Jumaat, 10 Julai 2009

SEHARI BERSAMA MENTERI KEWANGAN 2



Majlis Penyampaian kunci rumah bantuan ehsan kebakaran kepada sebuah keluarga di Kg. Ulu Kuang Chemor



YB Dato Seri Hj Husni meninjau didalam rumah ehsan


YB Dato Seri Hj Husni bermesra dengan keluarga orang Asli di Kg Chadak pendalaman Ulu Kinta



YB Dato Seri Hj Husni meninjau masalah di perkampungan Kg Chadak bersama penduduk orang Asli.

Teman mulai hari ini nak mengalih sikit fokus tulisan teman kepada kerja-kerja ahli kabinet DS Najib terutama dalam merialisasikan satu Malaysia yang pada hemat teman perlu di highlight juga di kalangan blogger kerja - kerja Menteri, Ahli Parlimen, Wakil Rakyat dan pemimpin BN, untuk pengetahuan rakyat, selain daripada mengutarakan isu - isu politik semasa terutama pembangkang

Sehari suntuk teman follow YB Dato' Seri Haji Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan 11 Malaysia yang juga Ahli Parlimen Tambun yang turun bertemu rakyat dikawasan beliau bermula dari jam 8.00 pagi hingga lah jam 6.00 petang, sesuatu yang memenatkan badan teman tetapi menyeronokkan apabila teman dapat melihat suasana rakyat dalam menyambut kehadiran Menteri Kewangan 11 yang juga Ahli Parlimen mereka ke kampung mereka.

Satu Malaysia yang memang telah di amalkan oleh YB Dato Seri Husni selama ini tidak menghairankan rakyat di kawasan Parlimen Tambun, kerana sememangnya sikap beliau sentiasa bertemu rakyat walaupun sibuk dengan tugas besar sebagai Menteri Kewangan 11 tetapi tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk bertemu rakyat di kawasan dari bandar hingga lah ke pendalaman kawasan orang Asli di Ulu Kinta.

Teman ingin melontarkan kepada semua bahawa Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib memang menjadi inspirasi setiap Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat serta pemimpin - pemimpin BN dalam mempastikan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan menjadi kenyataan sekali gus menolak sama sekali bahawa pemimpin BN tidak turun padang malah kata - kata tersebut sesuai kita hadiahkan kepada pembangkang yang tidak turun ke padang yang hanya tahu bermain politik tidak henti - henti, malah tak keluar bilik pejabat pun walaupun rakyat datang ke pejabat mereka seperti perangai Ketua Menteri Pulau Pinang.

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. SALAM BRO..

    WAH BRO SIBOK NAMPAK..IKUT BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT, BANGGA KAWAN.

    YA, DAPAT KITA LIHAT YB DATO SERI HUSNI ADALAH SEORANG PEMIMPIN YANG SENTIASA MESRA RAKYAT DAN MENGAMBIL TAHU HAL DAN MASAALAH RAKYAT.

    BEGITULAH..BENIH YANG BAIK SEKIRA JATUH KELAUT JADI PULAU..MAKANYA MENJADILAH TEMPAT PELAUT BERLINDUNG DARI RIBUT, JATUH PULA KEDARAT TUMBUH PEPOHON RENDANG, MAKANYA MENJADILAH TEMPAT PETANI TUMPANG BERTEDUH DARI TERIK MENTARI..ITULAH NAMANYA PEMIMPIN YANG BAIK SETIASA MENJADI TEMPAT RAKYAT MENGADU NASIB.

    BUKAN MACAM PEMIMPIN PEMBANGKANG..JATUH KELAUT JADI JERONG, JATUH KESUNGAI JADI BUAYA DAN JATUH KEDARAT ULAR..MATI RAKYAT DITELAN MEREKA, HEHEHE..

    BalasPadam

Sebarang penulisan dan ulasan anda adalah atas tanggungjawab anda