)kerana orang pinang semua nak short-cut je.pasai itu nak usaha malas..asyik kerajaan kena tolong tak tolong UMNO kedekut..UMNO tak ambil berat Melayu Penang...DAP lebih baik...sekrang rasakan..PKR pun tak lama lagi kena halau...sekang Parti Pas melukut tepi Gantang...tak lama lagi boss PKR masuk Sg.Buluh...PKR pulak melekut tepi Gantang...Nasib Melayu Pulau Pinang pun jadilah melekut tepi Gantang kaum lain...Parti PPP ini beruntung juga kerana sekarang dah di tambah lagi satu "P" ..jadi dah empat "P" ..PPPP sekarang.Maka parti-parti komponen ini usaha tidak ada langsung untuk teguhkan BN. Selepas Pilihanraya akan datang Mintak lagi Jawatan menterilah..Kuota tambahan lagi...tak lama lagi PM bagi hadiah penyapu...mcm bekas MB Selangor baru ada akai....hehehe...geram.

    Ini nak ada PR kecil kat Permatang Pasir...UMNO Bahagian Permatang pauh...jangan buang tabiat lagi...Perlu insaf dan kembali ke pangkal jalan perjuangan asal parti UMNO.UMNO jangan lah dijadikan batu loncatan untuk dapat kemewahan kekayaan dan pangkat.Jangan beli kereta skyline untuk anak tunjuk kat Masyarakat keliling.Orang nak minta tanda tangan buku teks sampai tiga hari pun tak siap.Bersikap lebih mesra, merendah diri,prihatin kat masyarakat setempat,cakna, kita tinggal dalam masyarakat dengar rungutan dan menanggani masalah ahli akarumbi dan penduduk sekeling ini akan membibitkan kasih sayang serta meningkatkan sokongan kepada UMNO.

    Hah..nanti nak kempen... jangan lagi ambil mudah, rasa selesa duduk kat bilekk gerakan air-cond, lalai dgn tak jengok pondok MCA/Gerakan/MIC kerana undi depa tak payah, yang paling teruk tikam belakang atau mensabotaj parti kerana tak dipilih calon..panggil geng-geng sembang deras. Keempat sikap yang mamak yang tak sekolah dan kandaq Nasi katakan itulah punca menyebabkan jentera pilihanraya BN sehingga UMNO/BN kalah. Ikut contoh YB DatukArief Shah sanggup pii mana sahaja sekiranya orang minta pertolongan. Jangan cemburu dan irihati dengan kepopularitian orang. tapi belajar kenapa dia popular aku dibenci orang.Wassalam.

    p/s: Ddin mamak minta maaf kalau tulisan mamak kalut sangat.sebenarnya mamak keciwa dengan sikap pemimpin UMNO bahagian di Pulau Pinang. Buat macam tak ada problem bila Pucuk Pimpinan tanya problem tetapi belakang dia kutuk dia..dia kutuk dia...mcm cacah merbah. Semua lagak hero tapi habuk pun tarak. TPM kena turun untuk brainwash dia orang ini sebelum memileh calon.kalau Ddin rasa delete atikal ini...tak sesuai delete je din ..mamak tak kisah..mamak ok.Tapi inilah keluhan hati dari seorang yang tua/lama/ veteran yang berjuang dalam segala aspek di UMNO pulau pinang. sampai sekarang dah tak larat berkempen dah berumur tapi berjuang dalam dunia cyber.Untuk apa Ddin..untuk cucu..cicit mamak yang akan tenggelam satu hari tanpa UMNO....ha..ha..hipokrasi.

    BalasPadam
  3. salam, bro mamak, dalam ngantuk kul 3.30pg pun komen hebat.....

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda